Forbidden Dream

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Forbidden Dream
천문: 하늘에 묻는다
PengarahHur Jin-ho
PenulisJung Bum-Sik
Lee Ji-Min
Dihasilkan olehKim Cheol-Yong
Kim Won-Guk
DibintangiHan Suk-kyu
Choi Min-sik
Patk Sung-hoon
SinematografiLee Mo-Gae
Diedarkan olehLotte Entertainment
Tarikh tayangan
  • 26 Disember 2019 (2019-12-26) (Korea Selatan)
Masa tayangan
132 minit
Negara Korea Selatan
BahasaKorea

Forbidden Dream adalah sebuah filem sejarah dan berdasarkan kisah sebenar dari Korea Selatan. Diterbitkan pada tahun 2019. Di arahkan oleh Hur Jin-ho serta dibintangi oleh Han Suk-kyu, Choi Min-sik dan Park Sung-hoon.[1]

Filem berlatarbelakangkan abad ke-15, berkisarkan tentang dua orang tokoh penting di dalam sejarah kerajaan dinasti beraja Korea, persahabatan antara Raja Sejong dengan seorang hamba sahaya yang dikenali Jang Yeong-sil, selama lebih kurang 20 tahun. Beliau seorang yang mahir di dalam bidang ketukangan, lukisan kejuruteraan dan saintis yang benar-benar luar biasa. Mereka berdua mempunyai minat yang sama terutamanya dalam dunia astronomi. Kali terakhir Han Suk-kyu dan Choi Min-sik berlakon bersama melalui filem Shiri terbitan tahun 1999.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1442, set peralatan astronomi dan hasil-hasil kajian saintifik milik Jang Yeong-sil dirampas dan dimusnahkan atas perintah Raja Sejong. Yeong-sil merayu agar Baginda untuk berubah fikiran namun tidak di endahkan. Raja Sejong terus meninggalkan kota Hanyang untuk pergi berehat ke istana Icheon. Baginda juga berhasrat untuk turun dari takhta, dan menjadikan Munjong sebagai penggantinya namun telah dinasihati oleh Hwang-hui agar menarik balik niat tersebut kerana Munjong masih muda dan belum matang dalam pentadbiran kerajaan Joseon. Dalam masa yang sama, Baginda juga telah mendapat perkhabaran mengenai kemurkaan dari Dinasti Ming mengenai tingkah laku Kerajaan Joseon selama dua puluh tahun yang lepas.


Pada tahun 1422, Raja Sejong masih baharu memerintah Joseon ekoran kemangkatan ayahandanya, Raja Taejong dan beberapa ahli keluarga sebelah ibundanya akibat dibunuh oleh pembunuh upahan. Baginda yang meminati ilmu astronomi dan pada suatu hari beliau ternampak akan seorang rakyatnya dari kasta hamba yang dikenali sebagai Jang Yeong-sil, sedang membuat kajian mengenai hukum alam dan mengkaji tentang jam masa menggunakan konsep takungan air dan jatuhan manik. Baginda mulai tertarik dengan konsep teorinya dan mengarahkan agar Yeong-sil segera menyiapkan jam air tersebut. Beliau berjaya menyempurnakan titah Diraja tersebut. Baginda begitu bangga kerana kerajaan Joseon kini mempunyai jam air dan jam suria yang tepat tanpa mengikut masa dari kerajaan Nanjing, milik Dinasti Ming. Yeong-sil diberikan pangkat bangsawan / Daehogun, yang menyebabkan golongan bangsawan dan para menteri berasa tidak senang hati dengan kejayaan Yeong-sil dek kerana dia berasal dari kasta hamba di Joseon.

Musim tengkujuh melanda beberapa wilayah di dalam Joseon, menyebabkan pengeluaran padi berkurangan. Akibatnya, padi digantikan dengan barli. Keadaan ini tidak menyenangkan hati Baginda, lalu menitahkan agar Yeong-sil mencipta alat sfera-almanak untuk mengkaji perubahan masa dan musim di Joseon. Kali ini, Yeong-sil berjaya menghasilkan sfera-almanak berdasarkan buruj langit dan membuktikan bahawa Hanyang mempunyai masa satu jam lebih awal dari Nanjing serta perubahan eko musim yang tepat untuk Joseon. Kejayaan ini tidak disenangi oleh menteri kanan, Hwang-hui dan Jeneral Jung Nam-Son yang mencemburui akan Yeong-sil.


Jung Nam segera membuat helah agar Yeong-sil segera dihantar dan dihukum di Nanjing akibat penderhakaan tersebut. Dia segera berjumpa dengan Duta Nanjing ke Joseon, Yi-Hyang secara sulit untuk merancang pengkhianatan ini. Sementara itu, perjalanan Baginda ke Icheon ditimpa kemalangan ekoran gandar roda pada tandu pecah menyebabkan ia musnah mujurlah Baginda tidak mengalami sebarang kecedaran. Baginda mengarahkan ketua pengiringnya, Jeneral Cho Mal-Saeng untuk melakukan siasatan terperinci dengan segera di Hanyang. Cho Mal-Saeng menasihati Hwang-hui, bahawa Baginda sudah jemu dengan retorik politik kotor para menterinya dan sedar pengkhianatan ini sengaja dilakukan oleh Jung Nam dan Yi-Hyang agar Baginda segera meninggalkan istana dan mudah untuk dia mempengaruhi Hwang-hui dalam membuat apa jua keputusan dari kerajaan. Pertuduhan kedua pula mengenai kejadian kemalangan tandu dengan menyabitkan biro penyelenggaraan perlu bertanggungjawab dengan kemalangan tersebut. Untuk rekod, tandu tersebut dibina dan diselenggara oleh Yeong-sil dan tiga orang kakitangannya iaitu Cho Soon-Saeng, Lim Hyo-Don dan Choi Hyo-Nam. Siasatan dijalankan dan mereka bertiga dipenjarakan sebelum dijatuhi hukuman sebenar memandangkan Yeong-sil telah diberkas oleh Jung Nam dan Yi-Hyang terlebih dahulu menggunakan perintah kerajaan yang palsu. Cho Mal-Saeng mengarahkan agar memberkas Jung Nam dan Yi-Hyang, Yeong-sil serta para pengikutnya untuk meneruskan siasatan tersebut. Yeong-sil juga dipenjarakan bersama kakitangannya.

Keesokkan harinya, Baginda memanggil semua para menteri untuk menyiasat sendiri dan kemudian menjatuhkan hukuman ke atas pengkhianatan Jung Nam manakala Duta Yi-Hyang diarahkan untuk pulang dengan segera ke Nanjing bagi mengelakkan dari dihukum bunuh mengikut undang-undang Joseon. Baginda sekali lagi meluahkan rasa kecewanya terhadap para menteri yang tidak jujur dan sanggup merosakan masa depan Joseon sehingga menyebabkan Baginda sanggup musnahkan hasil titik peluh dan penjarakan Yeong-sil, hamba yang setia terhadapnya selama ini. Di kesempatan itulah, Hwang-hui menyerahkan replika abjad Jeongnum yang bermaksud Le-Do dan Yeong-sil kepada Baginda agar Yeong-sil disabitkan dengan pertuduhan baharu, yang mana dia menyebarkan abjad baharu dan membelakangkan abjad Hanja selama ini dilaksanakan di dalam Joseon. Baginda tersedar itulah abjad dan perkataan yang pernah diperkenalkan kepada Yeong-sil pada coretan di atas kertas suatu masa dahulu. Pada ketika itu, Yeong-sil sempat menasihatkan agar tindakan-tindakan selama ini tidak disenangi oleh para menteri dan merupakan ancaman dari Ming kelak. Baginda menyatakan bahawa dia mahukan Joseon boleh berdiri di atas kaki sendiri tanpa dipengaruhi oleh Ming lagi dari pelbagai aspek serta mahukan seluruh rakyat Joseon mampu belajar, menulis dan membaca tanpa mengira kasta.

Sehari sebelum tarikh perbicaraan pertuduhan kedua, Cho Mal-Saeng diarahkan untuk memanggil Yeong-sil datang menghadap Baginda di dalam istana. Pertemuan sulit ini sebagai permohonan maaf dan sebagai tanda terima kasih di atas jasa dan pengorbanannya selama ini terhadap Baginda dan Joseon. Baginda berjanji akan merealisasikan impiannya untuk Joseon kelak dan berharap agar persahabatannya dengan Yeong-sil kekal buat selama-lamanya. Selesai pertemuan itu, Cho Mal-Saeng mengarahkan Yeong-sil agar segera meninggalkan Hanyang untuk menyelamatkan dirinya. Dek kerana mementingkan impian Baginda kelak dan nasib anak buahnya, Yeong-sil kembali semula ke penjara dan menghadapi perbicaraan untuk keesokkan harinya. Tanpa disangka, para menteri Joseon telah bersepakat untuk memujuk Baginda agar menyelamatkan Yeong-sil dari dihukum atas jasanya selama ini terhadap Joseon. Jika disabitkan bersalah, mereka bertiga akan dipecat dan disebat 80 kali manakala Yeong-sil akan dipecat dan disebat 100 kali. Sebelum Baginda mengumumkan keputusan, tiba-tiba Yeong-sil bersuara dan sengaja mengaku bersalah atas pertuduhan kedua tersebut demi menyelamatkan anak buahnya. Tindakan ini menyebabkan Baginda terkejut dan menyoal siasat sendiri, namun pengakuan bersalah Yeong-sil tetap kekal. Baginda sedar yang Yeong-sil sengaja berbohong terhadapnya dan dia dijatuhkan hukum 80 kali sebatan (tiada catatan rekod selepas itu, sama ada beliau masih hidup atau pun telah meninggal dunia).

Pada tahun 1442, semua peralatan dan kajian almanak astronomi Joseon dihimpunkan semula dan pada tahun 1446, abjad Jeongnum telah diperkenalkan ke seluruh rakyat Joseon tanpa mengira kasta. Raja Sejong mangkat pada 8 April 1450.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Anugerah dan pencapaian[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]