Freshies

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Freshies
Berasal dariKuala Lumpur, Malaysia
GenrePop, R&B
Tahun aktif1992–1997
Syarikat rakaman
BMG Music Pacific
Bekas ahliIna
Ejie
Melor
Shima

Freshies merupakan sebuah kumpulan pop/rap wanita Malaysia, ditubuhkan pada 1992. Kumpulan ini meraih kejayaan dalam tempoh singkat antara 1992 dan 1997. Sebagaimana kumpulan-kumpulan wanita pada masa itu, mereka membuat persembahan dengan diiringi gerakan tarian yang lincah di atas pentas.[1][2] Mereka membuat persembahan dengan menyanyi secara live tanpa miming dan inilah kelebihan utama Kumpulan Freshies berbanding kumpulan-kumpulan wanita lain yang muncul pada waktu itu.

Bagaimanapun, populariti kumpulan ini tidak kekal lama apabila mereka berpecah dan membawa haluan masing-masing pada tahun 1996 sebelum sempat merakamkan album ketiga.[3] Pada penghujung 1996, Ina dan Shima telah mencari haluan masing-masing. Shima menjadi pramugari MAS, Ina mengeluarkan album solo, Ejie telah mendirikan rumahtangga bersama bekas pasangannya yang berasal dari Perak di usia muda dan menarik diri dari kumpulan Freshies ketika itu,manakala Melor pula meneruskan kerjaya sebagai penyanyi profesional & menyertai kumpulan NRG di kelab tersohor di sekitar Malaysia dan Asia Tenggara .Faktor utama perpecahan mereka pada tahun 1996 ialah kerana keinginan memilih untuk membawa haluan sendiri dan bertukar kerjaya. Faktor lain yang menyebabkan perpecahan Freshies ialah apabila terlalu banyak komen negatif mengenai imej mereka berbanding keunggulan mutu muzik dan lagu yang ditampilkan. Kini masing-masing membawa haluan dan sudah berkahwin.

Ahli kumpulan[sunting | sunting sumber]

Kumpulan suara harmoni ini dianggotai oleh 4 orang wanita iaitu :

  • Mazlena binti Haji Morat (Ina)
  • Shaziena binti Wahid (Ejie)[4][5]
  • Melor binti Ulong Idris (Melor)
  • Noor Hasimah binti Abu Hassan (Shima)

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album studio[sunting | sunting sumber]

  • Freshies (1994)
  • Dua (1995)
  • Album kompilasi Raya
  • Album kompilasi Sony/Bmg

Lagu dan single[sunting | sunting sumber]

  • "Sakitnya Rindu"
  • "Cinta"
  • "Ku Tunggu Ku Rindu"

Trivia[sunting | sunting sumber]

  • Pada asalnya, anggota kumpulan Freshies merupakan penyanyi latar untuk kumpulan Wings sebelum menjadi artis.[6] Mereka juga merupakan penyanyi latar yang dibawa oleh Datuk M. Nasir sewaktu menyanyikan lagu Tanya Sama Itu Hud-Hud dan menjuarai persembahan terbaik & memenangi Anugerah Juara pada Anugerah Juara Lagu 1994.
  • Ina yang merupakan isteri kepada gitaris utama kumpulan Slam dan bekas anggota kumpulan Exists iaitu Shah nizam atau lebih di kenali sebagai Shah Slam. Ina kini juga merupakan surirumah dan ahli perniagaan sepenuh masa.
  • Melor pula merupakan adik perempuan bongsu kepada pemain bass legenda kumpulan Wings iaitu Eddie Wings. Setelah berpecah, Melor kemudiannya menyertai kumpulan NRG yang merantau di kelab2 terkemuka di Kuala Lumpur sehingga ke luar negara pada tahun 1996-2001.[7]Berkahwin pada 2001 & menetap di sabah, jakarta & kuala lumpur bersama bekas pasangannya yang berasal dari Sabah selama beberapa tahun.
  • Ejie dan Shima merupakan pasangan anak saudara dan ibu saudara.
  • Ejie pula telah muncul semula menyanyikan lagu Bisikan Arah ciptaan kenalan lamanya Abdul Khalid Din dalam rancangan Komposer. Lagu itu mendapat tempat ketiga.[8] Kini, Ejie telah berkahwin & menetap di Ipoh & Saudi Arabia bersama Suaminya Malcolm Bridges yang berasal dari United Kingdom.
  • Shima pula meneruskan kerjaya nyanyian yang diminati sejak kecil dengan menerbitkan album mini IMAYA - Dusta di bawah label Z&S Production.[9] Shima, yang kini bekerja di Singapura & suaminya Zul Yong Othman serta ahli keluarganya yang lain kini menetap di Johor Bahru, Johor.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Freshies Sakitnya Rindu
  2. ^ "Makin banyak artis berkumpulan muncul". Berita Harian. 25 Januari 1994. Dicapai pada 15 Oktober 2020.
  3. ^ "Freshies tetap rakam album". Harian Metro. 28 Mei 1996. Dicapai pada 8 Mac 2020.
  4. ^ Rifa & Ejie tidak patah semangat Utusan Online. 10/02/2008.
  5. ^ Ejie berhasrat mahu terus menyanyi Utusan Online. 28/04/1998.
  6. ^ Freshies bangga jadi penyanyi latar.
  7. ^ "NRG peka kehendak pengunjung". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-01-06. Dicapai pada 2018-01-06.
  8. ^ "Ejie berhasrat mahu terus menyanyi". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-01-06. Dicapai pada 2018-01-06.
  9. ^ IMAYA mencari pengedar Utusan Online. 14/06/2009.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]