Frappuccino

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Frappuccino
JenisMinuman kopi campuran
PengeluarStarbucks
Negara asalAmerika Syarikat
Wilayah asalMassachusetts[1]
Diperkenalkan1995
WarnaBiasanya perang atau putih, tetapi bisa juga didapati dalam pelbagai warna
Produk berkaitankopi ais, susu kocak

Frappuccino ialah sejenis minuman kopi campuran sejuk bertanda dagang milik Starbucks Corporation. Ia terdiri daripada suatu asas kopi atau crème yang dicampur dengan ais atau bahan lain seperti krim putar atau sos pelbagai perisa.

Asal-usul[sunting | sunting sumber]

Nama frappuccino menggabungkan istilah "frappe", suatu perkataan bahasa Inggeris New England merujuk kepada susu kocak yang dicampur dengan aiskrim, dan cappuccino, sejenis kopi espresso yang dicampur bersama susu yang membusa. Istilah ini ditandadagangkan di kota Boston, Massachusetts[1][2] di mana "frappe" (disebut "frap", pinjaman istilah bahasa Perancis frappé[3]) merujuk kepada suatu susu kocak pekat dicampur dengan aiskrim.[2]

Minuman ini datangnya daripada syarikat francais The Coffee Connection di timur negeri Massachusetts hasil ciptaan Andrew Frank, seorang pekerja di kedai kopi tersebut.[2] Syarikat ini dibeli Starbucks pada tahun 1994 seterusnya memperolehi hak menggunakan, memiliki serta menjual minuman tersebut.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Machlin, Sherri (2011). American Food by the Decades. Santa Barbara, CA: Greenwood. m/s. 229. Dicapai pada 7 Ogos 2016.
  2. ^ a b c d Nanos, Janelle (7 Disember 2012). "The Story of the Frappuccino: How a chilly coffee drink became a billion dollar behemoth". Boston Magazine. Dicapai pada 30 Oktober 2013.
  3. ^ Online Etymology Dictionary - Frappe. Retrieved 2015-03-26.