Forum Kerjasama China–Afrika

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Forum Kerjasama China–Afrika (Cina Ringkas: 中非合作论坛; Cina Tradisional: 中非合作論壇; pinyin: Zhōng​ Fēi​ hé​zuò​ lùn​tán​; Bahasa Inggeris: Forum on China–Africa Cooperation, FOCAC; Bahasa Perancis: Forum sur la coopération sino-africaine) ialah satu forum rasmi antara Republik Rakyat China dan negara-negara di Afrika. Empat sidang kemuncak telah diadakan setakat ini, dengan yang terbaru di Sharm el-Sheikh, Mesir pada 8 hingga 9 November 2009. Sidang kemuncak sebelumnya telah diadakan pada Oktober 2000 di Beijing, Disember 2003 di Addis Ababa, dan November 2006 di Beijing.

2009, Sharm el-Sheikh, Mesir[sunting | sunting sumber]

Mesyuarat menteri keempat FOCAC diadakan di resort Mesir Sharm el-Sheikh pada 8 hingga 9 November 2009. Mesyuarat ini meninjau semula bagaimana ijmak Sidak Kemuncak Beijing telah dilaksanakan. Ia juga mengambil perisytiharan Sharm el-Sheikh dan rancangan tindakan untuk 2010–2012 bagi memeta laluan untuk kerjasama lanjut China–Afrika. Perdana Menteri China Wen Jiabao, President Mesir Hosni Mubarak dan ketua negara atau kerajaan dari 49 negara menghadiri upacara pembukaan.

Satu pinjaman kos rendah $10 billon diumumkan pada 9 November 2009, dua kali ganda $5 bilion yang diumumkan dan dilaksanakan pada Sidang Kemuncak Beijing 2006. Pinjaman khas 1 bilion dolar A.S. untuk syarikat kecil dan sederhana Afrika turut diwujudkan. China juga mengumumkan lapan dasar baru yang bertujuan mengukuhkan hubungan dengan Afrika dengan "lebih fokus terhadap memperbaiki mata pencarian".[1] Wen mengumumkan yang China akan menghapus kira hutang sebahagian negara termiskin Afrika. Dia berkata China akan membina 100 projek tenaga-bersih baharu di benua tersebut melibatkan kuasa suria, bio-gas dan hidro-kuasa kecil dan beransur-ansur menurunkan duti kastam pada 95 peratus produk dari negara-negara Afrika yang mempunyai hubungan diplomatik dengannya. Dia juga menyatakan yang China akan menjalankan 100 projek tunjuk cara bersama dalam penyelidikan saintifik dan teknologi, menerima 100 felo pasca-kedoktoran Afrika untuk melakukan penyelidikan saintifik di China dan membantu mereka kembali berkhidmat di negara mereka. Jumlah pusat tunjuk cara teknologi pertanian yang dibina China di Afrika akan ditambah kepada 20, 50 pasukan teknologi pertanian akan dihantar ke Afrika dan 2,000 kakitangan teknologi pertanian akan dilatih untuk ke Afrika, untuk membantu memperkukuh keupayaan Afrika memastikan jaminan makanan.

Ketua agensi makanan PBB, Program Makanan Sedunia, Pengarah Eksekutf Josette Sheeran memuji fungsi forum ini dalam memperbaiki jaminan makanan, pertanian dan infrastruktur di Afrika.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]