Pergi ke kandungan

Friedrich Robert Faehlmann

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Friedrich R. Faehlmann.

Friedrich Robert Faehlmann (Fählmann) (31 Disember 1798 di Ao, Kreis Jerwen, Kegabenoran Estonia – 22 April 1850 di Tartu) ialah seorang penulis, doktor perubatan, dan ahli bahasa Estonia. Beliau merupakan salah seorang pengasas Persatuan Ilmiah Esotnia dan pernah menjadi presidennya dari 1843 hingga 1850.

Faehlmann dilahirkan pada 1798 di manor Ao (sekarang dalam Paroki Väike-Maarja), di mana bapanya bekerja sebagai pengurus estet. Beliau menamatkan pengajian perubatan di Universiti Tartu pada 1825 dan memperoleh ijazah doktor perubatan pada 1827, seterusnya menjadi doktor am di Tartu. Beliau juga mengajar bahasa Estonia di universiti antara 1842–1850.

Pada 1820-an, Faehlmann mula mengkaji budaya Estonia dan pada 1838 menjadi pengasas bersama Persatuan Ilmiah Estonia. Beliau menumpukan perhatian kepada cerita rakyat Estonia, termasuk merakam kisah-kisah tentang Kalevipoeg. Selepas kematiannya, seorang Estofil lain, Friedrich Reinhold Kreutzwald menyusun kisah-kisah tersebut menjadi epik kebangsaan Estonia.

Pada 1840, cerita Faehlmann bertajuk Koit ja Hämarik (Fajar dan Senja) diterbitkan buat kali pertama. Beliau meninggal dunia pada 22 April 1850 akibat tuberkulosis di Tartu.

Pada 1930, sebuah bust gangsa (dikukir oleh V. Mellik) dipasang di Tartu.[1] Pada 1938, beliau turut dipaparkan pada setem 5 dan 25 sen yang dikeluarkan oleh Estonia.[2] Pada 1998, Pos Estonia mengeluarkan tanda pos untuk memperingati ulang tahun ke-200 kelahirannya.[3][4]

  1. Friedrich Robert Faehlmann monument Diarkibkan 2007-10-23 di Wayback Machine
  2. Feller, Glenn H. (March 29, 1938). "Stamps in the News". The Patriot-News. Harrisburg, PA. m/s. 10. Dicapai pada March 18, 2025 melalui Newspapers.com. penerbitan akses terbuka - percuma untuk dibaca
  3. Friedrich Robert Faehlmann 200th anniversary of birth
  4. "Birth Bicentenary of Friedrich Robert Faehlmann". home.nestor.minsk.by. Dicapai pada 2024-12-13.

Penerbitan

[sunting | sunting sumber]
  • M.D. dissertation "Observationes inflammationum occultiorum" (1827)
  • "Versuch einer neuen Anordnung der Conjunctionen in der estnischen Sprache" (1842)
  • "Ueber die Declination der estnischen Nomina" (1844)
  • "Die Ruhrepidemie in Dorpat im Herbst 1846" (1846)
  • "Verhandlungen der Gelehrten estnischen Gesellschaft" (1852)

Bacaan tambahan

[sunting | sunting sumber]