Fist of Fury

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Fist of Fury
Fistoffury.jpg
PengarahLo Wei
PenerbitRaymond Chow
PenulisLo Wei
Dibintangi olehBruce Lee
Nora Miao
Muzik olehJoseph Koo
Disunting olehPeter Cheung
Syarikat
penerbitan
PengedarGolden Harvert
Mula ditayangkan
22 Mac 1972 (Hong Kong)
Tempoh tayangan
108 minit
NegaraHong Kong
BahasaMandarin
Kantonis
Pecah panggungHong Kong
HK$4,431,423
Amerika Utara
US$3,400,000

Fist of Fury merupakan sebuah filem seni bela diri Hong Kong arahan Lo Wei yang dibintangi oleh Bruce Lee yang memegang watak utama untuk kali kedua selepas filem The Big Boss (1971). Lee memegang watak sebagai Chen Zhen, seorang pelajar kepada Huo Yuanjia.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Filem Fist of Fury ini mengisahkan tentang perjuangan seorang murid perguruan Jing Wu yang bernama Chen Zhen yang ingin membalas dendam ke atas kematian gurunya. Guru Chen Zhen tewas ketika menentang salah seorang yang berasal dari Jepun. Namun Chen Zhen curiga bahawa kekalahan gurunya kerana pihak Jepun bermain dengan licik. Rupanya dugaan Chen betul, gurunya diracun sebelum bertanding. Niat Chen untuk membongkar siapa yang bertanggungjawab ke atas kematian gurunya bukannya mudah. Chen harus berhadapan dengan sebuah sistem yang berkuasa pada ketika itu iaitu penjajah Jepun. Namun dengan semangat yang tinggi dan keahlian Kung Fu peringkat tinggi, Chen Zhen terus maju dan menghadapi orang-orang Jepun.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Box office[sunting | sunting sumber]

Fist of Fury mendapat pulangan kasar sebanyak HK$4,431,423 di Hong Kong.

Sekuel[sunting | sunting sumber]

Filem ini mempunyai 3 sekuel, demikian adalah New Fist of Fury (1976), Fist of Fury II (1977) dan Fist of Fury III (1979)

Tayangan[sunting | sunting sumber]

Filem ini ditayangkan pada tahun 1972 di Hong Kong oleh Golden Harvest dan pertama kali ditunjukkan di Amerika pada 7 November 1972 di New York.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]