Frigat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Friget layar
Surcouf, sebuah frigat daripada kelas La Fayette milik Tentera Laut Perancis

Frigat (dalam Bahasa Inggeris disebut /ˈfrɪɡɨt/) ialah sejenis kapal perang yang biasa digunakan oleh banyak tentera laut sejagat. Istilah ini digunakan bagi merujuk kapal perang pelbagai saiz dan peranan sejak beberapa kurun dahulu.

Pada kurun ke-18, istilah ini merujuk kepada kapal yang memiliki panjang yang sama dengan ship-of-the-line dan layar bersegi empat pada kesemua tiga tiang layarnya (layar penuh), tetapi lebih laju dan memiliki persenjataan yang lebih ringan. Ia digunakan bagi tujuan rondaan dan pengiring. Dalam kebanyakan kes, frigat memiliki hanya satu dek persenjataan, sementara ships-of-the-line pula mempunyai dek meriam yang lebih banyak.

Pada akhir kurun ke-19 (dengan mula pembinaan kira-kira 1,858 prototaip oleh Tentera Laut Diraja Britain dan Tentera Laut Perancis), frigat berperisai menjadi sejenis kapal perang berperisai (ironclad) yang paling berkuasa pada masa itu.

Dalam tentera laut moden, frigat digunakan bagi melindungi kapal-kapal perang dan dagang lain, terutamanya sebagai penempur peperangan anti-kapal selam (ASW) bagi pasukan penjelajahan amfibia, kumpulan bantuan dan konvoi dagang. Bagaimanapun, kapal yang dipanggil sebagai "frigat" juga lebih menyerupai korvet, pembinasa, penjajap dan juga kapal tempur.

Pangkat Kapten Frigat terbit daripada nama jenis kapal ini.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]