Tunjuk perasaan pelajar untuk perubahan iklim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Fridays For Future)
Tunjuk perasaan pelajar untuk perubahan iklkm
Fridays for Future
Sebahagian daripada gerakan perubahan iklim
Jumlah maksimum mogok sekolah mengikut negara:
  <1000 
  1000
  10000
  100000
  1000000+
TarikhSejak 20 Ogos 2018, kebanyakannya pada Jumaat, kadangkala pada Khamis, Sabtu atau Ahad
Lokasi
Antarabangsa
PuncaTindakan politik terhadap pemanasan sejagat
MatlamatMitigasi perubahan iklim
KaedahMogok pelajar
StatusAktif
Pihak terlibat
Belia
Tokoh dan pemimpin utama
Greta Thunberg dan ramai penganjur individu
Bilangan
1.4 juta (untuk 15 Mac 2019)
4 juta (untuk 20 September 2019)
2 juta (untuk 27 September 2019)
Laman web rasmi:
fridaysforfuture.org

Youth for Climate Strike atau Thunbergjugend[1] (Melayu: Tunjuk perasaan pelajar untuk perubahan iklim) merupakan tunjuk perasaan dari kalangan pelajar di seluruh dunia yang meminta pemimpin (dalam hal ini PBB) agar mengatasi perubahan iklim.[2] Untuk pelajar, mogok ini diadakan pada hari Jumaat, 27 September 2019 bersamaan dengan tunjuk perasaan perubahan iklim September 2019.

Tunjuk perasaan ini melibatkan sekitar lebih 1 juta belia[3] dari 150 negara.[4] Tunjuk perasaan dilaporkan dilakukan di New Zealand dan Australia.

Di New Zealand, 170 ribu pelajar[5] mogok sekolah dan turun ke jalan memprotes perubahan iklim dengan membawa sejumlah sepanduk berisikan protes mereka. [6]

Di Australia, ratusan ribu pelajar turun ke jalan bersama warga lain melakukan tunjuk perasaan perubahan iklim ini. Kedua-dua tindakan ini diilhamkan dari aktivis Sweden, Greta Thunberg yang berusia 16 tahun.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Põrgutee olevat sillutatud heade kavatsustega – see kehtib ka kliimavõitlejate puhul
  2. ^ Nursalikah, Ani. "Ribuan Pelajar di Dunia Minta Pemimpin Atasi Perubahan Iklim". Republika. Diakses tanggal 2019-10-25.
  3. ^ Yasinta, Veronika. "Murid Sekolah di Seluruh Dunia Kembali Gelar Unjuk Rasa Perubahan Iklim". Kompas. Diakses tanggal 2019-10-25.
  4. ^ Esposito, Brendan. "Ratusan Ribu Warga dan Pelajar Australia Turun ke Jalan Protes Perubahan Iklim". Detik (diperoleh dari ABC News Australia). Diakses tanggal 2019-10-25.
  5. ^ Perubahan Iklim, Ribuan Pelajar di Selandia Unjuk Rasa Lagi. Tempo. Diakses tanggal 2019-10-25.
  6. ^ Hatta, Raden Trimutia. Mogok Sekolah, Pelajar Selandia Baru Suarakan Darurat Iklim. Liputan6. Diakses tanggal 2019-09-25.