Fotograf (kumpulan muzik)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Fotograf
Fotograf1989.jpg
Anggota asal Fotograf.
Dari kiri : Ringgo (dram), Amran (bass), Shamrin (vokal) & Shahrul (gitar utama)
Latar belakang
Berasal dariMalaysia Malaysia
GenreRock, Slow Rock
PekerjaanPenyanyi/Pemuzik
InstrumenVokal/Band
Tahun aktif1988-1998, 2007 (reunion)
Syarikat rakaman
1989-1994 : Sinar Muzik Production
1995-1998 : EMI
Kegiatan berkaitan
Fauzi Marzuki
Laman sesawang
Kumpulan Fotograf
Bekas ahli
  1. Shamrin (meninggal dunia) - Vokal
  2. Almi - Gitar
  3. Ringgo - Dram
  4. Shahrul - Gitar Utama
  5. Amran - Bass
  6. Said - Bass

Kumpulan Fotograf merupakan sebuah kumpulan rock yang pernah aktif di Malaysia pada akhir dekad 80-an hingga pertengahan dekad 90-an. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu rock Melayu.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Ditubuhkan pada tahun 1987, kemunculan Fotograf sebagai artis rakaman di tengah-tengah kehangatan irama rock menguasai persada muzik tanah air seangkatan dengan kumpulan Mega, XPDC, Ekamatra, Gamma dan Ariwatan. Fotograf menghasilkan album pertama mereka yang berjudul Iramanya Menggetar pada tahun 1989 di bawah pengurusan Sinar Muzik Productions. Kejayaan album itu telah membuka peluang kepada mereka untuk menghasilkan lima lagi album studio iaitu 7:30 Psikosis, Fotograf '92, Fantasi, Fokus dan Juara Mimpi.

Antara lagu yang melonjakkan nama mereka dalam industri muzik ialah Jangan Kau Ucap Selamat Tinggal, Di Alam Fana Cintamu, Ke Pintu Kasihmu, Luka Seribu Rindu, Janji Kasih dan Nafas Kekasih.

Fotograf pernah berjumlah 5 orang pada sekitar tahun 1991 hingga 1993

Anggota kumpulan[sunting | sunting sumber]

Pada awal penubuhannya (1987), Fotograf terdiri daripada 4 anggota asal iaitu :

  1. Mohd Shamrin Abd Samad (Shamrin) - Vokal
  2. Shahrul Bahrain Ahmad (Shahrul, Abul) - Gitar Utama
  3. Amran Abu Sidek (Amran, An) - Bass
  4. Sham Ahmad (Ringgo) - Dram

Selepas album 7:30 Psikosis dikeluarkan pada tahun 1990, Amran menarik diri dari Fotograf lalu menubuhkan kumpulan Damasutra yang juga bernaung di bawah syarikat rakaman yang sama. Tempat Amran sebagai pemain bass kemudiannya digantikan oleh Said.

Line-up Fotograf pada tahun 1990 :

  1. Shamrin - Vokal
  2. Shahrul - Gitar Utama
  3. Said - Bass
  4. Ringgo - Dram

Pada tahun 1991, anggota Fotograf bertambah menjadi lima orang dengan kemasukan Almi sebagai pemain gitar kedua kumpulan tersebut. Mereka berlima kemudiannya menghasilkan album ketiga yang berjudul Fotograf '92 pada tahun 1992.

Line-up Fotograf pada tahun 1991 :

  1. Shamrin - Vokal
  2. Shahrul - Gitar Utama
  3. Almi - Gitar Kedua
  4. Said - Bass
  5. Ringgo - Dram

Fotograf meneruskan karier mereka dengan menghasilkan album ketiga yang berjudul Fantasi pada tahun 1994. Malangnya, ketiadaan Shahrul, Almi dan Said dalam album tersebut akibat krisis dalaman menyebabkan Fotograf terpaksa meneruskan karier dengan dua anggota asal iaitu Shamrin dan Ringgo. Namun begitu, Almi kembali menganggotai Fotograf dalam album Fokus pada tahun 1995 dan album studio terakhir mereka, Juara Mimpi pada tahun 1997. Dua album terakhir Fotograf telah diterbitkan sepenuhnya oleh EMI, tidak seperti empat album pertama mereka yang diterbitkan oleh Sinar Muzik Productions.

Line-up Fotograf bermula pada tahun 1995 :

  1. Shamrin - Vokal
  2. Almi - Gitar
  3. Ringgo - Dram

Ketidakcukupan anggota Fotograf telah menyebabkan mereka terpaksa mengambil 3 orang sessionist untuk membantu penerbitan album-album mereka antara tahun 1994 hingga 1997. Mereka ialah :

  1. Mohd Saufi Ghazalie (Opie) - Gitar, sebelum ini pernah menganggotai kumpulan Bloodshed dan kumpulan Scandals.
  2. Rawita Mohd Shah (Rawita) - Bass, sebelum ini pernah bersama Opie dalam kumpulan Bloodshed.
  3. Eddie Ahmad (Eddie) - Keyboard, sebelum ini pernah bersama kumpulan Ekamatra yang kemudiannya menganggotai kumpulan Slam pada tahun 1994.

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album Studio[sunting | sunting sumber]

Album Iramanya Menggetar (1989) :

  1. Di Sisa Rindumu
  2. Setialah Pada Cinta
  3. Cinta Tak Pernah Musnah
  4. Jangan Kau Ucap Selamat Tinggal
  5. Alam Remaja
  6. Biarkan
  7. Tinta Di Kelopak Duka
  8. Gadis Kota
  9. Iramanya Menggetar
  10. Rock N Roll

Line-up:

  • Shamrin (Vokal)
  • Shahrul (Gitar Utama)
  • Amran (Bass)
  • Ringgo (Dram)


Album 7:30 Psikosis (1990) :

  1. 786
  2. An Offering of Silence
  3. Fotograf
  4. Jangan Kau Pergi Sayang
  5. Janji Sandiwara
  6. Karina
  7. Kau
  8. Mimpi Semalam
  9. Rock N Roll
  10. Takdir Bukan Mimpi
  11. Utusan Kematian

Line-up:

  • Shamrin (Vokal)
  • Shahrul (Gitar Utama)
  • Amran (Bass)
  • Ringgo (Dram)


Album Fotograf '92 (1992) :

  1. Di Alam Fana Cintamu
  2. Belenggu Mimpi
  3. Melodi Cinta
  4. Senario Kotaraya
  5. Nyanyian Malam
  6. Mimpi Alam Fantasi
  7. Ke Pintu Kasihmu
  8. Damaikanlah
  9. Radio
  10. Menanti Restu

Line-up:

  • Shamrin (Vokal)
  • Shahrul (Gitar Utama)
  • Almi (Gitar Kedua)
  • Said (Bass)
  • Ringgo (Dram)


Album Fantasi (1994) :

  1. Berhati-Hati
  2. Bersatu Akhirnya
  3. Bukan Koleksi
  4. Harapan
  5. Kegersangan
  6. Korban Cinta
  7. Menanti Titahmu
  8. Persemadian Cinta
  9. Pulau Fantasi
  10. Segala Dalam Minda

Line-up:

  • Shamrin (Vokal)
  • Ringgo (Dram)

Pemuzik undangan:

  • Opie (Gitar)
  • Rawita (Bass)
  • Eddie (Keyboard)


Album Fokus (1995) :

  1. Luka Seribu Rindu
  2. Janji Kasih
  3. Keliru Dalam Rindu
  4. Tulusku Bukan Terpaksa
  5. Nyata Kasihku
  6. Jerebu
  7. Kau........Kekasihku
  8. Pelangi
  9. Lambaian Khatulistiwa
  10. Kalimah Cinta

Line-up:

  • Shamrin (Vokal)
  • Almi (Gitar)
  • Ringgo (Dram)

Pemuzik undangan:

  • Opie (Gitar)
  • Rawita (Bass)
  • Eddie (Keyboard)


Album Juara Mimpi (1997) :

  1. Nafas Kekasih
  2. Asmara Gerhana
  3. Panah Tak Bermata
  4. Aku Yang Kecewa
  5. Salam Buat Juwita
  6. Aku Menunggu Hari
  7. Dilena Namamu
  8. Terlena Dalam Jaga
  9. Mengejar Bayangan
  10. Di Alam Fana Cintamu

Line-up:

  • Shamrin (Vokal)
  • Almi (Gitar)
  • Ringgo (Dram)

Pemuzik undangan:

  • Opie (Gitar)
  • Rawita (Bass)
  • Eddie (Keyboard)

Album kompilasi[sunting | sunting sumber]

The Best Of Shamrin And Fotograf (2011)

Anugerah/Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Ringgo

Kematian Shamrin[sunting | sunting sumber]

Vokalis Fotograf, Shamrin meninggal dunia akibat serangan jantung kira-kira pukul 6 petang 11 November 2010 di Hospital Pakar Al-Islam, Kampung Baru. Allahyarham yang ketika itu berusia 45 tahun rebah ketika bermain bola sepak pada perlawanan persahabatan antara artis dan sebuah syarikat insurans di Padang Kelab Sultan Sulaiman (KSS) di Kampung Baru pada kira-kira pukul 5.30 petang hari tersebut. Allahyarham Shamrin meninggalkan seorang balu yang sedang sarat mengandung serta tiga orang anak (termasuk seorang anak dari perkahwinan pertamanya dengan bekas isteri). Balu Allahyarham melahirkan anak bongsu mereka kira-kira tiga minggu selepas pemergiannya.

Nama Fotograf terus berkubur lantaran ketiadaan kedua-dua anggota asal yang tidak pernah meninggalkan kumpulan ini.

Rujukan[sunting | sunting sumber]