Forum Venalium

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Forum Venalium ialah sebuah pasar makanan di Rom kuno semasa Republik Rom dan Empayar Rom. Forum-forum perdagangan ini merupakan peluasan kepada Forum Rom dan menampung banyak bangunan dan tugu yang dibina di bawah nama "Republik" dan "Empayar"

Dalam karyanya, Politik, Aristotle mencadangkan bahawa sebuah kota harus mempunyai kedua-dua dataran bebas yang "tiada mekanik atau petani mahupun sesiapa jua boleh dibenarkan masuk kecuali diperintah oleh pihak berkuasa" serta sebuah pasar "yang kegiatan membeli dan menjual dilakukan... di dalam sebuah tempat yang berasingan yang terletak untuk kemudahan semua barangan dihantar dari laut dan dibawa ke dalam negara."

Forum Venalium (perdagangan) serta juga Forum Civilium (kehakiman) wujud di bawah empayar kerana pertumbuhan kota dan peningkatan perniagaan provinsi yang pesat. Maenius, salah satu Penapis, memainkan peranan yang penting dalam perubahan-perubahan ini.

Forum-forum Venalium yang mengkhususkan dalam berbagai-bagai jenis keluaran yang tertentu dimulakan di sepanjang Sungai Tiber berhampiran dengan Pelabuhan Tibernius, dengan Forum Suarium (untuk daging babi) terletak pada kaki Bukit Quirinal berhampiran dengan Kampus Martius. Forum-forum Venalium yang lain termasuk: