Formasi Jong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Formasi Jong ialah sejenis formasi batuan berusia Perm Tengah yang tersingkap di Langkawi, Kedah, Malaysia.

Taburan[sunting | sunting sumber]

Batuan ini tersingkap di kawasan Kisap di bahagian timur Pulau Langkawi serta di bahagian utara dan barat Pulau Dayang Bunting. Formasi Jong juga membentuk pulau-pulau kecil termasuk Pulau Jong di sekitar barat dan barat daya Pulau Dayang Bunting.

Korelasi[sunting | sunting sumber]

Insamut dan Mat Niza Abdul Rahman (2017) mengkorelasikan Formasi Jong dengan batuan Kumpulan Ratburi yang tersingkap di selatan Thailand.

Litologi[sunting | sunting sumber]

Batuan formasi ini umumnya terdiri daripada batu kapur berhablur berwarna putih ke kelabu yang berlapisan masif. Nodul-nodul rijang juga wujud di lokaliti batu kapur berwarna kelabu gelap.

Batu kapur ini mengalami metamorfisme akibat tindakan secara rantau dan sentuhan semasa aktiviti tektonik Trias yang membentuk Sesar Tujah Kisap serta perejahan granit.

Rujukan

  1. Insamut, S., Mat Niza Abdul Rahman, 2017. Lithostratigraphic correlation between Langkawi Islands and Satun Aspiring Geopark. DMR-CCOP-TNCU Technical Seminar on "Biostratigraphy and Karst Morphology of Satun Aspiring Geopark.