Flor de la Mar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Replika kapal "Flor de la mar" di Muzium Samudera Melaka
Sejarah
Portugal
Nama: Frol de la Mar
Pembina: Limbungan kapal Lisbon, Kerajaan Portugal
Dalam perkhidmatan: 1502
Ditarik keluar dari perkhidmatan: 1511
Takdir: Tenggelam
Ciri-ciri umum
Kelas dan jenis: Kerakah
Sesaran: Tidak diketahui
Tons burthen: 400 ton[1]:267
Panjang: 36 m (118.1 ka) (Replika Malaysia)[2]
Lunas: 8 m (26.2 ka) (Replika Malaysia)[2]
Anak kapal: 500 orang[3]:303[4][catatan 1]
Persenjataan: 50 meriam (keseluruhan)[3]:303[catatan 2]

Flor de la Mar atau Flor do Mar (Si Kuntum Laut) adalah kapal nau jenis kerakah milik Empayar Portugis yang boleh menjangkau berat burthen sehingga 400 tan, kapal ini direkodkan telah menyertai pelayaran lebih dari 9 tahun di Lautan India sehingga akhirnya dilaporkan karam pada November 1511. Kapal tersebut dibuat di Lisbon pada 1502. Pelayaran pertamanya adalah dibawah arahan pengemudian Estavao de Gama (abang kepada Vasco da Gama). Namun pada pelayaran kedua, kapal ini telah dibawa ke India oleh pihak Portugis pada tahun 1505. Pada pelayaran balik, ia telah belayar disekeliling pantai Tanjung Harapan sebelum kembali ke Mozambique untuk diperbaiki. Selepas dibaiki, Ia menyertai ekspedisi penjajahan Ormuz pada tahun 1507. Juga mengikuti ekspedisi pertempuran Diu pada tahun 1509, berjaya menawan Goa pada tahun 1510.

Kapal Flor de la Mar juga turut menjadi saksi tentang pelayaran Afonso de Albuquerque, apabila beliau kembali dalam kejayaan menawan kota Melaka pada 1511, dimana kapal tersebut dipenuhi dengan pelbagai barangan berharga dan harta yang melimpah ruah termasuk berdozen-dozen emas, tembikar, khazanah manuskrip yang dianggarkan bernilai berbillion-billion pound untuk Raja Portugis. Namun dalam pelayaran akhir tersebut, kapal ini telah karam dan tenggelam di Selat Melaka. Atas sebab itu kehilangannya terus menjadi misteri, dan hak empunya bangkai yang masih belum dijumpai masih kekal menjadi kontroversi.

Replika kapal ini telah diwujudkan dan diabadikan sebagai rumah pameran untuk Muzium Samudera Melaka, Malaysia sehingga ke hari ini.

Pembinaan[sunting | sunting sumber]

Kapal "Flor de la mar" telah dibina di Lisbon pada tahun 1502, ia merupakan kapal terbaik yang pernah dibuat pada ketika itu. Ia dibina bertujuan untuk menjajahi India Portugis. Berat mencapai 400 tan, merupakan karak terbesar yang pernah dibina, hampir dua kali saiz kapal besar yang pernah dibina didunia sebelumnya.

Pelayaran[sunting | sunting sumber]

Kapal "Frol de la Mar" digambarkan sebagai geliung dalam buku Roteiro de Malaca bertarikh abad ke-16.

Kapal ini telah mengambil tanggungjawab bagi membawa pelayaran dari Portugis ke India dalam tahun 1502, dibawah arahan kapten Estevão da Gama, saudara/sepupu/abang Vasco da Gama. Walaubagaimanapun, pelayaran balik dalam tahun 1503 telah mengalami komplikasi—apabila rempah ratus dimuatkan, berat tubuhnya dan saiznya yang besar membuatkan ia sukar untuk belayar, kesusahan ini jelas kelihatan apabila melalui Terusan Mozambique yang mempunyai arus yang deras (diyakini terletak disekitar Tanjung Correntes). Saksi yang melihat perkara tersebut Thomé Lopes melaporkan terdapat kebocoran pada kapal dan terpaksa diberhentikan untuk diperbaiki berdekatan Pulau Mozambique untuk sekurang-kurangnya 2 bulan.

Pada Mac 1505, Flor de la mar kembali belayar dibawah arahan kapten João da Nova, yakni dibawah misi Armada India Portugis ke-7 (Almeida, 1505), disamping pelayaran bersama 22 kapal yang lain, yang membawa D. Francisco de Almeida sebagai wizurai pertama India Portugis. Dalam perjalanan pulang pada tahun 1506, Flor de la mar sekali lagi mengalami kerumitan di Terusan Mozambique. Sekali lagi kebocoran berlaku, maka ia terpaksa dihantar kembali ke dok di Pulau Mozambique untuk kerja-kerja pembaikian yang panjang. Kapal ini terpaksa didokkan di terusan untuk lebih kurang 10 bulan. Nova cuba membawanya keluar berkali-kali, tetapi kapal ini terus berada di dalam masalah, memaksa beliau untuk kembali ke pulau, pembaikan dan cuba lagi.

Flor de la Mar dan kaptennya Nova yang dalam kekecewaan akibat tersangkutnya di Mozambique telah menemui kejayaan dalam pembaikian kapal pada Februari 1507—hampir setahun selepas Flor de la mar meninggalkan India - dengan bantuan misi Armada India Portugis ke-8 (Cunha, 1506) dibawah arahan kapten Tristão da Cunha. Anak kapal Cunha telah membantu mempercepatkan pembaikian kapal supaya dapat segera belayar ke laut dengan baik, kemudiannya beliau mengarahkan bahan muatan rempah-ratus dalam ruangan kargo kapal Flor de la Mar untuk dipindahkan ke pengangkutan Portugis yang lain, dan seterusnya merampas Flor de la Mar yang kosong itu ke India. Dari saat itu flor de la mar tidak pernah kembali ke Portugal lagi.

Kapten Flor de la Mar iaitu João da Nova sebagai tanda persahabatan, penghargaan dan bagi meneruskan tradisi penjajahan ke timur telah menyertai operasi kapten Cunha bagi menawan Socotra. Selepas itu, Nova telah dikejutkan, bahawa Flor de la mar diperintahkan untuk kekal di Laut Arab, bekerjasama dengan skuadron peronda yang diketuai oleh Afonso de Albuquerque. Maka atas arahan tersebut, Nova dan Flor de la mar telahmenyertai misi penawanan yang diketuai oleh Albuquerque dibeberapa bandar utama iaitu Curiati (Kuryat), Masqat pada Julai 1507, Khor Fakkan, (juga menerima penyerahan bandar Kalhat dan Sohar) serta Ormuz pada tahun yang sama. 2 tahun kemudian di India, Flor de la mar telah diarahkan untuk menyertai misi bendera D. Francisco de Almeida dalam Pertempuran Diu.

Dalam tahun 1510, dibawah arahan Afonso de Albuquerque, Flor de la mar diaruh kepercayaan untuk memberi bantuan dalam penawanan Goa, dan seterusnya diperlukan bagi menawan Melaka pada tahun 1511.

Flor de la Mar telah sekian lama terkenal atas misi dan peranannya. Dalam tempoh sekitar 3 hingga 4 tahun selepas kapal ekspedisi India ini dibina ia sudah cukup terkenal. Flor de la mar merupakan kapal misi ke India yang tahan paling lama pernah dibina. Walaubagaimanapun, tugasnya sebagai kapal kargo telah banyak meninggalkan kesan yang mendalam. Ia merupakan kapal yang bahaya sekiranya muatan dimasukkan secara penuh, ia merupakan kapal Portugis yang berjaya melengkapkan misi penjajahan ke India dengan sekali tanpa apa-apa masalah selepas membatalkan pelayaran balik ke Portugis selepas tahun 1507.

Laporan kehilangan kapal[sunting | sunting sumber]

Berikut adalah salah satu laporan berkaitan kehilangan kapal Flor de la Mar:

«…Selepas merampas harta, Portugis kembali belayar ke Goa dibawah arahan Alfonso de Albuquerque dengan 4 kapal yang lain dan tongkang. Cuaca adalah baik dengan laut yang tenang apabila tiba-tiba; ketika belayar pada waktu malam disepanjang pesisir pantai Sumatera, kapal telah diserang oleh taufan yang dahsyat dengan ombak yang besar dan panah petir. Cuba untuk mencari perlindungan di pantai, Capitan lama dan gemilang telah menjadi kapal karam di pantai. Tubuh busuk dan lamanya itu terbuka sendiri dan kapal telah terbelah mejadi 2 bahagian. Bahagian belakang tenggelam sepenuhnya dibawah pasir dan akhirnya dimusnahkan oleh ombak. Di dek, Albuquerque berusaha menyelamatkan anak perempuan dari salah seorang hambanya yang sedang menunggu ajal. Dalam situasi penuh dahsyat, sampan siar dari kapal terdekat, the Trinity, berjaya menyelamatkan Laksamana dan beberapa orang Portugis, 5 jumlahnya. Namun, kapal tersebut telah hilang sepenuhnya dengan kekayaan barangan muatannya dan lebih 400 orang laki-laki...Dengan Flor do Mar hilang akan harta karunnya untuk Raja, emas, mutiara, berlian dan batu permata. Antara kesan-kesan peribadi Gabenor dua singa dalam loyang dan gelang sihir yang terkenal Raja Sabandar ... »

Dari laporan asal Albuquerque yang diterjemahkan kedalam bahasa Melayu (surat ditulis panjang):

«…Wang dalam emas, perak, tembaga, dan timah dicipta di Melaka. Kebanyakan wang syiling timah hilang dalam Flor do Mar…»

Kapal karam[sunting | sunting sumber]

Walaupun sudah dianggap tidak selamat, Flor de la mar masih tetap digunakan sebagai salah satu kapal untuk menawan Melaka, yang ketika itu sebagai sebuah pelabuhan dan pusat perdagangan terulung pada kurun ke-15 di dunia di sebelah Nusantara. Dengan memberikan tanggungjawab yang besar untuk membawa kapasiti barangan melebihi had muatan, Afonso de Albuquerque mahu menghadiahkan harta rampasan dari Melaka kepada Raja Portugis ketika itu, Raja Manuel I. Kapal juga digunakan dalam pelayaran pulang, menjelang akhir tahun 1511, untuk mengangkut khazanah besar yang dihimpunkan dalam penaklukan Melaka serta hadiah dari Kerajaan Siam (Thailand) kepada Raja Portugal.[5]

Apabila "Flor de la mar" belayar keluar dari Melaka dan mahu menuju ke Goa, yakni di persisir perairan Sumatera timur di Selat Melaka berdekatan negeri Pasé (Pasai), tanpa diduga, telah berlakunya ribut yang dahsyat, dengan panahan petir yang kuat yang menyebabkan laut bergelora di Selat Melaka, kapal digambarkan rosak teruk menyebabkan banyak barang rampasan musnah, dan ramai terkorban.[6]

Akibat dari kerakusan alam itu, kapal Flor de la mar tidak dapat bertahan lalu tenggelam dan karam di lautan berdekatan persisir pantai. Kejadian itu berlaku pada malam 20 November 1511. Walaubagaimanapun, laksamana Afonso de Albuquerque telah terselamat, tetapi masih dalam keadaan yang sukar, dengan hanya mengharapkan pertolongan rakit ubah suai ia cuba menyelamatkan diri, tetapi semua kargo bernilai berbilion-billion dolar hilang dalam sekelip mata.

"Tidak ada apa yang terselamat kecuali mahkota dan pedang emas dan cincin bertakhta batu delima yang disampaikan oleh Raja Siam kepada Raja D. Manuel. Antara yang hilang, Afonso de Albuquerque sangat berduka kebanyakan semua gelang yang dia telah temui di Naodabegea, yang dia mendapat anugerah kepujian untuk ditunjukkan kepada raja, dan empat (atau enam) singa gangsa dari Sultan Melaka yang dia berhasrat untuk menguburinya sendiri (membuangnya tidak mahu disimpan lagi)"

.[7] Flor de la Mar kini telah terkubur sehingga ke hari ini didasar laut tanpa siapa yang pasti kedudukan sebenarnya terletak dimana.

Kedudukan bangkai kapal masih terus menjadi kontroversi sehingga ke hari ini. Empunya pemilikan kapal juga masih terus menjadi kontroversi ada pihak yang menuding jari mengatakan bangkai kapal dan segala isinya termasuk limpahan hartanya masih tetap milik Portugis, ada pula mengatakan milik Malaysia kerana apabila kapal itu datang ke Melaka, ia kosong, rekod menunjukkan segala muatan kapal dan limpahan harta karun yang limpah ruah adalah milik kerajaan negeri Melaka yang dirampas Portugis. Indonesia pula mendakwa, laporan sejarah kapal karam menyatakan kedudukan relatif kapal karam itu jelas berada diperairan negaranya. Robert Marx, pencari harta karun Amerika berkata, dia telah menghabiskan 20 juta dollar Amerika dalam projek untuk membawa Flor de la mar ke permukaan. Menurutnya: Ia (Flor de la mar) ialah kapal kaya raya yang telah hilang di lautan, dengan ianya menampung 200 tong dipenuhi batu permata berharga, berlian dari saiz kecil setengah inci sehingga sebesar genggam manusia."

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Kapasiti yang diwakili di sini diambil daripada Hikayat Hang Tuah, yang tidak kontemporari dan ditulis sekitar (dan selepas) abad ke-17. Ada kemungkinan bahawa dalam keadaan terlebih muatan, Flor de la Mar boleh membawa begitu ramai orang, tetapi kapasiti biasanya akan kurang daripada ini. Hikayat Hang Tuah dikatakan keterlaluan, bilangan Portugis yang menyerang Melaka adalah kira-kira 20,000 orang sedangkan pada hakikatnya, ia adalah sekitar 1,000 orang.
  2. ^ Juga merujuk kepada Hikayat Hang Tuah. Artileri yang dibawanya pasti kurang kerana kapal-kapal Portugis biasanya bersenjata ringan untuk saiznya, dan taktik tentera laut menggunakan bahagian sisi yang penuh dengan meriam berat kurang berkembang. Taktik Portugis abad ke-16 mengutamakan menaiki dan menyerang dari jarak dekat, dengan tembakan artileri.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Manguin, Pierre-Yves (September 1980). "The Southeast Asian Ship: An Historical Approach". Journal of Southeast Asian Studies. 11 (2): 266–276. doi:10.1017/S002246340000446X. JSTOR 20070359.
  2. ^ a b Perbadanan Muzium Melaka (18 September 2020). "Muzium Samudera (Flor de la Mar)". Muzium & Galeri Melaka. Dicapai pada 12 Oktober 2020.
  3. ^ a b Nugroho, Irawan Djoko (2011). Majapahit Peradaban Maritim. Suluh Nuswantara Bakti. ISBN 978-602-9346-00-8.
  4. ^ Nugroho (2011). h. 290, mengutip Hikayat Hang Tuah XXIV: 429. Maka kata Feringgi itu, "Kami sakalian ini hendak menyerang Melaka di-titahkan oleh Sultan Portugal dengan empat puloh buah ghali, dan pada sa-buah ghali itu orang-nya lima ratus dan lima puloh meriam-nya.
  5. ^ Diffie, Bailey W. and George D. Winius (1977). Foundations of the Portuguese Empire, 1415–1580, p.260
  6. ^ Pires, Tomé, Armando Cortesão, Francisco Rodrigues (1990), The Suma oriental of Tome Pires, 1512-1515, Laurier Books Ltd. p. 146. ISBN 81-206-0535-7
  7. ^ The commentaries of the great Afonso Dalboquerque, Second Viceroy of India, Volume 1. Afonso de Albuquerque, Walter de Gray Birch, p. 199-200

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

  • Dieter Dellinger, Texto publicado na REVISTA DE MARINHA em Abril de 1989 [1]
  • Sérgio Luís de Carvalho, A flor de la mar: 1510 - 1515 com Albuquerque na Índia, Texto Ed., 1993, ISBN 972-47-0422-X
  • Diffie, Bailey W. and George D. Winius (1977). Foundations of the Portuguese Empire, 1415–1580. Minneapolis: University of Minnesota Press. ISBN 0-8166-0782-6.
  • Albuquerque, Braz de (1774). Commentarios do grande Afonso Dalboquerque. Lisbon: Na Regia Officina Typografica. Available in English as The Commentaries of the Great Afonso Dalboquerque, Second Viceroy of India. Laurier Books Ltd. /AES 2000. ISBN 978-81-206-1514-4

Pautan luar[sunting | sunting sumber]