Florian Thauvin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Florian Thauvin
Thauvin beraksi untuk Perancis ketika Piala Dunia 2018.
Maklumat peribadi
Nama penuh Florian Tristan Mariano Thauvin[1]
Tarikh lahir (1993-01-26) 26 Januari 1993 (umur 31)[2]
Tempat lahir Orléans, Perancis
Ketinggian 1.79 m (5 ka 10 in)[3]
Posisi permainan Sayap
Maklumat kelab
Kelab terkini
Marseille
Nombor 26
Kerjaya remaja
2000–2005 Ingre
2005–2007 Saint-Jean-de-la-Ruelle
2007–2008 Orléans
2008–2011 Grenoble
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2011 Grenoble 3 (0)
2011–2013 Bastia 45 (10)
2013–2015 Marseille 69 (13)
2015–2017 Newcastle United 13 (0)
2016–2017Marseille (pinjam) 52 (17)
2017– Marseille 69 (38)
Pasukan kebangsaan
2011 Perancis B18 2 (0)
2012 Perancis B19 2 (0)
2012–2013 Perancis B20 16 (7)
2013–2014 Perancis B21 10 (7)
2017– Perancis 10 (1)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 15:26, 9 April 2020 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 9 April 2020

Florian Tristan Mariano Thauvin (Sebutan bahasa Perancis: [flɔʁjɑ̃ tovɛ̃]; lahir 26 Januari 1993) merupakan pemain bola sepak profesional Perancis yang beraksi di posisi sayap untuk kelab Olympique de Marseille dan pasukan kebangsaan Perancis.

Beliau melakukan penampilan sulungnya untuk Grenoble pada tahun 2011 sebelum berpindah ke Bastia. Di Bastia, beliau merangkul gelaran Ligue 2 pada musim pertamanya dan dinobatkan sebagai Pemain Muda Terbaik pada setahun kemudian. Seterusnya, beliau berpindah ke Olympique de Marseille dengan nilai perpindahan sebanyak 15 juta euro sebelum beliau melakukan 230 kemunculan dan menjaringkan 75 gol pada sepanjang dua tempohnya bersama kelab itu. Beliau juga sempat menjadi pemain Newcastle United antara dua tempoh itu.

Thauvin tampil dalam 30 perlawanan dan menjaringkan 14 gol untuk skuad Perancis dari peringkat bawah-18 hingga bawah-21. Di samping itu, beliau pernah menjuarai kejohanan Piala Dunia FIFA B-20 2013. Beliau melakukan penampilan sulungnya untuk skuad senior pada Jun 2017 dan sebahagian daripada pasukan yang memenangi Piala Dunia FIFA 2018.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Kerjaya awal[sunting | sunting sumber]

Thauvin beraksi untuk akademi-akademi Ingre, Saint-Jean-de-la-Ruelle, Orléans dan Grenoble sebelum bakatnya terserlah dan menarik minat beberapa kelab besar.[4] Beliau melakukan penampilan pertamanya untuk Grenoble pada 11 Mac 2011 dalam aksi Ligue 2 menentang Vannes yang berakhir dengan keputusan seri 2-2.[5] Grenoble tersingkir ke liga CFA 2 selepas pembubarannya pada Julai 2011.

Bastia[sunting | sunting sumber]

Pada 19 Julai 2011, Thauvin meninggalkan kelab lamanya dan menandatangani kontrak profesionalnya yang pertama bersama kelab Corsica, Bastia.[6] Pada 28 Oktober 2012, beliau menjaringkan gol pertamanya untuk Bastia ketika pasukannya melakar kemenangan 3-1 ke atas Bordeaux.[7] Beliau membantu Bastia untuk merangkul gelaran Ligue 2 pada tahun 2012.[8]

Pada 29 Januari 2013, Thauvin menandatangani kontrak selama empat tahun setengah bersama kelab Ligue 1, Lille dengan bayaran yang dilaporkan sebanyak 3.5 juta euro.[9] Sebahagian daripada rundingan itu, beliau dihantar semula ke Bastia dalam tempoh pinjaman selama enam bulan sekali gus beliau kekal bersama kelab Corsica itu sehingga penghujung musim 2012–13.[10] Berikutan persembahannya yang cemerlang pada musim itu, Thauvin dinobatkan sebagai Pemain Muda Terbaik Ligue 1.[11]

Marseille[sunting | sunting sumber]

Pada 3 September 2013, beberapa minggu selepas rundingan yang berlarutan dan beliau tidak berjaya melakukan sebarang penampilan untuk Lille, Thauvin menandatangani kontrak selama lima tahun bersama kelab Olympique de Marseille. Pemain yang berusia 20 tahun itu tidak memunculkan diri semasa sesi latihan kerana beliau ada pertikaian dengan kontrak sebelum dipaksa untuk berpindah ke Stade Velodrome. Akhirnya, beliau berjaya melengkapkan perpindahan itu yang berjumlah 15 juta euro termasuk bonus.[4][12]

Pada 4 Januari 2015, Thauvin merupakan satu-satunya pemain Marseille yang tersasar untuk melengkapkan tendangan penaltinya ketika perlawanan pusingan 64 terbaik Coupe de France menentang kelab lamanya yang beraksi di divisyen keempat, Grenoble sekali gus menyebabkan mereka tersingkir.[13] Thauvin seterusnya melakukan 81 kemunculan sepanjang dua musim dan menjaringkan 15 gol.[14]

Newcastle United[sunting | sunting sumber]

Thauvin beraksi untuk Newcastle pada tahun 2015.

Pada 19 Ogos 2015, Thauvin telah menyertai Newcastle United dengan menandatangani kontrak selama lima tahun dengan bayaran perpindahan bernilai 15 juta euro. Sementara itu, Rémy Cabella menuju ke arah bertentangan iaitu Marseille untuk dipinjam selama satu musim penuh dan mempunyai pilihan untuk dibeli secara tetap. Thauvin diberikan jersi bernombor 20 yang dipakai oleh Cabella pada sebelum ini.[15][16] Beliau melakukan kemunculan sulungnya pada tiga hari kemudian selepas menggantikan rakan senegaranya, Gabriel Obertan pada minit ke-69 permainan menentang Manchester United di Old Trafford yang berakhir seri tanpa jaringan.[17] Beliau tampil dalam kesebelasan utama pasukan buat kali pertama untuk Newcastle ketika menentang Northampton Town dalam pusingan kedua Piala EFL pada 25 Ogos. Dalam perlawanan itu, beliau berjaya menjaringkan gol dan melakukan tiga hantaran jaringan yang berkesudahan pasukannya menang 4-1.[18]

Thauvin telah dikritik oleh penjaring terbanyak Newcastle, Alan Shearer kerana tampil dalam satu perlawanan dengan mengenakan pakaian tuxedo. Pada Februari 2016, beliau memberitahu kepada L'Équipe bahawa kritikan itu tidak adil dan menjejaskan prestasinya.[19]

Kembali ke Marseille[sunting | sunting sumber]

Pada 31 Januari 2016, Newcastle mengumumkan bahawa Thauvin akan kembali ke Marseille secara pinjamannya untuk saki-baki musim.[20] Dalam aksi pertamanya sebagai pemain pinjaman pada 2 Februari, beliau telah dibuang padang pada sepuluh minit selepas kemasukannya sebagai pemain gantian ketika menentang Montpellier selepas mengenakan faul ke atas Hilton.[21] Beliau menjaringkan gol tunggal permainan pada 20 April apabila pasukannya menumpaskan FC Sochaux-Montbéliard 1–0 pada aksi separuh akhir untuk membolehkan Marseille mara ke final Coupe de France menentang Paris Saint-Germain dalam pertembungan Le Classique. Marseille tewas 4-2 dalam perlawanan itu manakala Thauvin mencatat nama selaku penjaring gol.[22]

Thauvin bersama Marseille pada tahun 2018.

Pada 4 Ogos 2016, Thauvin memulakan tempoh pinjamannya yang kedua di Marseille dengan menandatangani rundingan pinjaman selama satu musim penuh. Newcastle memasukkan klausa pelepasan dalam kontrak itu bagi membolehkan Marseille memilih untuk melakukan perpindahan tetap.[23] Pada November 2016, dilaporkan bahawa tempoh pinjaman Thauvin akan dibuat secara tetap pada musim panas 2017 selepas pihak Marseille bersetuju untuk membayar 9.8 juta paun sterling demi melengkapkan perpindahan tetap Thauvin. Beliau hanya beraksi dalam tiga perlawanan untuk Marseille semasa tempoh pinjamannya kali kedua..[24]

Thauvin mengetuai pasukan Marseille buat kali pertama dalam pusingan 64 Coupe de France 2016–17 menentang Toulouse pada 8 Januari 2017 yang menyaksikan Marseille menang 2-1. Pada 10 Mac, beliau menjaringkan dua gol pada aksi Ligue 1 menentang Angers sekali gus mencatatkan rekod empat jaringan gol dihasilkan olehnya dalam empat perlawanan Ligue 1 terakhir disertainya.[25] Kemudian, beliau telah dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Bulanan UNFP untuk bulan Mac apabila beliau menjaringkan tiga gol dan melakukan dua bantuan jaringan. Pada 30 April, Thauvin menjaringkan hatrik pertama dalam kerjayanya dalam perlawanan liga menentang Caen.[26][27]

Pada 2 Februari 2018, Thauvin menjaringkan hatrik sekali lagi semasa pasukannya meraih kemenangan 6-3 ke atas Metz.[28] Beliau seterusnya merangkil dua lagi anugerah Pemain Terbaik Bulanan untuk bulan November dan Februari dan menamatkan musim 2017-18 dengan menjaringkan 22 gol liga sekali gus menjadikan beliau sebagai penjaring kedua terbanyak selepas Edinson Cavani.[29] Beliau juga merupakan salah satu daripada empat orang calon untuk merangkul anugerah Pemain Terbaik Musim tetapi ia akhirnya dimenangi oleh pemain PSG, Neymar.[29] Dalam saingan Liga Europa pula, beliau menyumbang empat gol dalam 14 perlawanan untuk Marseille yang kemudiannya kempen mereka berakhir pada aksi final kecundang kepada Atlético Madrid di Lyon.

Pada musim 2018–19, Thauvin merupakan penjaring keempat terbanyak Ligue 1 dengan menjaringkan 16 gol dalam 33 perlawanan. Namun, Marseille menghuni tangga kelima liga dan terlepas tiket untuk ke kejohanan Eropah.[30] Pada musim itu, beliau pernah menjaringkan hatrik ketika pasukannya menewaskan Amiens 3-1 pada 25 November.[31] Pada dua bulan kemudian, beliau telah dibuang padang dalam aksi kecundang Lille dengan skor 2-1.[32] Pada September 2019, beliau terpaksa diketepikan kerana mengalami kecederaan pada ligamen sikunya. Beliau kembali pada bulan Mac untuk menghadapi saki-baki musim tetapi beliau terpaksa meninggalkannya berikutan pandemik koronavirus.[33][34]

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Thauvin sedang memanaskan badan ketika mewakili Perancis.

Remaja[sunting | sunting sumber]

Thauvin merupakan pemain utama untuk pasukan remaja Perancis dan pernah mewakili pasukan bawah-18, bawah-19, bawah-20 dan bawah-21. Thauvin merupakan anggota skuad Perancis yang menjuarai Piala Dunia FIFA B-20 2013 di Turki. Beliau menjaringkan gol melalui sepakan penalti ketika menentang Uzbekistan di peringkat suku akhir[35] dan menjaringkan dua gol pada aksi separuh akhir menentang Ghana yang berakhir kemenangan 2-1 berpihak kepada Perancis.[36]

Senior[sunting | sunting sumber]

Thauvin telah dipanggil untuk menyertai skuad senior Perancis buat kali pertama untuk menghadapi perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018 menentang Luxembourg dan perlawanan persahabatan menentang Sepanyol pada tiga hari kemudian. Namun, beliau tidak beraksi dalam kedua-dua perlawanan tersebut.[37] Pada 2 Jun 2017, Thauvin melakukan penampilan sulungnya untuk Les Bleus semasa menewaskan Paraguay 5–0 dalam perlawanan persahabatan selepas menggantikan Antoine Griezmann pada minit ke-80.[38]

Thauvin telah dipilih ke dalam skuad Piala Dunia FIFA 2018 di Rusia.[39] Beliau hanya beraksi selama satu minit di bawah kendalian pengurus Didier Deschamps yang menjuarai kejohanan itu pada aksi pusingan 16 terbaik menentang Argentina dengan menggantikan Kylian Mbappé.[40]

Pada 11 Jun 2019, Thauvin menjaringkan gol sepakan gunting yang juga gol antarabangsa sulungnya ketika menentang Andorra dalam aksi kelayakan Euro 2020. Beliau juga menyumbang kepada jaringan Wissam Ben Yedder pada 16 minit awal pada perlawanan itu.[41][42]

Statistik kerjaya[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Sehingga 6 Mac 2020.[43][44]
Kelab Musim Liga Piala[a] Piala Liga[b] Eropah Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Perancis Grenoble 2010–11 3 0 0 0 0 0 3 0
Perancis Bastia 2011–12 13 0 2 0 0 0 15 0
2012–13 32 10 1 0 2 0 35 10
Jumlah 45 10 3 0 2 0 50 10
Perancis Marseille 2013–14 31 8 2 1 2 0 6[c] 1 41 10
2014–15 36 5 1 0 1 0 38 5
2015–16 2 0 0 0 0 0 2 0
Jumlah 69 13 3 1 3 0 6 1 81 15
England Newcastle United 2015–16 13 0 1 0 2 1 16 1
Perancis Marseille 2015–16 14 2 4 2 2[d] 0 20 4
2016–17 38 15 3 0 2 0 43 15
2017–18 34 22 3 0 1 0 15[d] 4 53 26
2018–19 33 16 1 0 0 0 3[d] 2 37 18
2019–20 2 0 2 0
Jumlah 190 68 14 3 6 0 26 7 236 78
Jumlah kerjaya 251 78 18 3 10 1 26 7 305 89
  1. ^ Termasuk Coupe de France dan Piala FA Inggeris.
  2. ^ Termasuk Coupe de la Ligue dan Piala EFL.
  3. ^ Penampilan di Liga Juara-Juara UEFA.
  4. ^ a b c Penampilan di Liga Europa

Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Sehingga 11 Jun 2019.[45]
Pasukan kebangsaan Perancis
Tahun Kmncln Gol
2017 2 0
2018 5 0
2019 3 1
Jumlah 10 0

Gol antarabangsa[sunting | sunting sumber]

# Tarikh Lokasi Pasukan lawan Skor Keputusan Kejohanan
1
11 Jun 2019 Andorra del Vella, Andorra  Andorra
0–3
0–4
Kelayakan Euro 2020

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Bastia

Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Perancis

Individu[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Décret du 31 décembre 2018 portant promotion et nomination" [Decree of 31 December 2018 on promotion and appointment]. Journal Officiel de la République Française (dalam bahasa French). 2019 (0001). 1 January 2019. PRER1835394D. Dicapai pada 24 August 2019.CS1 maint: unrecognized language (link)
  2. ^ "FIFA World Cup Russia 2018: List of players: France" (PDF). FIFA. 15 July 2018. m/s. 11. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2018-06-19. Dicapai pada 11 January 2019.
  3. ^ "Profil of Florian Thauvin". Olympic of Marseille. 19 October 2018. Diarkibkan daripada yang asal (web) pada 8 April 2016. Dicapai pada 19 October 2018.
  4. ^ a b "Factfile: Florian Thauvin". Newcastle United. 19 August 2015. Dicapai pada 19 August 2015.
  5. ^ "Vannes v. Grenoble Match Report" (dalam bahasa French). Ligue de Football Professionnel. 8 April 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 September 2012. Dicapai pada 26 August 2011.CS1 maint: unrecognized language (link)
  6. ^ "Bastia: Florian Thauvin (Grenoble) a signé" (dalam bahasa French). Foot-National. 19 July 2011. Dicapai pada 26 August 2011.CS1 maint: unrecognized language (link)
  7. ^ "Bastia beat Bordeaux, Lorient deny Ajaccio". UEFA.com. 28 October 2012. Dicapai pada 28 October 2012.
  8. ^ name=NUsigning
  9. ^ name=NUsigning
  10. ^ "Deux prêts à Bastia". L'Equipe (dalam bahasa French). 30 January 2013. Dicapai pada 30 January 2013.CS1 maint: unrecognized language (link)
  11. ^ name=YPOTY
  12. ^ "Marseille clinches Thauvin deal". Goal.com. 2 September 2013. Dicapai pada 27 September 2014.
  13. ^ "Marseille out of French Cup after shootout defeat by fourth-tier Grenoble". The Guardian. Associated Press. 4 January 2015. Dicapai pada 5 March 2015.
  14. ^ name=NUsigning
  15. ^ Marshall, Anthony (19 August 2015). "Thauvin Completes United Switch". Newcastle United F.C. Dicapai pada 19 August 2015.
  16. ^ "Florian Thauvin: Newcastle sign winger & loan out Remy Cabella". BBC Sport. 19 August 2015. Dicapai pada 19 August 2015.
  17. ^ Johnston, Neil (22 August 2015). "Man Utd 0-0 Newcastle". BBC Sport. Dicapai pada 24 August 2015.
  18. ^ "Newcastle 4-1 Northampton". BBC Sport. 25 August 2015. Dicapai pada 25 August 2015.
  19. ^ "Shearer singled me out with tuxedo criticism - Thauvin". FourFourTwo. 13 February 2016. Dicapai pada 26 November 2017.
  20. ^ Marshall, Anthony. "Thauvin Returns To Marseille On Loan". Newcastle United F.C. Dicapai pada 31 January 2016.
  21. ^ Richards, Alex (3 February 2016). "Newcastle flop Florian Thauvin makes Marseille return - and gets sent off after just 10 minutes". Daily Mirror. Dicapai pada 26 November 2017.
  22. ^ "Sochaux 0-1 Marseille". BBC Sport. 20 April 2016. Dicapai pada 23 April 2016.
  23. ^ Marshall, Anthony (4 August 2016). "Thauvin Returns To Marseille". Newcastle United F.C. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 August 2016. Dicapai pada 4 August 2016.
  24. ^ "Newcastle transfer already complete: Marseille to splash £9.8m on Florian Thauvin clause". Daily Express. 5 November 2016.
  25. ^ "Thauvin helps OM up to fifth". www.ligue1.com. 10 March 2017.
  26. ^ "Nice deals blow to PSG in French title race with 3-1 win". New York Daily News. Associated Press. 30 April 2017. Dicapai pada 1 May 2017.
  27. ^ "Thauvin hat trick keeps Marseille's European hopes alive". The Times of India. Associated Press. 30 April 2017. Dicapai pada 1 May 2017.
  28. ^ Granel, Cédric (2 February 2018). "l'OM explose Metz au Vélodrome et prend la 2e place provisoire" [OM blow Metz apart at the Vélodrome and take 2nd place for the time being] (dalam bahasa French). Eurosport. Dicapai pada 19 February 2018.CS1 maint: unrecognized language (link)
  29. ^ a b "Neymar wins French league's Player of the Year award". Associated Press. 13 May 2018. Dicapai pada 3 September 2018.
  30. ^ Campos, Gilles (24 May 2019). "Ligue 1 - Mbappé, Pépé, Cavani… Le classement final des meilleurs buteurs de la saison" [Ligue 1 - Mbappé, Pépé, Cavani... The final ranking of the season's top scorers] (dalam bahasa French). Goal.com. Dicapai pada 12 June 2019.CS1 maint: unrecognized language (link)
  31. ^ Crossan, D. (25 November 2018). "Hat-trick hero Thauvin boosts OM". Ligue 1. Dicapai pada 12 June 2019.[pautan mati kekal]
  32. ^ "Marseille 1–2 Lille". BBC Sport. 26 January 2019. Dicapai pada 12 June 2019.
  33. ^ Telford, S. (12 March 2020). "Payet and Thauvin reunited as Marseille head to Montpellier". Ligue 1. Dicapai pada 7 May 2020.
  34. ^ "Ils y gagnent (un peu)" [They win (a bit)]. L'Est-Républicain (dalam bahasa French). 15 April 2020. Dicapai pada 7 May 2020.CS1 maint: unrecognized language (link)
  35. ^ "France 4-0 Uzbekistan". FIFA. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-07-09. Dicapai pada 27 September 2014.
  36. ^ "France 2-1 Ghana". FIFA. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-07-09. Dicapai pada 27 September 2014.
  37. ^ "Mbappé et Lemar sont là, pas Lacazette ni Benzema" (dalam bahasa French). sport24.com. 16 March 2017. Dicapai pada 16 March 2017.CS1 maint: unrecognized language (link)
  38. ^ "France vs. Paraguay - 2 June 2017 - Soccerway". soccerway.com. Dicapai pada 13 June 2017.
  39. ^ Benson, Michael (17 May 2018). "World Cup 2018: Chelsea, Manchester United and Manchester City stars included in France's squad for finals". Talksport. Dicapai pada 24 May 2018.
  40. ^ Jennings, Patrick (30 June 2018). "France 4–3 Argentina". BBC Sport. Dicapai pada 18 July 2018.
  41. ^ "Italy edge Bosnia as Germany and France stroll". France 24. 12 June 2019. Dicapai pada 12 June 2019.
  42. ^ "Thauvin's brilliant bicycle kick!". Sky Sports. 12 June 2019.
  43. ^ "F. THAUVIN". Soccerway. Dicapai pada 20 August 2015.
  44. ^ "Florian Thauvin". Football Database.eu. Retrieved 28 August 2012.
  45. ^ "Lucas Hernández". European Football. Dicapai pada 29 March 2018.
  46. ^ McNulty, Phil (15 July 2018). "France 4–2 Croatia". BBC. Dicapai pada 15 July 2018.
  47. ^ "IBRAHIMOVIC TAKES PLAYER OF YEAR GONG". Ligue 1. 20 May 2015. Dicapai pada 20 August 2015.
  48. ^ "Florian Thauvin et Baptiste Guillaume, joueurs du mois de Mars !". UNFP (dalam bahasa French). 11 April 2017. Dicapai pada 11 May 2017.CS1 maint: unrecognized language (link)
  49. ^ "Florian Thauvin et Umut Bozok, Novembre gagnant !". UNFP (dalam bahasa French). 12 December 2017. Dicapai pada 12 December 2017.CS1 maint: unrecognized language (link)
  50. ^ "Florian Thauvin et Dylan-Saint-Louis, joueurs du mois de Janvier!". UNFP (dalam bahasa French). 13 February 2018. Dicapai pada 13 February 2018.CS1 maint: unrecognized language (link)
  51. ^ name=Legion

Pautan luar[sunting | sunting sumber]