Ford Malaysia Sdn. Bhd.

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sime Darby Auto Connexion Sdn. Bhd.
SDAC Ford Malaysia
Jenis/bentuk sahSwasta
IndustriAutomotif
Ibu pejabatMalaysia Sunting ini di Wikidata
Tapak webwww.sdacford.com.my
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Sime Darby Auto Connexion Sdn. Bhd. (didaftarkan sebagai SDAC Ford Malaysia; dahulu dikenali sebagai Ford Malaysia Sdn. Bhd.) ialah sebuah syarikat Malaysia yang mengedarkan kereta Ford di Malaysia. Ekuiti syarikat dipegang oleh Sime Darby Berhad (51%) dan juga syarikat Amerika Syarikat, Ford Motor Company sebanyak 49%.

Pelupusan ekuiti Ford kepada Sime Darby[sunting | sunting sumber]

Pada Disember 2007, syarikat pengeluar kereta terkemuka Amerika Syarikat, Ford Motor Company telah mengumumkan pelupusan ekuiti 49 peratus yang dipegangnya dalam Ford Malaysia Sdn. Bhd. (Ford Malaysia) kepada rakan kongsinya, Sime Darby Berhad (Sime Darby) melibatkan transaksi bernilai RM43.9 juta. Pelupusan ekuiti itu akan disusuli dengan penutupan kilang Associated Motor Industries Malaysia Sdn. Bhd. (AMI), yang menjadi pusat pemasangan kenderaan trak Ford di Shah Alam. AMI adalah anak syarikat milik penuh Ford Malaysia.[1]

Menurut Pengarah Urusan Ford Malaysia, Tim Tucker, ini bermakna Sime Darby akan mengambil alih sepenuhnya peranan pengimportan dan pengedaran kenderaan Ford di negara ini setelah syarikat Ford Malaysia dilupuskan.

Para pemilik kenderaan Ford tidak perlu bimbang dengan perkembangan itu, kerana penawaran model baru dan khidmat servis selepas jualan tidak terjejas kerana transaksi yang berlaku hanya melibatkan pemilikan syarikat. keputusan melupuskan ekuiti tersebut bermakna Ford akan merasionalkan model pengurusan perniagaannya di rantau ini dengan berpusat di Thailand.

Langkah Ford itu berkait rapat dengan proses rasionalisasi yang dilakukannya di peringkat global, yang menyaksikan syarikat tersebut menutup 12 kilangnya di seluruh dunia. Proses rasionalisasi Ford di peringkat global turut menyaksikan syarikat automotif AS itu membuat pelaburan besar dalam operasi pemasangan di Asia, terutamanya di Thailand dan China.

Di Malaysia, hakikatnya jualan kereta Ford adalah lemah dan hanya tertumpu pada segmen kenderaan sukan & utiliti (SUV) dan trak pikap iaitu cuma satu peratus daripada keseluruhan bahagian pasaran automotif negara ini.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]