Forteen
Forteen | |
---|---|
![]() Forteen pada 2015. | |
Latar belakang | |
Berasal dari | Malaysia |
Genre | |
Instrumen | Vokal |
Tahun aktif | 2011–kini |
Syarikat rakaman | KRU Records |
Ahli |
|
Bekas ahli | Izzue Islam |
Forteen merupakan kumpulan penyanyi padu suara berkonsepkan pop balada Malaysia di bawah syarikat rakaman KRU Records. Mereka mula aktif dalam industri muzik Malaysia pada tahun 2011.
Sejarah[sunting | sunting sumber]
Kumpulan Forteen menonjolkan penampilan berbentuk smart kasual, dan tidak memberi penekanan pada tarian, sebagaimana pengaruh muzik dari Korea, sebaliknya memberi penekanan pada kekuatan vokal. Ahli anggota kumpulan Forteen juga berkemampuan bermain alat muzik lain, antar lain Izzue boleh bermain gitar, bass dan dram, Ameer (gitar, drum) dan Ariz (piano).
2011–2015: Tahun terawal dan Konsert 20Forteen[sunting | sunting sumber]
Syarikat rakaman Forteen iaitu KRU Music mengumumkan bahawa kumpulan ini bakal menganjurkan konsert buat pertama kalinya pada 29 Mac 2014 bagi .menghargai peminat mereka [1] [2]. Namun, pihak menganjur telah menunda konsert tersebut kepada tarikh baharu iaitu 26 April 2014 bagi menghormati kejadian MH370 yang menimpa negara baru - baru ini [3] [4].
Selepas menunda konsert tersebut, Forteen akhirnya mengadakan konsert 20Forteen yang bertempat di Kl Live @ Life Centre, Jalan Sultan Ismail pada 29 April 2014 [5]. Konsert yang diadakan buat julang kalinya berjaya menarik peminat seramai 1,000 orang. Sebanyak 18 buah lagu disampaikan dalam konsert hampir dua jam itu yang antaranya ialah Berdua Bersatu, Ketika Ini, Treasure, Seperti Dulu, Dikau Saja, Untuk Sahabat, Pencuri, Nakal, Laksamana Raja Di Laut, Bila Rindu, Jangan Lafazkan, hati Terluka dan Kita.
Dalam pada itu, menerusi segmen khas memperingati golongan-golongan kurang berkemampuan, Forteen telah menyampaikan lagu Dikau Saja diiringi dengan klip video mereka melawat Pusat Penjagaan Kanak-Kanak Cacat, Taman Megah dekat sini.
Secara keseluruhannya, konsert Kita 20Forteen membuktikan kumpulan itu bukan sekadar menjual rupa semata-mata tetapi sekali gus menaik taraf kerjaya nyanyian mereka yang selama ini diragui terutamanya kemampuan mereka dalam menyanyikan lagu secara langsung. [6]
Pada tahun 2015, Kumpulan Forteen kembali dengan single berjudul Linangan Terakhir yang menceritakan tentang kisah percintaan yang terputus tengah jalan. Single ini mendapat sambutan yang menggalakkan oleh peminat Forteen di seluruh Malaysia. [7]
2016: Teater dan "Dekat Tapi Jauh"[sunting | sunting sumber]
Ahli kumpulan Forteen iaitu Ariz, Izzue dan Ameer akan berlakon dalam teater Ombak Rindu yang bakal dipentaskan 22 April sehingga 1 Mei 2016 di Istana Budaya, Kuala Lumpur. Teater arahan Aris Kadir ini bakal dibintangi juga oleh Keith Foo, Uqasha Senrose dan ramai pelakon lain lagi. [8] [9]
Kumpulan Forteen mengumumkan mereka akan mengeluarkan single terbaru berjudul Dekat Tapi Jauh [10] [11] [12] pada 21 Februari 2016 dan lagu ini juga akan menjadi OST bagi drama TV3 berjudul Mr Boss Miss Stalker.
2017–kini: Single terbaru, Gegar Vaganza 5 dan pengunduran Izzue[sunting | sunting sumber]
Forteen mengumumkan akan mengeluarkan single terbaru bertajuk Apa Ini Cinta yang akan mula diperdengarkan kepada peminat pada 13 Februari 2017.[13] [14] Lagu ini mengisahkan tentang perasaan seseorang yang masih lagi keliru dalam perhubungannya di mana beliau merasa ragu-ragu adakah perasaannya itu sebenarnya cinta atau hanyalah bertepuk sebelah tangan. Selain itu, lagu ini juga akan dijadikan lagu tema untuk drama yang bertajuk ‘Menanti Februari’ lakonan Zul Ariffin, Fatiya Latiff & Afiq Muiz arahan Ayie Mustafa hasil terbitan Sha’s Media Sdn Bhd yang akan dimainkan di Slot Samarinda TV3 bermula pada 27 Mac 2017 nanti. [15]
Pada 18 November 2018, Izzue Islam mengejutkan peminat apabila mengumumkan pengundurannya daripada Forteen pada segmen karpet merah final Gegar Vaganza musim kelima (GV5) di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sekitar November lalu.
Izzue memberitahu keputusan menarik diri daripada kumpulan Forteen tiada kaitan dengan kegagalan mereka untuk melayakkan diri ke peringkat akhir Gegar Vaganza 5. Sebaliknya, keputusan itu dibuat kerana sudah tiada persefahaman antara ahli kumpulan lain.[16]
Dalam satu kenyataan lain, Forteen bagaimanapun menafikan dakwaan Izzue dipulaukan oleh anggota lain sehingga mengambil keputusan untuk menarik diri daripada kumpulan itu.
Pertukaran lagu pada saat-saat akhir menjadi punca pergaduhan antara Izzue Islam dan tiga lagi anggota kumpulan Forteen iaitu Ariz, One dan Ameer. Menurut Ariz Lufias, pada mulanya Forteen sudah memilih sebuah lagu untuk dipersembahan pada sebuah majlis khas Gegar Vaganza musim kelima yang berlangsung pada Khamis lalu.
Pada 23 November 2018, kontroversi antara pelakon Izzue Islam bersama tiga anggota Forteen yang lain memasuki episod baharu apabila mereka akhirnya bersemuka bagi menyelesaikan kemelut yang melanda dan ia disiarkan secara langsung menerusi segmen Suria Petang di Suria FM pada Jumaat.
Pertemuan itu bagaikan sebuah drama apabila keempat-empat mereka berpelukan dan masing-masing menangis selepas selesai ditemubual. Perbincangan di antara mereka yang pada awalnya berlangsung dengan tenang bagaimanapun mula bertukar tegang sehingga ada dalam kalangan mereka yang menitiskan air mata.
Pun begitu, pertemuan itu disifatkan sebagai berjaya merungkai beberapa persoalan yang terbuku dalam hati masing-masing namun mereka masih perlu duduk berbincang bagi menyelesaikan masalah berbangkit antara satu sama lain.
Walau bagaimanapun, hubungan mereka yang renggang dek perselisihan faham kembali terjalin dalam pertemuan yang sungguh mendebarkan dan menyentuh hati. Pertemuan diantara Izzue Islam dan kumpulan Forteen di sambutan ulang tahun ke 11 Suria FM akhirnya menemui jalan damai.
Walaupun telah berdamai, Izzue Islam nekad dengan pendiriannya untuk meninggalkan kumpulan tersebut.[17]
Ahli kumpulan[sunting | sunting sumber]
Ahli terkini[sunting | sunting sumber]
- Saiful Ridzuan Abdul Hamid (Ariz Lufias) (2011–kini)
- Muhammad Ridzuan Sharifuddin (One Sharifuddin) (2011–kini)
- Mohamad Arif Ameerais Azhar (Ameerais Azhar) (2011–kini) — Pada 12 Januari 2018, Ameerais telah muncul dengan single terbaru secara solo. Judul single tersebut ialah "Pulangkan Cinta" dan merupakan ciptaan Fendi Caliph Buskers dan Edry Abdul Halim.[18]
Bekas ahli[sunting | sunting sumber]
- Mohammad Izzul Islam Mazlan (Izzue Islam) (2011–2018) — Pada 18 November 2018, Izzue mengumumkan berita mengejut bahawa beliau telah menarik diri daripad Forteen kerana sudah tiada lagi persefahaman antara mereka namun masih menjalin hubungan baik dengan kumpulan itu.[19]
Diskografi[sunting | sunting sumber]
EP[sunting | sunting sumber]
- Kita (2013)
Single[sunting | sunting sumber]
Tahun | Tajuk | Kedudukan | Nota | |||
---|---|---|---|---|---|---|
ERA FM [20] |
Hot FM [21] |
Muzik Muzik [22] |
JOOX [23] | |||
2011 | "Berdua Bersatu" | - | - | - | - | |
2012 | "Seperti Dulu" | - | - | - | - | OST : 29 Februari [24] |
2013 | "Kita" | - | - | - | - | OST : Sebenarnya, Saya Isteri Dia! |
"Tidak Pernah Berjumpa" | - | - | - | - | ||
"Ketika Ini" | - | - | - | - | ||
" 10 Jari Aidilfitri " | - | - | - | - | Erti Aidilfitri | |
2014 | " Dikau Saja " | - | - | - | - | |
2015 | " Linangan Terakhir " | - | - | - | - | |
2016 | "Dekat Tapi Jauh" | - | 18 [25] | - | 73 | OST : Mr Boss Miss Stalker |
2017 | "Apa Ini Cinta " | - | - | - | - | OST : Menanti Februari |
2019 | "Diam Saja " | - | - | - | - | OST : Cinta Non Grata |
" Raya! " | - | - | - | - |
Videografi[sunting | sunting sumber]
Muzik video[sunting | sunting sumber]
Sebagai artis utama
Tahun | Muzik video | Durasi | Catatan |
---|---|---|---|
2011 | Berdua Bersatu | 3:36 | |
2012 | Seperti Dulu | 4:41 | OST Filem 29 Februari |
2013 | Kita | 3:47 | OST Drama Sebenarnya, Saya Isteri Dia |
Tidak Pernah Berjumpa | 3:45 | ||
Ketika Ini | 4:04 | ||
10 Jari Aidilfitri | 3:31 | Erti Aidilfitri | |
2014 | Dikau Saja | 4:18 | |
2015 | Linangan Terakhir | 5:27 |
Video lirik[sunting | sunting sumber]
Tahun | Muzik video | Durasi | Catatan |
---|---|---|---|
2016 | Dekat Tapi Jauh | 3:40 | OST Mr Boss Miss Stalker |
2017 | Apa Ini Cinta ? | 4:02 | |
2019 | Diam Saja | 3:40 | OST Cinta Non Grata |
Filemografi[sunting | sunting sumber]
Telefilem[sunting | sunting sumber]
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Ahli |
---|---|---|---|---|
2019 | Gegar Vaganza Raya Muzika | Diri Mereka Sendiri | Astro Ria | Ameer, One dan Ariz |
Program TV[sunting | sunting sumber]
Tahun | Tajuk | Saluran TV | Ahli | Catatan |
---|---|---|---|---|
2011 | Wanita Hari Ini | TV3 | Semua | 25 Julai |
Jom Berbuka | TV9 | 14 Ogos | ||
Muzik-Muzik 26 | TV3 | 17 Oktober | ||
Anugerah Industri Muzik ke-18 | Astro Ria | One, Ariz & Ameer | 12 November | |
2012 | Xpresi Kembara | TV1 | Semua | 7 Januari |
25 Februari | ||||
24/7 | Astro Ria | 28 Februari | ||
Xpresi Kembara | TV1 | 24 Mac | ||
Malaysia Hari Ini | TV3 | 6 April | ||
Bintang RTM 2012 | TV2 | 12 Mei | ||
Propaganza Stailista | Astro Ria | 17 Jun | ||
KLFM 9:45 AM | TVI | 12 Julai | ||
Malaysia Hari Ini | TV3 | 18 Julai | ||
27 Ogos | ||||
Selamat Pagi Malaysia | TV1 | 2 September | ||
HotFM AM Krew | HotFM TV | 14 September | ||
Propaganza | Astro Ria | 15 September | ||
Galaksi (TV9) | TV9 | 19 Oktober | ||
Diva@RTM | TV1 | 23 Oktober | ||
Propaganza | Astro Ria | 28 Oktober | ||
Anugerah Industri Muzik ke-19 | Astro Ria | 17 November | ||
Xpresi Kembara | TV1 | 22 Disember | ||
2013 | Xpresi Kembara (X Secret Project) | TV1 | Semua | 5 Januari |
Dinamik Dua | TV2 | 6 Januari | ||
TVi Muzik Ekstra | TVi | 10 April | ||
Malaysia Hari Ini | TV3 | 28 May | ||
Selamat Pagi Malaysia | TV1 | 6 Jun | ||
Haa.. Kan Dah Kena | Astro Ceria | Izzue Islam | 8 Jun | |
Galaksi Muzik RTM | Muzik Aktif | Semua | 10 Julai | |
Raya Sama Sama | TV1 | 10 Ogos | ||
Muzikal Anak Dunia | 11 Ogos | |||
Primadona Raya 2013 (Primadona Khas Syawal) | Astro Prima & Astro Maya HD | 13 Ogos | ||
Propaganza | Astro Ria | 22 September | ||
Diari Akademi Fantasia 2013 | 2 Oktober | |||
Sesat | Izzue Islam | 31 Oktober | ||
Ceria Superstar Musim ke-2 | Astro Ceria | 10 November | ||
Malaysia Hari Ini | TV3 | 21 November | ||
RTM Bintang Kecil 2013 (Peringkat Akhir) | TV1 | Semua | 7 Disember | |
Pencetus Ummah 2013 | Astro Oasis & Astro Maya HD | 12 Disember | ||
Anugerah Industri Muzik ke-20 | Astro Ria
& Astro Maya HD |
14 Disember | ||
Planet Joget | TV1 | 17 Disember | ||
Propaganza | Astro Ria & Astro Maya HD | 22 Disember | ||
Rumah Terbuka Malaysia Xmas | TV1 | 25 Disember | ||
2014 | Nasi Lemak Kopi O | TV9 | Semua | 1 Januari 2014 |
Malaysia Hari Ini | TV3 | Izzue Islam | 13 Januari | |
Izzue, One dan Ariz | 17 Januari | |||
Meletop | Astro Ria & Astro Maya HD | Semua | 21 Januari | |
Anugerah Meletop Era 2014 | 8 Februari | |||
Fear Factor Malaysia | Izzue Islam | 15 Februari | ||
Hiburan Minggu Ini | TV2 | One, Ameer dan Ariz | 22 Februari | |
Xpresi Kembara | TV1 | Semua | 27 Februari | |
8 Mac | ||||
#Throwback | Astro RIA dan Astro Maya HD | 31 Mac | ||
Kilauan Emas 2014 (Suku Akhir) | Astro Prima & Astro Maya HD | Izzue Islam | 18 Mei | |
Galaksi (TV9) | TV9 | 30 Mei | ||
HLive! | Astro Ria | Semua | 9 Jun | |
Dunia Pencetus Ummah | Astro Oasis & Astro Maya HD | 19 Jun | ||
Primadona 2014 | Astro Prima & Astro Maya HD | 27 Jun | ||
Untuk Dia | TV1 | One, Ariz dan Ameer | 6 Julai | |
Hari Hari Hari Raya | Astro Ria & Astro Maya HD | Ariz Lufias dan Ameer | 3 Ogos | |
Izzue Islam | 5 Ogos | |||
One | 6 Ogos | |||
Selamat Pagi Malaysia | TV1 | Semua | 11 Ogos | |
Ops Aidilfitri | 12 Ogos | |||
Konsert Memori Chow Kit Road 2.0 | 31 Ogos | |||
Konsert Akademi Fantasia 2014 | Astro Ria & Astro Maya HD | Izzue Islam | 21 September | |
Bikin Panas | TV9 | 11 Oktober | Ameer & Izzue Islam | |
Bintang Klasik RTM 2014 | TV2 | Semua | 1 November | |
Pop Krew | TV9 | Izzue Islam | 22 November | |
Anugerah Industri Muzik ke-21 | Astro Ria
& Astro Maya HD |
Semua | 6 Disember | |
Pop Krew (Arena Akhir) | TV9 | 27 Disember | ||
2015 | Muzikal Anak Dunia | TV1 & TV2 | Semua | 1 Januari |
Hip TV | TV9 | Ameer | 8 Februari | |
Meletop | Astro Ria & Astro Ria HD | Semua | 10 Februari | |
Anugerah Meletop Era 2015 | 22 Februari | |||
Hiburan Minggu Ini | TV2 | 7 Mac | ||
Diari Mangkuk Tingkat Bersama Ili | Astro Ria & Astro Ria HD | Izzue Islam | 27 Mac | |
Harta Dalam Stor | 12 April | |||
Malaysia Hari Ini | TV3 | Semua | 14 April | |
Anugerah Tribute P.Ramlee 2015 | TV1 | 19 April | ||
IQRA | Astro Oasis & Astro Maya HD | Izzue Islam | 28 April | |
Nasi Lemak Kopi O | TV9 | Semua | 3 Mei | |
Ceria Popstar 2015 (Separuh Akhir) | Astro Ceria & Astro Maya HD | Izzue Islam | 5 Jun | |
Dalang Prank | Astro Warna & Astro Mustika | Semua | 18 Jun | |
Ketuk-ketuk Ramadan 2015 | TV1 | Izzue Islam | 4 Julai | |
Ops Aidilfitri | One, Izzue & Ameer | 19 Julai | ||
Ketupat Rendang Boom | Semua | 21 Julai | ||
Meletop | Astro Ria & Astro Maya HD | One | 25 Ogos | |
Xpresi Kembara | TV1 | Semua | 29 Ogos | |
Jangan Gelak | TV9 | Ariz Lufias | 23 September | |
Ameer | 30 September | |||
Diari Akademi Fantasia 2015 | Astro Ria & Astro Maya HD | Semua | 2 Oktober | |
Konsert Akademi Fantasia 2015 (Separuh Akhir) | 4 Oktober | |||
Diari Akademi Fantasia 2015 | 5 Oktober | |||
Jangan Gelak | TV9 | Izzue Islam | 21 Oktober | |
One Forteen | 11 November | |||
Muzik-Muzik 30 Separuh Akhir (Minggu 3) | TV3 | Semua | 6 Disember | |
2016 | Konsert Aktif 7 | TV2 | Semua | 1 Januari |
Meletop | Astro Ria & Astro Ria HD | Izzue Islam | 5 Januari | |
Meletop Kebaboom | Semua | 26 Januari | ||
Anugerah Meletop Era | Ameer, Izzue & Ariz | 21 Februari | ||
Karpet Merah #DFKL2016 | HipTV, TV9 & TV3 | Izzue Islam | 19 Mac | |
Drama Festival Kuala Lumpur 2016 | 19 Mac | |||
Malaysia Hari Ini | TV3 | Semua | 19 Mei | |
Persada Akhir Tahfiz Muda | Astro Oasis & Astro Maya HD | Izzue Islam | 26 Mei | |
Wanita Hari Ini | TV3 | Semua | 8 Jun | |
Meletop Kebaboom | Astro Ria & Astro Ria HD | Izzue Islam | 21 Jun | |
CCTV | 27 Jun | |||
Suara Kita Hak Kita | TV1 | Ariz Lufias | 27 Jun | |
Muzik-Muzik 31 | TV3 | Semua | 27 Jun | |
Hari Ini Hari Raya | TV2 | 6 Julai | ||
Raya Oh Raya | Izzue Islam | 7 Julai | ||
Aku Raya, Kau Raya, Barulah Raya | Astro Ria & Astro Ria HD | 8 Julai | ||
One, Ariz & Ameer | 10 Julai | |||
Meletop Kebaboom Raya | One, Izzue & Ameer | 11 Julai | ||
1,2.. Bakar | TV3 | Ariz Lufias | 12 Julai | |
Melodi Raya 2016 | Izzue Islam | 17 Julai | ||
Ye Ke | 24 Julai | |||
Meletop | Astro Ria & Astro Ria HD | 23 Ogos | ||
Karpet Merah Festival Filem Malaysia ke-28 | 3 September | |||
Festival Filem Malaysia ke-28 | 3 September | |||
Akak Akak Sangat | Astro Prima & Astro Maya HD | 5 September | ||
CCTV | Astro Ria & Astro Ria HD | 5 September | ||
AM Live | 8 September | |||
Motif Viral | Semua | 8 September | ||
Akademi Fantasia 2016 | Izzue Islam | 11 September | ||
Motif Viral | 15 September | |||
Dai TV3 | TV3 | Ariz Lufias | 2 Oktober | |
Malaysia Hari Ini | Izzue Islam | 3 Oktober | ||
Dai TV3 | 9 Oktober | |||
Ceria I-Star | Astro Ceria & Astro Maya | 14 Oktober | ||
3 Juara 2016 | TV3 | 23 Oktober | ||
Aktif 5 | TV2 | Izzue, Ameer & Ariz | 10 Disember | |
RTM Bintang Kecil 2016 | TV1 | Semua | 11 Disember | |
Sembang Pacak Musim 2 | Astro Warna & Astro Mustika HD | Izzue Islam & Ariz | 14 December | |
Anugerah Industri Muzik ke-22 | Astro Ria & Astro Ria HD | Semua | 18 Disember | |
Joox Singgah Sat | Joox Music App | 21 Disember | ||
Konsert Aktif 7 | TV2 | 31 Disember | ||
2017 | CCTV | Astro Ria & Astro Ria HD | Izzue Islam | 9 Januari |
Wanita Hari Ini | TV3 | Ameer | 12 Januari | |
Motif Sosial | Astro Warna & Astro Mustika HD | Izzue Islam | 16 Januari | |
Salam Dhuha | Astro Oasis & Astro Maya HD | Semua | 21 Januari | |
CCTV | Astro Ria & Astro Ria HD | Izzue Islam | 23 Januari | |
AM Live | 27 Januari | |||
Diva@1 | TV1 | 28 Januari | ||
Konsert Tara | Astro Tara HD | One | 30 Januari | |
AM Live | Astro Ria & Astro Ria HD | Ameer | 30 Januari | |
Barakah | TV1 | Izzue Islam | 5 Februari | |
Duo Star (Final) | Astro Ria & Astro Ria HD | 5 Februari | ||
AM Live | 8 Februari | |||
One, Izzue & Ariz | 14 Februari | |||
Wanita Hari Ini | TV3 | 15 Februari | ||
Pop TV | TV9 | Semua | 19 Februari | |
CCTV | Astro Ria & Astro Ria HD | 27 Februari | ||
Malaysia Hari Ini | TV3 | 28 Februari | ||
Joox e-Beat | Joox Music App | Ariz, One & Ameer | 3 Mac | |
Selamat Pagi Malaysia | TV1 | Semua | 8 Mac | |
Perang Bibir (Episod 2) | TV9 | Izzue Islam | 9 Mac | |
The Sarimah Show | TV3 | 12 Mac | ||
Muzik-Muzik 32 | Semua | 13 Mac | ||
RSVP Aku Datang | Astro Prima & Astro Maya HD | Izzue Islam | 20 Mac | |
Seram Selebriti | 22 Mac | |||
Padan Muka | Astro Warna & Astro Mustika HD | 27 Mac | ||
Nasi Lemak Kopi O | TV9 | Semua | 1 April | |
Karpet Merah #DFKL2017 | TV3 & TV9 | Izzue Islam | 9 April | |
Drama Festival Kuala Lumpur 2017 | 9 April | |||
Muzik-Muzik 32 | TV3 | Semua | 10 April | |
Anugerah Meletop Era 2017 | Astro Ria & Astro Ria HD | Ameer & Izzue Islam | 23 April | |
Meletop | Izzue Islam | 9 Mei | ||
Anugerah Berita Harian Paling Popular 2017 | TV3 | Semua | 14 Mei | |
CCTV | Astro Ria & Astro Ria HD | Izzue Islam | 15 Mei | |
Destinasi Hijau | TV1 | 26 Mei - 23 Jun | ||
Pop TV | TV9 | 28 Mei | ||
Meletop | Astro Ria & Astro Ria HD | 30 Mei | ||
Pop TV Raya 2017 | TV9 | 24 Jun | ||
Raya Sakan Mak Cun | TV3 | 24 Jun | ||
Melodi Raya 2017 | Ameer | 26 Jun | ||
Teh Tarik Raya Che Ta | TV1 | Izzue Islam | 26 Jun | |
Karaoke Boom | TV3 | 26 Jun | ||
Perang Bibir Raya | 28 Jun | |||
Hero Princess Aaisyah | Astro Raya HD,Astro Ria & Astro Ria HD | 28 Jun | ||
Bismillah Ad Duha Aidilfitri | Astro Oasis & Astro Maya HD | 29 Jun | ||
Nasi Lemak Kopi O | TV9 | 30 Jun | ||
Unplugged | Astro Ria & Astro Ria HD | Semua | 14 Ogos | |
Wanita Hari Ini | TV3 | Izzue Islam | 18 Ogos | |
Bismillah Ad Duha | Astro Oasis & Astro Maya HD | Semua | 19 Ogos | |
Karpet Merah Festival Filem Malaysia ke-29 | Astro Ria & Astro Ria HD | Ameer, Izzue Islam dan Ariz Lufias | 23 September | |
Festival Filem Malaysia ke-29 | 23 September | |||
D'Academy Asia (Musim 3) | Indosiar | One | 24 Oktober | |
Go Shop | Astro Go Shop, Astro Ria & Astro Ria HD | Izzue Islam | 11 November & 12 November | |
CCTV | Astro Ria & Astro Ria HD | Ameer, Izzue Islam dan Ariz Lufias | 13 November | |
Pesta Muda Mudi | 22 November | |||
CCTV | Astro Ria & Astro Ria HD | Izzue Islam | 25 Disember | |
2018 | CCTV | Astro Ria & Astro Ria HD | Izzue Islam | 1 Januari |
12 Februari | ||||
Nine11 | Bernama TV | Ameer | 20 Februari | |
Meletop | Astro Ria & Astro Ria HD | Izzue Islam | 20 Februari | |
ExpeRIAnce: Ready Set Action di London | 20 Februari | |||
Go Shop | Astro Go Shop, Astro Ria & Astro Ria HD | 3 Mac | ||
Bintang Bersama Bintang 2018 (Final) | TV3 | 4 Mac | ||
Pop TV | NTV7 | Ariz Lufias | 12 April | |
CCTV | Astro Ria & Astro Ria HD | Izzue Islam | 16 April | |
Nine11 | Bernama TV | Ariz Lufias | 19 Mei | |
Selera Sado | NTV7 | One | 31 Mei | |
CCTV | Astro Ria & Astro Ria HD | Izzue Islam | 8 Jun | |
CCTV | 16 Julai | |||
Super Spontan Xtravaganza | Astro Warna & Astro Warna HD | 20 Julai - 21 September | ||
Malaysia Hari Ini | TV3 | 6 September | ||
CCTV | Astro Ria & Astro Ria HD | 17 September | ||
Meletop 2018 | Astro Ria & Astro Ria HD | Semua | 25 September | |
Kapsul Gegar Vaganza 2018 | 27 September - 14 November | |||
Konsert Gegar Vaganza 2018 | 30 September - 18 November | |||
CCTV 2018 | 10 Oktober | |||
Bawang Live | 8 November | |||
Trek Selebriti 2018 | 9 November | |||
Konsert Gegaran Cuckoo | 17 November | |||
Karpet Merah Gegar Vaganza 5 Akhir | 18 November | |||
Pop TV | NTV7 | 23 November | ||
Meletop 2018 | Astro Ria & Astro Ria HD | 27 November | ||
2019 | HLive | Astro Ria & Astro Ria HD | Semua | 21 Mac |
Wanita Hari Ini | TV3 | 1 April | ||
Pesona Pengantin musim ke-3 | Astro Prima & Astro Prima HD | Ameer | 15 April | |
Konsert Tiari Anugerah Meletop Era 2019 | Astro Ria & Astro Ria HD | Semua | 21 April | |
Anugerah Meletop Era 2019 | 21 April | |||
Borak Kopitiam | TV3 | 10 Mei | ||
Nona 2019 | Ameer | 2 Jun | ||
Melodi Raya | Semua | 9 Jun | ||
Perang Ketuhar Raya | TV Okey | Ariz | 12 Jun | |
Mahligai Cinta 2019 | TV3 | Ameer & One | 19 Jun | |
Wanita Hari Ini | One | 22 Julai |
Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]
Tahun | Anugerah | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|
2011 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 | Artis Duo/Berkumpulan Popular | Tercalon |
2012 | Anugerah Industri Muzik ke-19 (AIM19) | Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik [26] | Menang |
2016 | Anugerah Pilihan Online | Grup Pilihan Online | Tercalon |
2017 | Anugerah MeleTop Era 2017 (AME) | Grup/Duo MeleTop | Tercalon |
2018 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 | Artis Kolaborasi Duo/Berkumpulan Popular | Tercalon |
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ Forteen Anjur Konsert KITA 20FORTEEN Untuk Hargai Sokongan Peminat Rotikay.Com
- ^ Konsert 'Kita 20Forteen' SinarHarian.Com -Hiburan
- ^ KONSERT FORTEEN DITUNDA KE 26 APRIL 2014[pautan mati kekal] MediaHiburan.MY
- ^ Konsert Forteen ditunda Sinarharian.Com
- ^ Kejutan Forteen Buat Peminat di Konsert Kita 20Forteen Budiey.Com
- ^ Terhibur Dan Sebak Dalam Konsert Forteen Mstar.Com
- ^ Forteen Gigih Promosi Lagu LINANGAN TERAKHIR Budiey.Com
- ^ Status Forteenagersfan di Twitter Twitter.Com
- ^ Tiada masalah tanpa Izzue Hmetro.Com
- ^ LIRIK DEKAT TAPI JAUH - FORTEEN Rafzantomomi.Com
- ^ Forteen Pertaruhkan Single Terbaru DEKAT TAPI JAUH Budiey.Com
- ^ Dekat Tapi Jauh Membuktikan Forteen Masih Bersatu Diarkibkan 2016-05-08 di Wayback Machine Sinar.Fm
- ^ Single Apa Ini Cinta Forteen Official Fanpage : facebook.com
- ^ Single release facebook.com
- ^ FORTEEN Kembali Demi Cinta Apa Ini Cinta Hiburan.Us
- ^ Isu pertukaran lagu punca perbalahan Izzue Islam, Forteen. Berita Harian. Diterbitkan pada 21 November. Dicapai pada 31 Disember 2018.
- ^ Izzue, Forteen berdamai namun tetap dengan keputusan keluar kumpulan. Kosmo. Diterbitkan pada 23 November. Dicapai pada 31 Disember 2018.
- ^ 29 January 2018. Ameerais Forteen cuba nasib nyanyi solo | Selebriti. Berita Harian
- ^ https://beautifulnara.com/tiada-persefahaman-izzue-islam-keluar-forteen/
- ^ "Carta ERA 40". ERA FM.
- ^ "Hot FM 30". Hot FM. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-05-12. Dicapai pada 2016-04-23.
- ^ "Carta 20 Muzik Muzik". Muzik Muzik.
- ^ "Player Ranking". JOOX APP.
- ^ Muzik Video Terbaru Forteen Seperti Dulu 29 Februari Budiey.Com
- ^ "Mega Muzik Hot". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-30. Dicapai pada 2016-04-23.
- ^ Forteen Minta Jangan Prejudis Dengan Kemenangan AIM19 Mstar.Com