Fonotaktik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Fonotaktik (Greek, phone = "suara" dan tactic = course) ialah cabang fonologi yang berkenaan dengan pengehadan terhadap gabungan fonem yang dibenarkan dalam sesebuah bahasa. Ia mentakrifkan struktur suku kata, gugus konsonan, dan urutan vokal yang dibenarkan menerusi kekangan fonotaktik.

Kekangan fonotaktik adalah khusus bahasa. Misalnya, dalam bahasa Jepun, gugus konsonan seperti /st/ tidak dibenarkan, walaupun ia dibenarkan dalam bahasa Inggeris. Serupa juga, bunyi /kn/ dan /ɡn/ tidak dibenarkan di pangkal perkataan Inggeris Moden tetapi dibenarkan dalam bahasa Jerman dan bahasa Belanda, serta juga pernah dibenarkan dalam bahasa Inggeris Lama dan bahasa Inggeris Pertengahan.

Suku kata mempunyai struktur segmen dalaman seperti yang berikut:

  • Onset (tidak wajib)
  • Rima (wajib, terdiri daripada Nukleus dan Koda):

Kedua-dua onset dan koda boleh tidak wujud lalu menghasilkan membentuk suku kata vokal sahaja atau sebaliknya, nukelus boleh diduduki oleh satu konsonan suku kata.

Fonotaktik Inggeris[sunting | sunting sumber]

Suku kata (dan perkataan) Inggeris, twelfths /twɛlfθs/, dibahagikan kepada onset /tw/, nukleus /ɛ/, dan koda /lfθs/. Justera, ia boleh diperikan sebagai CCVCCCC (C = konsonan, V = vokal), dengan peraturan dibentuk untuk perlambangan kelas fonem yang dibenarkan mengisi sesuatu gugus. Misalnya, bahasa Inggeris hanya membenarkan paling banyak sebanyak tiga konsonan untuk onset, tetapi dalam kalangan perkataan asli di bawah aksyen standard, fonem dalam onset tiga-consonan terhad kepada skema yang berikut: [1]

/s/ + pulmonik + malaran tak geser:
  • /s/ + /m/ + /j/
  • /s/ + /t/ + /j ɹ/
  • /s/ + /p/ + /j ɹ l/
  • /s/ + /k/ + /j ɹ l w/

Kekangan ini dapat dilihat dalam sebutan perkataan Inggeris, blue: pada asalnya, vokal dalam blue adalah sama sahaja dengan vokal dalam cue, iaitu bunyinya lebih kurang sama dengan [iw]. Dalam kebanyakan dialek Inggeris, [iw] telah menjadi [juː]. Daripada segi teori, ini akan menghasilkan **[bljuː]. Bagaimanapun, gugus [blj] melanggar kekangan onset tiga-konsonan bahasa Inggeris. Justera, sebutannya dijadikan [bluː] oleh elisi (penghilangan bunyi) [j].

Bagaimanapun, bahasa-bahasa yang lain tidak berkongsi kekangan yang sama. Bandingkanlah bahasa Sepanyol pliegue [ˈpljeɣe], atau bahasa Perancis pluie [plɥi].

Hierarki kenyaringan[sunting | sunting sumber]

Umumnya, peraturan fonotaktik berkisar pada hierarki kenyaringan yang menetapkan bahawa nukleus mempunyai kenyaringan yang maksimum, dengan kenyaringan menyusut selaras dengan jaraknya daripada nukleus. Geseran alveolar tak bersuara [s] adalah lebih rendah dalam hierarki kenyaringan, berbanding dengan malaran tak geser sisian alveolar [l] dan justera itu, gabungan /sl/ dibenarkan untuk onset dan /ls/ dibenarkan untuk koda, tetapi /ls/ tidak dibenarkan dalam onset dan /sl/ dibenarkan dalam koda. Oleh itu, slips /slɪps/ dan pulse /pʌls/ adalah perkataan Inggeris yang mungkin, manakala *lsips dan *pusl tidak.

Dalam sesetengah kes, /s/ bersifat "tidak dapat dilihat" kepada hierarki kenyaringan. Sebagai geseran, ia lebih nyaring berbanding dengan letupan /t/. Sebaliknya, gabungan seperti [stil] yang mencabuli hierarki kenyaringan pernah dilihat, malahan amat biasa, dalam bahasa Inggeris. Sifat ini juga dilihat untuk /s/ dan /z/ dalam banyak bahasa yang lain dan justera, merupakan sesuatu unsur sejagat manusia.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Crystal, David (2003). "17: The Sound System". The Cambridge Encyclopedia of the English Language. Cambridge University Press. m/s. 243. ISBN 9780521530330.