Freshies

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Freshies (kumpulan muzik))
Jump to navigation Jump to search
Jangan dikelirukan dengan Fressies.
Bagi album studio eponim pertama kumpulan ini, lihat Freshies (album).
Freshies
Berasal dariKuala Lumpur, Malaysia
GenrePop, R&B
Tahun aktif1992–1996
Syarikat rakaman
BMG Music Pacific
Bekas ahliIna
Ejie
Melor
Shima

Freshies merupakan sebuah kumpulan pop wanita Malaysia, ditubuhkan pada tahun 1992. Kumpulan ini meraih kejayaan dalam tempoh singkat. Sebagaimana kumpulan-kumpulan wanita pada masa itu, mereka membuat persembahan dengan diiringi gerakan tarian lincah di atas pentas.[1]

Bagaimanapun, populariti kumpulan ini tidak kekal lama apabila mereka berpecah dan membawa haluan masing-masing pada tahun 1996. Antara faktor yang menyebabkan perpecahan Freshies ialah apabila terlalu banyak komen mengenai imej mereka berbanding mutu muzik dan lagu yang ditampilkan.

Ahli kumpulan[sunting | sunting sumber]

Kumpulan suara harmoni ini dianggotai oleh 4 orang wanita iaitu :

  • Mazlena binti Haji Morat (Ina)
  • Shaziena binti Wahid (Ejie)[2][3]
  • Melor binti Haji Ulong Idris (Melor)
  • Noor Hasimah binti Abu Hassan (Shima)

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album studio[sunting | sunting sumber]

Lagu dan single[sunting | sunting sumber]

  • "Sakitnya Rindu"
  • "Cinta"
  • "Ku Tunggu Ku Rindu"

Trivia[sunting | sunting sumber]

  • Pada asalnya, anggota kumpulan Freshies merupakan penyanyi latar untuk kumpulan Wings sebelum menjadi artis.[4] Mereka juga merupakan penyanyi latar yang dibawa oleh Datuk M. Nasir sewaktu menyanyikan lagu Tanya Sama Itu Hud-Hud pada Anugerah Juara Lagu 1994.
  • Penyanyi utamanya, Ina kini merupakan isteri kepada gitaris utama kumpulan Slam dan bekas anggota kumpulan Exists iaitu Shah.
  • Melor merupakan adik kepada pemain bass kumpulan Wings iaitu Eddie. Setelah berpecah, Melor kemudiannya menyertai kumpulan NRG pada tahun 2000.[5]
  • Ejie dan Shima merupakan pasangan anak saudara dan ibu saudara.
  • Ejie pula telah muncul semula menyanyikan lagu Bisikan Arah ciptaan kenalan lamanya Abdul Khalid Din dalam rancangan Komposer. Lagu itu mendapat tempat ketiga.[6]
  • Shima pula meneruskan kerjaya nyanyian yang diminati sejak kecil itu dengan menerbitkan album mini IMAYA - Dusta di bawah label Z&S Production.[7]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]