Formasi Kenny Hill

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Formasi Kenny Hill ialah sejenis formasi batuan berusia Karbon yang terdapat di Kuala Lumpur dan Selangor, Malaysia.

Taburan[sunting | sunting sumber]

Formasi Kenny Hill sebahagian timur dan tenggara Kuala Lumpur dan sebahagian besar daerah Hulu Langat termasuk Cheras dan Kajang di Selangor.

Korelasi Dan Penentuan Usia[sunting | sunting sumber]

Formasi Kenny melapisi Batu Kapur Kuala Lumpur secara tak selanjar dan bersempadan dengan rejahan granit.

Disebabkan tiada fosil ditemukan dalam formasi ini, Formasi Kenny Hill ditafsirkan berusia Karbon yang diselaraskan dengan Formasi Kubang Pasu oleh Gobbett dan Hutchinson (1973).

Litologi[sunting | sunting sumber]

Batuan ini terdiri daripada selang lapis syal, batu lodak dan batu pasir.

Syal biasanya mempunyai pelapisan nipis dan berlaminasi berbanding batu pasir dan batu lodak yang berpelapisan tebal.

Batu lodak juga wujud dalam lapisan batu pasir sebagai kekanta.

Batu pasir dicirikan mempunyai kuarza yang ketara, tetapi terdapat juga rijang dan felspar dengan kewujudan struktur lapisan silang di beberapa tempat.

Ciri-ciri termetamorf juga ditunjukkan melalui penemuan filit, foliasi dan ira-ira yang tidak selari dengan perlapisan.

Sekitaran Pengendapan[sunting | sunting sumber]

Berdasarkan ciri-ciri litologi, Formasi Kenny Hill ditafsirkan terendap di sekitaran lautan yang tidak jauh daripada daratan yang bertopografi rendah, atau di kawasan cerun yang berpelantar kurang stabil.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Gobbett, D.J. dan Hutchinson, C.S., 1973. Geology of the Malay Peninsula.