Fotorintang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Fotorintang merupakan bahan sensitif-cahaya yang digunakan dalam beberapa proses pengilangan, seperti fotolitografi dan fotoukiran bagi membentuk salutan pola pada permukaan.

Kategori Fotorintang[sunting | sunting sumber]

Ciri-ciri utama bagi jenis fotorintang adalah:

Ton[sunting | sunting sumber]

Fotorintang dikelaskan pada dua kumpulan: rintang positif dan rintang negetif.

  • Rintang positif merupakan jenis fotorintang di mana bahagian fotorintang yang didedahkan pada cahaya menjadi larut pada pembangun fotorintang. Bahagian fotorintang yang tidak terdedah kekal tidak larut pada pembangun fotorintang .
  • Rintang negetif merupakan jenis fotorintang di mana bahagian fotorintang yang didedahkan pada cahaya menjadi tidak larut pada pembangun fotorintang. Bahagian fotorintang yang tidak terdedah menjadi larut pada pembangun fotorintang .

Fotorintang adalah bahan yang akan bertindkbalas apabila disinari cahaya. Jika ia disinari dengan cahaya dan kemudiannya terlarut (fotorintang positif) atau akan mengeras (fotorintang negatif). Fotorintang digunakan dalam proses fotolitografi dan merupakan sebahagian daripada proses pembuatan mikroelektronik.

Fotorintang peka terhadap beberapa jenis sinar iaitu sinar ultraungu, laser, pancaran elektron, ion, dan sinar-X.