Francisco Pizarro

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Potret Francisco Pizarro

Francisco Pizarro, atau nama penuhnya, Francisco Pizarro González (sekitar 1471 atau 1476 – 26 Jun 1541) ialah seorang konkuistador Sepanyol yang menawan Empayar Inca.

Pizarro González dilahirkan di Trujillo, Sepanyol, anak luar nikah Gonzalo Pizarro, seorang kolonel infantri, dan Francisca González, seorang wanita miskin. Tarikh lahirnya sebenar tidak dapat dipastikan akan tetapi dipercayai beliau dilahirkan pada lebih kurang tahun 1470-an, berkemungkinan tahun 1471. Beliau tidak diberi pendidikan dan buta huruf.[1] Pada 10 November 1509, Pizarro belayar dari Sepanyol ke Dunia Baru bersama-sama Alonzo de Ojeda dalam sebuah ekspedisi ke Urabí. Beliau belayar ke Cartagena, Sepanyol dan menyertai armada Martín Fernández de Enciso, dan, pada tahun 1513, beliau mengikut Balboa ke Lautan Pasifik.[2] Pada tahun 1514, beliau mendapat sokongan Pedrarias Dávila, gabenor Castilla de Oro, dan mendapat jawatan datuk bandar dan majistret Kota panama sebagai habuan peranannya dalam penangkapan Balboa. Beliau berkhidmat dari tahun 1519 hingga 1523.

Laporan-laporan tentang kekayaan Peru dan kejayaan Cortes di Mexico menarik perhatian Pizarro dan beliau membuat dua ekspedisi untuk menawan Empayar Inca pada tahun 1524 dan 1526. kedua-dua percubaan gagal disebabkan tentangan orang tempatan, cuaca buruk dan ketiadaan bekalan. Pada bulan April 1528, Pizarro tiba di Peru utara dan mendapati orang natif kaya dengan logam-logam berharga. Penemuan ini mendorong Pizarro untuk merancang ekspedisi ketiga. Mahupun Gabenor tidak memberinya kebenaran, Pizarro berjaya mendapat bukan sahaja lesen, malah kuasa terhadap tanah rampasan daripada Raja Charles I. Ekspedisi meninggalkan Panama pada tahun 1530.

Apabila orang natif mengancam ekspedisi, Pizarro bergerak ke darat dan mengasaskan penempatan Sepanyol pertama di Peru, San Miguel de Piura. Inca Atahualpa enggan menerima kehadiran Sepanyol di dalam negaranya akan tetapi ditawan (dan kemudiannya dihukum bunuh) semasa Pertempuran Cajamarca pada 16 November 1532.

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Francisco Pizarro". The Catholic Encyclopedia. Retrieved 11 January 2012.
  2. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan CE tidak disediakan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  •  Camillus Crivelli (1913). "Francisco Pizarro". Catholic Encyclopedia. New York: Robert Appleton Company.
  • "Pizarro, Francisco" . Appletons' Cyclopædia of American Biography (dalam bahasa Inggeris). 1900.
  • public domain Ripley, George; Dana, Charles A., penyunting (1879). The American Cyclopædia. Missing or empty |title= (bantuan)
  • PBS Special: Conquistadors — Pizarro and the conquest of the Incas
  • The Conquest of the Incas by Pizarro - UC Press
  • The European Voyages of Exploration Diarkibkan 2009-07-06 di Portuguese Web Archive
  • "Francisco Pizarro", February 1992, National Geographic
  • Relacion de los primeros descubrimientos de Francisco Pizarro y Diego de Almagro, 1526 In Spanish. BlokNOT (A. Skromnitsky). 2009-10-09. Colleccion de documentos ineditos para la historia de Espana. Tomo V. — Madrid, 1844