Francesco Bardi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Francesco Bardi
Maklumat peribadi
Nama penuh Francesco Bardi
Tarikh lahir (1992-01-18) 18 Januari 1992 (umur 32)
Tempat lahir Livorno, Itali
Ketinggian 1.88 m (6 ka 2 in)
Posisi permainan Penjaga gol
Maklumat kelab
Kelab terkini
Frosinone
Nombor 22
Kerjaya remaja
1999–2003 Sorgenti Labrone
2003–2010 Livorno
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2010–2011 Livorno 1 (0)
2011–2018 Internazionale 0 (0)
2011–2012Livorno (pinjam) 34 (0)
2012–2013Novara (pinjam) 37 (0)
2013–2014Livorno (pinjam) 35 (0)
2014–2015Chievo (pinjam) 10 (0)
2015Espanyol (pinjam) 0 (0)
2015–2018Frosinone (pinjam) 68 (0)
2018– Frosinone 30 (0)
Pasukan kebangsaan
2009 Itali B17 6 (0)
2009 Itali B18 2 (0)
2010–2011 Itali B19 10 (0)
2011–2015 Itali B21 37 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 20 Jun 2020 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 24 Jun 2015

Francesco Bardi (lahir 18 Januari 1992) merupakan pemain bola sepak profesional Itali yang beraksi di posisi penjaga gol untuk kelab Frosinone.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Livorno[sunting | sunting sumber]

Bardi merupakan pemain lepasan akademi Livorno. Beliau melakukan penampilan sulungnya di Serie A pada 16 Mei 2010 ketika beliau berusia 18 tahun. Beliau telah beraksi sebagai barisan kesebelasan utama semsa menentang Parma yang berakhir dengan kekalahan Livorno 1-4.[1]

Internazionale[sunting | sunting sumber]

Pada Januari 2011, beliau telah diikat oleh Internazionale secara pinjaman berserta pilihan untuk membeli separuh daripada hak pendaftaran pemain itu. Beliau kemudiannya bermain utuk pasukan bawah-19 sehingga akhir musim 2010–11.[2] Beliau telah menggantikan penjaga gol utama yang tercedera, Raffaele Di Gennaro dalam kejohanan Torneo di Viareggio 2011 yang dijuarai oleh pasukannya.

Inter melepaskan hak bernilai 1.35 juta euro dengan kontrak selama empat tahun (bersama kredit perpindahan atas pembelian pemain Simone Dell'Agnello bernilai 500,000 euro[3][4] dan Luca Siligardi bernilai 150,000 euro[5]) tetapi pada 3 Ogos 2011, Bardi telah dipinjamkan ke Livorno untuk menghadapi musim 2011–12 untuk memperoleh lebih banyak pengalaman beraksi.[6] Pada 27 Ogos 2011, beliau melakukan penampilan sulungnya di Serie B sebagai penjaga gol utama pasukan dalam aksi menewaskan Crotone 2-1. Pada keseluruhan musim, Bardi merupakan penjaga gol pilihan pertama pasukan mengatasi pemain asal kelab, Alfonso De Lucia.

Pada Jun 2012, Inter telah membeli hak lain Bardi yang bernilai 4 juta euro (sejumlah 1.5 juta tambahan berhubung perpindahan Dell'Agnello dan Siligardi ke Livorno yang masing-masing bernilai 1.25 juta euro[7]). Pada 14 Julai 2012, Bardi telah dipinjamkan ke kelab Serie B, Novara Calcio.[8] Di Novara, beliau merupakan penjaga gol pertama pasukan dan beliau telah beraksi dalam 35 perlawanan pada musim itu.

Selepas tempoh pinjamannya tamat, Internazionale sekali lagi menghantar Bardi untuk dipinjamkan ke Livorno yang baru layak ke Serie A.[9]

ChievoVerona[sunting | sunting sumber]

Pada 27 Jun 2014, Bardi telah dipinjamkan ke kelab Serie A, A.C. Chievo Verona untuk menghadapi musim 2014–15.[10] Pada 22 Ogos, beliau telah melakukan penampilan sulungnya untuk Chievo dalam aksi pusingan ketiga Coppa Italia tumpas kepada Pescara 1-0 di gelanggang lawan.[11] Pada 30 Ogos, Bardi melakukan penampilan sulungnya di Serie A bersama Chievo dengan menghadapi kekalahan 1-0 kepada Juventus.[12] Pada 14 September, beliau telah menyelamatkan tendangan penalti yang cuba disempurnakan oleh Gonzalo Higuain sekali gus membantu pasukannya untuk melakar kemenangan tipis 1-0 ke atas Napoli.[13] Pada 26 Oktober, beliau menyelamatkan tendangan lain dalam aksi yang berakhir dengan kekalahan Chievo kepada Genoa di gelanggang sendiri melalui keputusan 1-2.[14] Bardi beraksi dalam sembilan perlawanan Serie A tetapi beliau menjadi penjaga gol kedua pasukan selepas kedatangan pemain baru, Albano Bizzarri.[15] Pada 17 Mei, beliau melakukan penampilan terakhirnya bersama Chievo ketika pasukannya tunduk kepada Torino di gelanggang lawan 2-0.[16] Bardi mengakhiri tempoh pinjamannya di Chievo dengan melakukan sebelas penampilan dan berjaya menghasilkan satu jersi bersih serta dibolosi 18 jaringan gol.[17]

Espanyol[sunting | sunting sumber]

Pada 26 Julai 2015, beliau telah berpindah ke Espanyol secara pinjaman selama satu musim penuh bersama pilihan untuk dibeli secara tetap bagi menggantikan Kiko Casilla.[18] Pada 3 Disember, beliau telah melakukan penampilan sulungnya untuk Espanyol dalam pusingan ke-32 Copa del Rey menentang Levante yang berakhir dengan keputusan seri 1-1.[19] Pada 13 Januari, Bardi telah beraksi dalam pusingan ke-16 Copa del Rey yang berakhir dengan kekalahan kepada Barcelona 2-0 di gelanggang sendiri.[20] Pada penghujung bulan Januari, Bardi telah dipanggil semula ke Inter dan beliau menamatkan kariernya di Espanyol dengan hanya melakukan dua penampilan sahaja.

Frosinone[sunting | sunting sumber]

Pada 28 Januari 2016, Bardi telah menyertai kelab Serie A, Frosinone secara pinjaman selama enam bulan.[21] Beliau merupakan penjaga gol pilihan kedua pasukan di belakang Nicola Leali. Pada 1 Mei, Bardi telah melakukan penampilan sulungnya untuk Frosinone ketika menentang Milan yang berakhir dengan keputusan seri 3-3. Dalam perlawanan itu juga, beliau berjaya menyelamatkan tendangan penalti yang diambil oleh Mario Balotelli.[22][23] Pada satu minggu kemudian, beliau beraksi dalam perlawanan terakhirnya di Serie A semasa pasukannya akur kepada kekalahan 1-0 di gelanggang sendiri kepada Sassuolo.[24]

Beliau masih mengikuti Frosinone yang telah tersingkir ke Serie B apabila kelab itu ingin menggunakan khidmatnya selama satu musim lagi selain mempunyai pilihan untuk membelinya secara tetap.[25] Pada 13 Ogos, beliau beraksi dalam perlawanan pertamanya pada musim ini dalam aksi pusingan ketiga Coppa Italia menentang Pescara.[26] Pada 27 Ogos, Bardi beraksi dalam perlawanan pertamanya di Serie B bersama Frosinone untuk membantu pasukannya mengatasi Virtus Entella 2-0.[27]

Tempoh pinjaman Bardi telah diperbaharui lagi pada 13 Julai 2017.[28][29]

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Bersama pasukan bawah-17 Itali, beliau telah menjadi penjaga gol simpanan pasukan dalam Kejohanan Eropah Bawah-17 2009 dan Piala Dunia B-17 2009. Pada 24 Mac 2011, beliau melakukan penampilan sulungnya untuk pasukan bawah-21 Itali dalam aksi persahabatan menentang Sweden.

Bardi telah mengambil bahagian dalam Kejohanan Eropah Bawah-21 2013 yang menyaksikan Itali dinobatkan sebagai naib-juara kejohanan. Jurulatih menyatakan bahawa sebab Mattia Perin digugurkan daripada pasukan bawah-21 untuk mengelakkan persaingan antara penjaga gol utama dan simpanan.[30] Bardi telah beraksi sebagai barisan kesebelasan utama Itali yang bertanding di Kejohanan Eropah Bawah-21 2015.

Statistik kerjaya[sunting | sunting sumber]

Sehingga 20 Jun 2020.[31]
Kelab Musim Liga Piala[a] Eropah Lain Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Itali Livorno 2009–10 1 0 0 0 1 0
2010–11 0 0 0 0 0 0
2011–12 34 0 1 0 35 0
Itali Novara 2012–13 37 0 1 0 2[b] 0 40 0
Itali Livorno 2013–14 35 0 0 0 35 0
Jumlah di Livorno 70 0 1 0 71 0
Itali Chievo 2014–15 10 0 1 0 11 0
Sepanyol Espanyol 2015–16 0 0 2 0 2 0
Itali Frosinone 2015–16 2 0 0 0 2 0
2016–17 39 0 1 0 2[b] 0 42 0
2017–18 25 0 0 0 25 0
2018–19 3 0 0 0 3 0
2019–20 27 0 2 0 29 0
Jumlah 96 0 3 0 2 0 101 0
Jumlah kerjaya 211 0 8 0 4 0 223 0
  1. ^ Termasuk Coppa Italia dan Copa del Rey.
  2. ^ a b Penampilan di play-off liga

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Game report by ESPN
  2. ^ "Transfer news: Bardi and Mannini join the Primavera". FC Internazionale Milano. inter.it. 3 January 2011. Dicapai pada 7 August 2011.
  3. ^ F.C. Internazionale Milano S.p.A. bilancio (financial report and accounts) on 30 June 2011 (in Italian) Require purchase in CCIAA
  4. ^ "Simone Dell'Agnello nuovo acquisto del Livorno Calcio". AS Livorno Calcio (dalam bahasa Italian). 3 July 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 March 2012. Dicapai pada 19 September 2011.CS1 maint: unrecognized language (link)
  5. ^ F.C. Internazionale Milano S.p.A. bilancio (financial report and accounts) on 30 June 2012 (in Italian) Require purchase in CCIAA
  6. ^ "Transfer market: Francesco Bardi joins Livorno". FC Internazionale Milano. inter.it. 3 August 2011. Dicapai pada 7 August 2011.
  7. ^ A.S. Livorno Calcio S.p.A. bilancio (Report and Accounts) on 31 December 2012 (in Italian)
  8. ^ "Transfers: Bardi and Alborno move to Novara". FC Internazionale Milano. inter.it. 14 July 2012. Dicapai pada 17 July 2012.
  9. ^ "Tre nuovi arrivi nel Livorno Calcio" (dalam bahasa Italian). A.S. Livorno Calcio. 9 July 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 July 2013. Dicapai pada 10 July 2013.CS1 maint: unrecognized language (link)
  10. ^ "Ufficiale: Francesco Bardi al ChievoVerona!" (dalam bahasa Italian). A.C. ChievoVerona. 5 July 2014. Dicapai pada 5 July 2014.CS1 maint: unrecognized language (link)
  11. ^ "Pescara vs. Chievo - 22 August 2014 - Soccerway". uk.soccerway.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2017-10-23.
  12. ^ "Chievo vs. Juventus - 30 August 2014 - Soccerway". uk.soccerway.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2017-10-23.
  13. ^ "Napoli vs. Chievo - 14 September 2014 - Soccerway". uk.soccerway.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2017-10-23.
  14. ^ "Chievo vs. Genoa - 26 October 2014 - Soccerway". uk.soccerway.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2017-10-23.
  15. ^ "Bizzarri, elisir di lunga vita al Chievo". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-10-23. Dicapai pada 2017-10-23.
  16. ^ "Torino vs. Chievo - 17 May 2015 - Soccerway". uk.soccerway.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2017-10-23.
  17. ^ "Italy - F. Bardi - Profile with news, career statistics and history - Soccerway". uk.soccerway.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2017-10-23.
  18. ^ "Inter, Bardi all'Espanyol: ora è ufficiale". La Gazzetta dello Sport - Tutto il rosa della vita (dalam bahasa Itali). Dicapai pada 2017-10-23.
  19. ^ "Levante vs. Espanyol - 3 December 2015 - Soccerway". uk.soccerway.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2017-10-23.
  20. ^ "Espanyol vs. Barcelona - 13 January 2016 - Soccerway". uk.soccerway.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2017-10-23.
  21. ^ "BARDI AL FROSINONE" (dalam bahasa Italian). Frosinone Calcio. 28 January 2016. Dicapai pada 1 February 2016.CS1 maint: unrecognized language (link)
  22. ^ "Milan vs. Frosinone - 1 May 2016 - Soccerway". uk.soccerway.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2017-10-23.
  23. ^ "Milan-Frosinone, le pagelle. Donnarumma stecca: 5. Bardi super: 7,5". La Gazzetta dello Sport - Tutto il rosa della vita (dalam bahasa Itali). Dicapai pada 2017-10-23.
  24. ^ "Frosinone vs. Sassuolo - 8 May 2016 - Soccerway". uk.soccerway.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2017-10-23.
  25. ^ "Francesco Bardi to Frosinone" (Siaran akhbar). F.C. Internazionale Milano. 4 July 2016. Dicapai pada 4 July 2016.
  26. ^ "Pescara vs. Frosinone - 13 August 2016 - Soccerway". uk.soccerway.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2017-10-23.
  27. ^ "Frosinone vs. Virtus Entella - 27 August 2016 - Soccerway". uk.soccerway.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2017-10-23.
  28. ^ "FRANCESCO BARDI AL FROSINONE" (Siaran akhbar) (dalam bahasa Italian). F.C. Internazionale Milano. 17 July 2017. Dicapai pada 24 September 2017.CS1 maint: unrecognized language (link)
  29. ^ "ECCO BARDI E IL FROSINONE CHIUDE LA PORTA" (Siaran akhbar) (dalam bahasa Italian). Frosinone Calcio. 13 July 2017. Dicapai pada 24 September 2017.CS1 maint: unrecognized language (link)
  30. ^ "Mangia explains Perin snub". Football Italia. 22 May 2013. Dicapai pada 2 July 2013.
  31. ^ Biodata Francesco Bardi di Soccerway

Pautan luar[sunting | sunting sumber]