Formasi Mahang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Formasi Mahang merupakan sejenis formasi batuan yang berusia Ordovisi hingga Silurian yang terdapat di Semenanjung Malaysia.

Asal-usul Nama[sunting | sunting sumber]

Nama Mahang diambil bersempena nama Pekan Mahang, Kedah di mana formasi batuan ini banyak ditemui tersingkap.

Taburan[sunting | sunting sumber]

Formasi Mahang bertaburan secara meluas dalam daerah Kulim, sebahagian Kuala Muda, Pendang dan Baling di Kedah, Selama di Perak serta Seberang Perai.

Formasi Mahang yang direkodkan di Bukit Jabi dan Bukit Kerangan di Pokok Sena, Bukit Tunjang dan Bukit Gelong di Kubang Pasu dan Kampung Binjal di Utan Aji, Perlis tersungkup ke atas Formasi Kubang Pasu[1].

Formasi Mahang turut direkodkan tersingkap di Bukit Tuntung, Pauh, Perlis[2].

Korelasi[sunting | sunting sumber]

Formasi Mahang berkorelasi dengan Formasi Sungai Petani di timur Gunung Jerai, yang kemudiannya dimasukkan sebagai sebahagian Formasi Mahang.

Formasi Mahang turut dikorelasikan dengan Kumpulan Baling yang dipisahkan oleh jasad batuan granit.

Formasi Setul yang terdapat di Langkawi dan Perlis merupakan formasi batu kapur walaupun mempunyai julat usia yang sama berbanding Formasi Mahang yang berciri argilit yang dominan.

Komposisi Batuan[sunting | sunting sumber]

Jones (1967) mengelaskan Formasi Mahang kepada 4 fasies [3].

Courtier (1974) mengelaskan Formasi Mahang kepada 4 ahli[4].

Fasies (lapisan bawah ke atas)

(Jones, 1967)

Ahli Batuan di kawasan Mahang (Courtier, 1974) Keterangan Fosil
Fasies argilit dominan Ahli syal dan batu pasir kelabu gelap Batu lumpur, syal, syal termetamorf, filit dan batu lodak. Batuan-batuan ini berkarbon dan bersilika yang menjadikan warna gelap.
Fasies areno-argilit Ahli syal bergraptolit gelap Batu pasir protokuarza, subgrewak, grewak dan ortokuartzit. Batuan-batuan ini biasanya berwarna cerah dan berlapisan silang di beberapa lokaliti. Jasad arenit membentuk kekanta dalam batuan argilit.
Fasies bersilika yang bergred kepada argilit Ahli batu ubin dan rijang Diwakili batu rijang yang berlapisan baik dan berwarna kelabu, radiolarit dan porcellanit. Radiolaria, Graptolit
Ahli batu lumpur gelap masif dengan laminasi syal merah dan kelabu
Fasies berkapur yang terkawal - Batu kapur berwarna kelabu dan kadangkala berlapisan karbon dan berpirit.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Zaiton Harun dan Basir Jasin, The Occurence of Thrusts in North Kedah and Perlis, Universiti Kebangsaan Malaysia, Geological Society of Malaysia Annual Geological Conference, 2000
  2. ^ Basir Jasin, Atilia Bashardin, Nazariah Jamaluddin dan Norhifzan Ishak, Occurence of slate in Perlis and its significance, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bulletin of the Geological Society of Malaysia 56, 2010
  3. ^ Jones, C.R., Geology and mineral resources of Perlis, north Kedah and Langkawi Islands, Geological Survey of Malaysia memoir 17, 1981
  4. ^ Courtier, D.B., Geology and mineral resources of the neighbourhood of Kulim, Kedah, Geological Survey of Malaysia map Bulletin 3, 1974