Fonogram (linguistik)

Fonogram atau fonograf (daripada Bahasa Yunani Purba phōnḗ 'bunyi' + grắphō 'tulisan'; Jawi: فونوݢرام atau فونوݢراف) ialah bentuk tertentu dalam tulisan (atau grafem) yang mewakili suatu bunyi yang digunakan ketika bertutur dalam sesuatu bahasa,[1] seperti fonem atau suku kata. Contohnya, dalam perkataan Inggeris high, ⟨igh⟩ ialah grafem yang mewakili fonem /aɪ/—walaupun ⟨igh⟩ ditulis dengan tiga huruf yang berpotensi dianggap berasingan dalam konteks lain, huruf-huruf itu tidak boleh dianalisis secara terpisah dalam kes ini kerana bunyi yang dimaksudkan hanya ditunjukkan apabila ia dibaca sebagai satu unit. Perkataan fonem ialah bunyi itu sendiri, manakala fonogram ialah bagaimana bunyi tersebut itu ditulis. [2]
Sistem tulisan yang terdiri daripada fonogram menunjukkan fonografi, dan boleh disifatkan sebagai fonografik.[2] Fonogram berbeza daripada logogram, iaitu grafem yang mewakili unit makna seperti perkataan, morfem, dan penentu (aksara senyap yang digunakan untuk menandakan kategori semantik).
| Cari Fonogram (linguistik) dalam Wikikamus bahasa Melayu, kamus bebas. |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Stötzner, Andreas (2003). "Signography as a Subject in its Own Right". Visual Communication. 2 (3): 285–302. doi:10.1177/14703572030023003. ISSN 1470-3572.
- ^ a b Coulmas, Florian (1999). The Blackwell encyclopedia of writing systems. Blackwell. ISBN 9780631194460.