Siti Hasfizza Aswaty Sab Jahan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Fiza Sabjahan)
Jump to navigation Jump to search
"Fiza Sabjahan" dilencongkan di sini.
Fiza Sabjahan
KelahiranSiti Hasfizza Aswaty binti Sab Jahan
(1982-09-09) 9 September 1982 (umur 37)
Kapar, Klang, Selangor, Malaysia
KediamanKuala Lumpur
PekerjaanPengacara, personaliti televisyen
Tahun aktif2007–kini
PasanganAfief Farhan Fauzi (k. 2010; c. 2014)

Siti Hasfizza Aswaty Sab Jahan, juga dikenali sebagai Fiza (lahir 9 September 1982) merupakan seorang pengacara televisyen Malaysia, terkenal sebagai pengacara rancangan Wanita Hari Ini di TV3.[1] Selain itu, beliau juga pernah mengacarakan rancangan Nona dan Singgah Sahur.

Pada Julai 2013, beliau bersama-sama dengan Adi Putra, Nora Danish, Neelofa, Amar Asyraf, Nelydia Senrose, Tasha Shilla dan Aiman Hakim Ridza telah dilantik sebagai duta untuk kempen Anugerah Syawal 2013 oleh TV3. Menurut TV3 "pelantikan selebriti ini adalah untuk mempromosikan program-program di televisyen dan radio sepanjang bulan Syawal.[2][3][4]

Beliau sebelum ini berkahwin dengan ahli perniagaan Afief Farhan Fauzi dan memfailkan perceraian pada tahun 2014.[5][6]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Ramlah Zainal (10 Julai 2015). "Persiapan lebaran 3 personaliti". Harian Metro. Dicapai 10 Julai 2015. 
  2. ^ Kemalia Othman (25 July 2013). "Lapan Selebriti Popular Jadi Duta Anugerah Syawal TV3". mStar. Dicapai 25 July 2013. 
  3. ^ Marina Sahabudin (4 August 2013). "TV3 saji program terbaik sepanjang raya". Sinar Harian. Dicapai 5 August 2013. 
  4. ^ "Variasi Aiman, Tasha, Amar". Kosmo!. 15 August 2013. Dicapai 15 August 2013. 
  5. ^ Hasbullah Awang Chik (19 Jun 2017). "Hati tertutup, Fiza Sabjahan belum mahu kahwin". The Malay Mail. Dicapai 10 Julai 2017. 
  6. ^ "Fiza mahu bincang secara harmoni dengan suami". Utusan Malaysia. 10 Disember 2013. Dicapai 10 Disember 2013. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]