Fly With Yaya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Fly With Yaya
GenreTravelog, Pendidikan, Kanak-kanak
Dibangunkan oleh
Animonsta Studios
Pelakon suara
Nur Sarah Alisya Zainal Rashid
Negara asalMalaysia
Bahasa
Syarikat penerbitan
Animonsta Studios
Penyiaran
Saluran asalYouTube
Rancangan berkaitan
BoBoiBoy, BoBoiBoy Galaxy

Fly With Yaya ialah sebuah siri video pendek dwi-bulanan[1] di YouTube yang diterbitkan oleh Animonsta Studios. Ia merupakan terbitan turunan daripada siri animasi Animonsta, BoBoiBoy, dan dibintangi salah seorang watak utama siri itu, iaitu Yaya.

Menurut laman web rasmi studio tersebut, siri ini ingin "[diterjemah dari bahasa Inggeris]...mengajar penonton tentang bahasa, etika budaya, dan tarikan-tarikan di negara yang dilawat oleh Yaya, di samping memaparkan aspek-aspek pelancongan halal."[1]

Panjang episod-episod siri ini lebih daripada 3 minit dan memaparkan Yaya (bersama dengan penonton) mempelajari budaya dan gaya hidup di negara yang dilawati, dari aspek-aspek yang berbeza.

Format[sunting | sunting sumber]

Panjang setiap episod Fly With Yaya adalah antara 3-4 minit, dan selalunya tertumpu pada satu aspek kehidupan seharian atau budaya negara yang dilawat oleh Yaya. Contohnya, episod pertama memaparkan Lintasan Shibuya yang terkenal di Jepun, manakala episod kedua menerangkan langkah-langkah dalam tradisi upacara minum teh Jepun.

Setiap episod biasanya didahului dengan pembayang atau klu kepada destinasi seterusnya di laman media sosial Yaya atau BoBoiBoy, dan diiringi pula dengan foto dan trivia tempatan.

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Video-video Fly with Yaya adalah campuran animasi komputer 3D (biasanya hanya watak Yaya) yang ditindih dengan video aksi langsung untuk mewujudkan ilusi bahawa watak fiksyen itu sememangnya di dalam babak tersebut. Sesetengah babak video-video ini juga mungkin memaparkan gaya seni yang berbeza seperti lukisan 2D untuk menerangkan sejarah sesuatu subjek, atau Yaya versi chibi semasa babak-babak memberi maklumat.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]