Formasi Semanggol

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Formasi Semanggol ialah sejenis formasi batuan yang berusia Perm hingga Trias Akhir yang terdapat di Semananjung Malaysia.

Asal-usul Nama[sunting | sunting sumber]

Nama Semanggol diperkenalkan oleh J.B Alexander (1959) bersempena nama Gunung Semanggol di daerah Kerian, Perak di mana formasi batuan ini mula-mula ditemui tersingkap[1].

Taburan[sunting | sunting sumber]

Formasi Semanggol mula-mula terbentuk sebagai sebuah kawasan lembangan yang luas tetapi dipisahkan kepada 3 kawasan pada masa kini oleh sesar-sesar rengkuh akibat pergerakan tektonik [2] [3] iaitu:

  1. Utara Kedah: Sekitar kawasan Durian Burung, Padang Sanai, Kuala Nerang, Pedu, Pokok Sena dan Naka dalam daerah Padang Terap
  2. Selatan Kedah: Sekitar kawasan Kuala Ketil dan Tawar di daerah Baling dan Padang Meha, Karangan dan Sungai Kob di daerah Kulim
  3. Utara Perak: Sekitar kawasan Terap dan Serdang di selatan Kedah dan Bukit Merah hingga Gunung Semanggol

Komposisi Batuan[sunting | sunting sumber]

Pada awalnya, Formasi Semanggol dikelaskan kepada 3 ahli iaitu ahli rijang, ahli berirama dan ahli konglomerat [2].

Teoh (1992) menaiktaraf ahli-ahli ini kepada unit-unit [4]. Ketiga-tiga unit batuan ini wujud secara lateral dan bersentuhan secara saling menjari antara satu sama lain berbanding terbentuk secara berturutan [5].

Ahli Batuan [2] Unit Batuan [4] Sekitaran Pengendapan [5] Taburan
Ahli rijang Unit rijang Lembangan Utara Kedah, Selatan Kedah
Ahli berirama Unit berirama Kipas submarin distal Utara Kedah, Selatan Kedah, Utara Perak
Ahli konglomerat Unit konglomerat Kipas submarin proksimal Utara Kedah, Utara Perak

Usia Perm[sunting | sunting sumber]

Ahli rijang hanya tersingkap di kawasan Utara Kedah dan Selatan Kedah. Ahli rijang di Bukit Larek, kawasan Utara Kedah wujud di antara 6 fasies yang ditemui secara urutan menaik iaitu [6]:

  1. Batu lumpur hitam berlaminasi
  2. Selang lapis batu pasir dan batu lumpur
  3. Syal bersilika dan batu lumpur
  4. Selang lapis syal bersilika dan rijang
  5. Batu lumpur bertuf
  6. Selang lapis rijang dan syal bersilika

Fosil Radiolaria berusia Perm Awal hanya dapat ditemui dalam fasies syal bersilika [6].

Di Bukit Kukus, kawasan Selatan Kedah menunjukkan 7 fasies batuan termasuk rijang iaitu [7]:

  1. Batu lumpur hitam berlaminasi
  2. Selang lapis batu pasir dan batu lumpur
  3. Selang lapis batu pasir bertuf dan tuf dengan lapisan parakonglomerat
  4. Selang lapis batu pasir bertuf, syal bersilika dan rijang
  5. Rijang berlapis
  6. Batu lumpur bertuf
  7. Selang lapis rijang dan batu lumpur bersilika

Usia Trias[sunting | sunting sumber]

Batuan Formasi Semanggol yang terbentuk dalam usia Trias dikelaskan kepada 3 ahli iaitu ahli bawah, ahli tengah dan ahli atas[8].

  1. Ahli Bawah: Terdiri daripada batu lumpur dan rijang berlapis.
  2. Ahli Tengah: Terdiri daripada batu pasir dan batu lumpur berlapisan irama.
  3. Ahli Atas: Terdiri daripada batu pasir - batu lodak - batu lumpur.

Usia dan Fosil[sunting | sunting sumber]

Burton (1988) mula mengelaskan Formasi Semanggol dalam usia Trias berdasarkan penemuan fosil Daonella sp (usia Ladinian) dan Posidonia sp. dan Halobia sp. (usia Carnian)[9].

Foo (1990) merekodkan kewujudan fosil-fosil Daonella sp. dan Serpulites sp. dalam batuan syal[10].

Formasi Semanggol kemudian dikelaskan sebagai berusia antara Trias Tengah hingga Trias Akhir berdasarkan kewujudan fosil-fosil Halobia, Posidonia, Daonella dan Ammonid dalam fasies berirama.

Penemuan fosil Radiolaria dalam fasies rijang membuktikan Formasi Semanggol mula termendap seawal usia Perm [6] [11].

Zon radiolaria dalam Formasi Semanggol
Zon Radiolaria Taburan Usia
Pseudoalbaillella scalprata rhombothoracata Bukit Kukus, Kedah[7] Lapisan rijang nipis dalam fasies batu pasir bertuf Perm Sakmarian (lewat Perm Awal)
Follicucullus monacanthus Fasies syal bersilika Wordian (Perm Tengah)
Follicucullus porrectus Fasies rijang Capitanian - Wuchapingian

(lewat Perm Tengah hingga awal Perm Akhir)

Neoalbaillella ornithoformis Fasies rijang berlapis -
Neoalbaillella optima Bahagian bawah dalam fasies selang lapis rijang dan batu lumpur bersilika Perm Akhir
Entactinosphaera chiakensis - Trias Spathian akhir
Triassocampe coronata Kuala Nerang, Kedah [12] - Anisian tengah
Triassocampe deweveri Bukit Tembaga, Pokok Pauh dan Merbau Pulas, Kedah[12][13] - Anisian akhir
Oertlispongus inaequispinosus Bukut Kukus, Kedah[14] - Ladinian awal

Sekitaran Pengendapan[sunting | sunting sumber]

Unit rijang telah mengalami pengendapan dalam sekitaran lautan dalam yang terbuka di bawah variasi keadaan seperti arus lautan yang lemah, anoksia, arus keruh dan pengaruh bahan volkanik [7].

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Alexander, J.B., 1959. Pre-Tertiary stratigraphic succession in Malaya. Nature, Lond. 183:230-231.
  2. ^ a b c Burton, C.K., 1973. Mesozoic. In Gobbett D.J. and Hutchison, C.S. (eds.) Geology of the Malay Peninsula, Wiley Interscience, pp. 97-141.
  3. ^ Ibrahim Abdullah, Basir Jasin, Ahmad Jantan, Abdul Rahim Samsudin and Uyop Said, 1989. The Semanggol Formation: post Semanggol structures and their significance to regional geology. Warta Geologi 15(1):28-29. (abstract).
  4. ^ a b Teoh, L. H., 1992. Geology and mineral resources of the Sungai Tiang area, Kedah Darulaman. Geological Survey of Malaysia, Map report 5, pp. 1-93.
  5. ^ a b Ahmad Jantan, Basir Jasin, Ibrahim Abdullah, Uyop Said, and Abdul Rahim Samsudin, 1989 The Semanggol Formation - lithology, facies association and distribution, and probable basin setting. Warta Geologi 15(1). 28 (abstract).
  6. ^ a b c Basir Jasin, 1997. Permo-Triassic radiolaria from the Semanggol Formation, northwest Peninsular Malaysia. J. Asian Earth Sc. 15(1):43-53.
  7. ^ a b c Basir Jasin and Zaiton Harun, 2007. Stratigraphy and sedimentology of the chert unit of the Semanggol Formation. Geological Society of Malaysia, Bulletin 53, June 2007, pp.103-109
  8. ^ Hassan Baioumy and Yuniarti Ulfa, 2016. Facies analysis of the Semanggol Formation, South Kedah, Malaysia: A possible Permian–Triassic boundary section. Arab J Geosci (2016) 9: 530.
  9. ^ Burton, C. K. (1988). The Geology and Mineral Resources of the Bedung Area, Kedah, West Malaysia. Geological Survey Map Bulletin, 7, 40-54.
  10. ^ Foo, K. Y. (1990). Geology and Mineral Resources of the Taiping-Kuala Kangsar Area, Perak Darul Ridzuan. Geological Survey Malaysia Map Report, 1, 13-36.
  11. ^ Basir Jasin, 1996. Discovery of Early Permian Radiolaria from the Semanggol Formation, northwest Peninsular Malaysia. Warta Geologi 22(4):283-287.
  12. ^ a b SPILLER, F.C.P. 2002 Radiolarian Biostratigraphy of Peninsular Malaysia and Implication for Regional Palaeotectoniss and Palaeogeography. Palaeontographica Abt. A, 226 (1-3), 1-91.
  13. ^ BASIR JASIN. 1994. Middle Triassic radiolaria from the Semaggol Formation, northwest Peninsular Malaysia. Warta Geologi, 20(4), 279-283.
  14. ^ Basir Jasin, Zaiton Harun and Uyop Said, 2005. Triassic Radiolarian Biostratigraphy of the Semanggol Formation, south Kedah, Peninsular Malaysia. Geological Society of Malaysia Bulletin 51:p.31-39