Frédéric Passy

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Frédéric Passy
Frederic Passy.jpg
Kelahiran Frédéric Passy
20 Mei 1822
Paris, Perancis
Meninggal dunia 12 Jun 1912(1912-06-12) (umur 90)
Neuilly-sur-Seine, Perancis
Warganegara Perancis
Pendidikan Universiti Paris
Pekerjaan Ahli ekonomi
Anugerah Hadiah Keamanan Nobel (1901)

Frédéric Passy (20 Mei 1822 – 12 Jun 1912) merupakan ahli ekonomi Perancis yang telah memenangi Hadiah Keamanan Nobel yang pertama pada tahun 1901 bersama-sama dengan Henry Dunant.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Dilahirkan di Paris oleh Felix Passy, askar Waterloo,[1] dan Marie-Louis-Pauline Salleron, bapa saudara Passy, Hippolyte Passy, merupakan menteri kabinet untuk Louis Philippe dan Louis Napoleon. Passy mempelajari undang-undang dan mengamalkannya untuk tempoh yang singkat sebelum menerima jawatan sebagai akauntan di Majlis Negeri (Conseil de Droit) dari 1846 dan melepaskan jawatan itu pada 1849 untuk melanjutkan pelajar ke universiti dalam bidang ekonomi. Sesuai dengan prinsip-prinsip republik, beliau menarik diri daripada politik selepas rampasan kuasa Louis Napoleon pada tahun 1851 dan enggan berdamai dengan Empayar Kedua; sekaligus tidak melayakkan beliau menjawat sebarang jawatan dalam kerajaan. Beliau telah menjadi ahli ekonomi profesional pada tahun 1857 dan mula mengajar ekonomi politik di Paris.

Reputasi beliau terbila melalui esei Mélanges économiques (1857), siri syarahan yang diberikan di Universiti Montpellier dan diterbitkan sebagai Leçons d'économie politique. Beliau merupakan peguam bela bagi perdagangan bebas dan pengikut kepada idea-idea Richard Cobden. Pada 1877, beliau menjadi ahli kepada Académie des sciences morales et politiques; dan komander bagi Legion of Honour. Beliau juga pernah menjadi Presiden Persatuan Ekonomi Politik selama 70 tahun.

Passy secara langsung terlibat dalam persoalan politik, menyokong pembaharuan pendidikan, dan campurtangan untuk mengelakkan perang antara Perancis dan Prusia semasa Krisis Luxembourg 1867. Pada tahun 1868, beliau membantu menubuhkan Ligue internationale et permanente de la paix (Liga Keamanan Kekak dan Antarabangsa) untuk mengelakkan konflik di masa hadapan dan menjadi setiausaha tetapnya. Semasa pertubuhan ini dibubarkan semasa Perang Perancis-Prusia, Passy telah membantu menyusun semula ia sebagai Société française des amis de la paix, dimana pada tahun 1889 menjadi Société d'arbitrage entre les Nations.

Pada tahun 1881, Passy telah memenangi pilihan raya ke Dewan Rakyat, di mana beliau menyokong perubahan dasar luar dan reformasi buruh, termasuk undang-undang mengenai kemalangan industri. Beliau memenangi semula menerusi pilihan raya 1886, namun kalah dalam pilihan raya 1889. Beliau turut menyokong sistem timbang tara konflik antarabangsa, yang telah diilhamkan dari resolusi Randal Cremer yang menubuhkan timbang tara atau arbitrasi di antara Amerika Syarikat dan England. Pada tahun 1888, usaha beliau membawa kepada pertemuan antara ahli parlimen British dan Perancis untuk membincangkan konsep timbang tara teratur. Tahun berikutnya, Kesatuan Antara Parlimen ditubuhkan dan Passy menjadi salah seorang Presidennya. Beliau juga merupakan ahli kepada Biro Keamanan Antarabangsa di Bern, Switzerland.

Penulisan dan syarahan keamanan Passy telah diterima secara meluas. Pada tahun 1909, beliau telah menerbitkan Pour la paix, mengenai penglibatan beliau dalam penubuhan pelbagai organisasi keamanan dan timbang tara. Dari 1881 sehingga 1902, beliau menjadi profesor ekonomi politik di beberapa buah kolej.

Beliau telah meninggal dunia pada 12 Jun 1912. Beliau merupakan bapa kepada Paul Passy, ahli bahasa terkemuka, pengasas Persatuan Fonetik Antarabangsa (1886).

Hasil kerja[sunting | sunting sumber]

  • Mélanges économiques (1857)
  • De la Propriété Intellectuelle (1859)
  • De l'Enseignement obligatoire (1859)
  • Leçons d'économie politique (1860–61)
  • La Démocratie et l'Instruction (1864)
  • La Guerre et la Paix (1867)
  • L'Histoire du Travail (1873)
  • Malthus et sa Doctrine (1868)
  • La Solidarité du Travail et du Capital (1875)
  • L'Histoire et les sciences morales et politiques (1879)
  • Le Petit Poucet du 19ième Siècle: George Stephenson (1881)
  • Historique du mouvement de la paix (1905)
  • Passy, Frédéric (1896). ""The Peace Movement in Europe."".  American Journal of Sociology, 2:1, pp. 1–12.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Clinton, Michael (Autumn 2007). "Frédéric Passy: Patriotic Pacifist" (PDF). Journal of Historical Biography. 2: 33–62. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]