Freeview (UK)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Freeview
(DTV Services Ltd)
Jenis/bentuk sahSyarikat promosi televisyen terestrial digital bersiaran percuma
IndustriMedia
Ditubuhkan2002
Ibu pejabatUnited Kingdom London
Kawasan perkhidmatanBritish Islands Sunting ini di Wikidata
Tokoh pentingIlse Howling (Pengarah Pengurusan)
KeluaranKelengkapan penerimaan saluran televisyen terestrial digital percuma
HasilBukan untung
PemilikDTV Services Ltd Sunting ini di Wikidata
Tapak webwww.freeview.co.uk
Twitter: freeviewtv Instagram: freeviewtv Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

DTV Services, yang berdagang dengan jenama Freeview, ialah nama bagi sekumpulan perkhidmatan siaran percuma pada platform televisyen terestrial digital di UK. Perkhidmatan ini dikelola oleh lima pemegang saham sama rata, iaitu BBC, ITV, Channel 4, Sky dan pengendali pemancar Arqiva. DTV Services direka untuk memasarkan perubahan pada platform digital. Dalam usahasama bersama Digital TV Group, DTV Services bertanggungjawab atas penentuan pemasaran seperti jenama PVR Freeview+, dan perkhidmatan saluran definisi tinggi Freeview HD.

Penerimaan DTT (hijau) oleh semua jenis peti TV (2006-2009). Sumber: Ofcom

Freeview dirasmikan pada 30 October 2002, 5 pagi apabila pihak BBC dan Crown Castle (kini Arqiva) secara rasminya mengambil alih lesen-lesen televisyen terestrial digital (DTT) untuk bersiaran melalui tiga multipleks dari ITV Digital yang baru dibubarkan. Anggota-anggota pengasas DTV Services yang berdagang sebagai Freeview, ialah BBC, Crown Castle UK (kini sebahagian Arqiva) dan British Sky Broadcasting. Pada 11 Oktober 2005, ITV plc dan Channel 4 menjadi pemegang saham sama rata. Semenjak itu, model Freeview sudah dicontohi di beberapa negara lain termasuk Australia, New Zealand, Perancis dan Itali.

Kos perkhidmatan[sunting | sunting sumber]

Freeview tidak menawarkan apa-apa saluran sendiri, usaha-usaha promosinya tidak meliputo saluran premium atau pay-per-view kendalian anggota DTV Services, dan tiadanya juga saluran langganan. Namanya sendiri membezakannya dari perkhidmatan TV digital ITV Digital, kabel dan satelit. Untuk menerima perkhidmatan yang dipromosikan oleh Freeview, sebuah kotak atas set (semurah £15) atau peti televisyen baru yang dipasang penala digital bersepadu diperlukan. Kad penerimaan DTT bagi komputer juga terdapat pada harga yang lebih kurang sama. Sesetengah penonton memerlukan peningkatan aerial yang menelan kos £80 hingga £180.[1] Selain itu, diwajibkan juga lesen televisyen tahunan bagi semua penonton televisyen di UK, tanpa mengira kaedah penerimaannya.[2]

Perkhidmatan DTT berlangganan Top Up TV yang dilancarkan pada Mac 2004, menggunakan ruang saluran yang tidak terpakai dalam multipleks yang pernah dimiliki oleh pihak-pihak yang ketika itu belum menganggotai konsortium Freeview. Perkhidmatan Top Up TV tidak digabungkan dengan perkhidmatan Freeview; sebaliknya sekadar berkongsi platform DTT dengan Freeview.

Freeview+[sunting | sunting sumber]

Freeview+ ialah jenama pengguna untuk spesifikasi perakam terestrial digital yang digariskan oleh Digital TV Group, direka untuk "menyedarkan pengguna dan mempromosikan jualan perakam video digital yang boleh menerima Freeview". Hanya perakam terestrial digital berkelulusan (PVR, DVR dan DTR) yang memenuhi syarat-syarat mutu dan kefungsian yang ditetapkan dibenarkan berlogo Freeview+ demi kebaikan pemasaran bersama dan keyakinan pengguna.

Senarai saluran[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Frequently Asked Questions". Confederation of Aerial Industries Ltd. Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-06-25. Dicapai pada 2006-06-22.
  2. ^ "TV Licensing - TV Licence Information". Dicapai pada 2007-05-04.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]