Fizie Roslan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Fizie Roslan
Kelahiran
Mohamad Hafizie bin Roslan

(1988-02-02) 2 Februari 1988 (umur 33)
PendidikanSijil Pelajaran Malaysia (SPM)
PekerjaanPenyampai radio, pengacara televisyen
Tahun aktif2005–kini
PasanganFatin Sharmimi
Anak2

Mohamad Hafizie Roslan (lahir 2 Februari 1988) ialah seorang penyampai radio Malaysia.[1] Beliau terkenal sebagai penyampai radio Hot FM (2014 - Julai 2021).[2]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Fizie memulakan kerjaya sebagai penyampai radio di Manis FM yang ketika itu beroperasi di Kelantan.[2] Beliau pernah bekerja sebagai juruhebah di pasar raya di Kelantan selama tiga bulan selepas tamat Tingkatan 5.[1] Bagaimanapun, beliau meninggalkan Manis FM dan menubuhkan stesen radio internet, Gempak FM.[3]

Pada tahun 2011, beliau menyertai Hot FM Kelantan yang mana beliau telah bertugas sebagai penyampai sehingga 2013.[3] Beliau kemudian diserap ke Hot FM pada Februari 2014 yang mana beliau mengendalikan rancangan radio AM Krew bagi menggantikan Faizal Ismail yang meninggalkan stesen itu.[4][5]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Beliau telah berkahwin dengan Fatin Sharmimi dan dikurniakan dua anak.[2][4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Biodata Fizie, penyampai radio popular Hot FM". Encik Shino. Dicapai pada 28 Mei 2020.
  2. ^ a b c Syanty Octavia Amry (20 Januari 2015). "Hari-hari kena kutuk". Harian Metro. Dicapai pada 28 Mei 2020.
  3. ^ a b "Fizie tidak bimbang dibandingkan dengan FBI". Perak Today. 11 Februari 2014. Dicapai pada 28 Mei 2014.
  4. ^ a b Wahi Aziz (14 Disember 2015). "Fizie lega diterima peminat". Harian Metro. Dicapai pada 28 Mei 2020.
  5. ^ "Hot FM's Fizie takes Faizal's place" [Fizie Hot FM menggantikan Faizal] (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. 8 Februari 2014. Dicapai pada 28 Mei 2020.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]