Finally / Akhirnya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Finally / Akhirnya
Album studio oleh
Dilancarkan pada19 Julai 2008
Dirakamkan pada2006-2008
GenrePop Rock
SyarikatMonkey Bone Records/EMI
PenerbitKieran Kuek, Ahmad Izham Omar
Single daripada Finally / Akhirnya
  1. "Berdiri"
    Dikeluarkan: 2006
  2. "Usah (featuring Daly)"
    Dikeluarkan: 2008
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Finally | Akhirnya ialah tajuk bagi album sulung Low Sook Yee atau dikenali ramai sebagai Suki, penyanyi muda Malaysia yang menjuarai musim pertama rancangan pertandingan nyanyian realiti One in a Million. Album keluaran Monkey Bone Records ini dilancarkan pada 19 Jun 2008, setelah lapan belas bulan dalam pembikinan dan tujuh bulan selepas naib juara pertandingan yang sama, Faizal Tahir, melancarkan album sulungnya iaitu Aku.Muzik.Kamu yang juga dibikin oleh Monkey Bone.

Am[sunting | sunting sumber]

Album Finally | Akhirnya yang berkonsepkan pop rock[1] mengandungi 11 runut, iaitu tujuh lagu berbahasa Melayu dan selebihnya berbahasa Inggeris yang digubah dan diterbitkan oleh Kieran Kuek, Audi Mok, Anton Morgan, Sembilan, and Zain.[2]

Di kalangan lagu-lagu tersebut, dimuatkan lagu Berdiri yang menjadi single pertama Suki sejak menjuarai OIAM yang menjadi runut #1; lagu Usah dan Don't adalah lagu yang sama dalam versi bahasa berbeza, iaitu masing-masing berbahasa Melayu dan Inggeris; dan Ku Teruskan, versi bahasa Melayu bagi lagu Cina Against the Light (Cina: 逆光) nyanyian asal Stefanie Sun.[3]

Album ini dilancarkan secara rasmi di Restoran dan Kelab Centro, KL Sentral. Menurut Suki, kandungan album ini “menceritakan tentang kehidupan muda-mudi sekarang ini”. Beliau mengakui karya-karya dalam album ini banyak dipengaruhi rentak pop-rock Avril Lavigne. “Banyak masa saya ambil kerana mahu tekankan kualiti. Mungkin saya cerewet tetapi saya belajar mempunyai ‘standard’ yang tinggi dan tidak mudah puas daripada ‘team’ produksi kreatif yang membimbing saya. Kami bersama mencari ‘magic formula’ untuk album saya, cari konsep yang sesuai dengan saya, sampailah ke pemilihan lagu,” katanya lagi apabila ditanya media.[1]

Senarai runut[sunting | sunting sumber]

No.TajukPenulisMasa
1."Berdiri"Audi Mok2:52
2."Usah" (featuring Daly Filsuf) Kieran Kuek3:29
3."Painted Blue"Anton Morgan3:53
4."Ku Teruskan"Lee Wei Song4:23
5."Hidup Ini"Suki Low3:30
6."Rock With Me"Anton Morgan3:13
7."G.L.B" (Gadis Luar Biasa) Kieran Kuek4:11
8."Tak Sama"Audi Mok3:49
9."Tak Pernah Berubah"Sembilan & Zain4:29
10."Never"Zuraini3:56
11."Don't"Kieran Kuek3:27


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Izuan Shah (2008-06-24). "Akhirnya, Mempersembahkan…Suki!". gua.com.my. Dicapai pada 2008-06-24.
  2. ^ "The One In A Million First Season Winner is Back!". Jun 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-06-27. Dicapai pada 2008-06-24.
  3. ^ Mohd Nasif Badruddin (2008-05-08). "Anugerah 'Pemanas' Kembali Aktif". Harian Metro. Dicapai pada 2008-06-24.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]