Firenze

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Firenze (Harry Potter))
Lompat ke: pandu arah, cari
Bagi bandar di Itali, lihat Florence.
Watak Harry Potter
Firenzeinharrypotter.jpg
Firenze
Jantina Jantan
Warna rambut Putih/hitam
Warna mata Biru/kuning
Rumah (Menetap di Hutan Larangan Hogwarts
Sekolah -
Keturunan Sentora
Dilakonkan oleh Ray Fearon (suara)
Kemunculan pertama Harry Potter and the Sorcerer's Stone

Firenze merupakan watak dalam siri Harry Potter karangan J. K. Rowling. Firenze merupakan seekor sentora dan muncul dalam buku pertama, kelima dan keenam.


Kemunculan pertama Firenze adalah pada pertengahan Harry Potter dengan Batu Hikmat, ketika dia cuba menyelamatkan Harry daripada Voldemort di Hutan Larangan. Disebabkan membawa Harry pulang dengan selamat, Firenze telah berbalah dengan sentora lain yang membantah bahawa sentora patut mengikut arahan manusia. Mereka turut berbalah tentang tanggungjawab sentora untuk membaca masa depan melalui bintang dan sama ada bolehkah mereka campur tangan dalam masa depan yang tak terurai lagi. Firenze masih bersama kawanannya tetapi masih berselisihan pendapat.

Watak ini tidak muncul sehingga dalam Harry Potter dalam Kumpulan Phoenix, iaitu apabila dia dijemput oleh Pengetua, Albus Dumbledore, untuk mengajar Peramalan di Hogwarts untuk menggantikan Sybill Trelawney, yang telah dipecat oleh Pegawai Penyoal Siasat Dolores Umbridge. Apabila Harry berjumpa Firenze di kelas, ternyata yang Firenze telah dibelasah dan diserang, dan ia disebabkan Firenze bersetuju untuk membantu Dumbledore. Firenze tidak mengendahkan sentora yang lain yang tidak bersetuju tentang membantu manusia kerana dia merasakan pentingnya dia untuk membantu menentang Lord Voldemort. Pada penghujung buku kelima, Firenze tetap mengajar dan dalam Harry Potter dengan Putera Berdarah Kacukan dia membahagi kelas dengan Profesor Trelawney, satu situasi yang dirasakan Trelawney sebagai satu perkara yang tidak seronok. Sebab Dumbledore membiarkan mereka berdua di Hogwarts kerana dia tak boleh membuatkan kedua-duanya pergi: kerana Trelawney dikehendaki oleh Death Eater kerana ramalannya, Firenze pula tiada tempat untuk pergi lagi kerana telah dihalau oleh kawanannya.

Kemunculannya dalam filem lebih buruk rupanya berbanding di dalam buku yang menyatakan mereka berambut putih dan bermata biru yang mencairkan hati gadis doi sekolah dengan bahagian atas mereka. Bahagian bawah pula ialah kuda palomino.