Franky Vandendriessche

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Francky Vandendriessche
Maklumat peribadi
Nama penuh Franck Vandendriessche
Tarikh lahir (1971-04-07) 7 April 1971 (umur 53)
Tempat lahir Waregem, Belgium
Ketinggian 1.87 m (6 ka ​1 58 in)
Posisi permainan Penjaga gol
Kerjaya remaja
1979–1990 KSV Waregem
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1991–1998 KSV Waregem 152 (0)
1998–2005 Excelsior Mouscron 199 (0)
2005–2007 Cercle Brugge 58 (0)
Jumlah 409 (0)
Pasukan kebangsaan
2002–2003 Belgium 1 (0)
Pasukan diurus
2007–2009 Excelsior Mouscron (jurulatih penjaga gol)
2009 Belgium (jurulatih penjaga gol)
2009–2011 RAEC Mons (jurulatih penjaga gol)
2011– K.V. Kortrijk (jurulatih penjaga gol)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik

Franck "Francky" Vandendriessche (lahir 7 April 1971) merupakan bekas pemain bola sepak Belgium yang bermain di posisi penjaga gol.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Antara kelab-kelab Vandendriessche ialah K.S.V. Waregem dan Cercle Brugge.

Vandendriessche hanya bermain satu perlawanan untuk pasukan kebangsaan Belgium iaitu menentang Croatia disebabkan Geert De Vlieger dan Frédéric Herpoel mengalami kecederaan. Belgium tewas pada perlawanan itu 4-0. Beliau juga merupakan pemain yang termasuk dalam skuad Piala Dunia FIFA 2002.

Kerjaya jurulatih[sunting | sunting sumber]

Selepas menghabiskan karier bola sepaknya, Vandendriessche menjadi seorang jurulatih penjaga gol untuk kelab lamanya, Mouscron. Tetapi disebabkan masalah kewangan yang dialami kelab itu, beliau membuat keputusan untuk berpindah ke RAEC Mons pada musim panas 2009.

Pada 10 Julai 2009, beliau menjadi jurulatih penjaga gol bagi pasukan kebangsaan Belgium tetapi dipecat pada 6 Oktober 2009. Pada Mei 2011, beliau menjadi jurulatih penjaga gol di KV Kortrijk.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]