Frigat kelas Horizon

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Frigat Kelas Horizon)
Pembinasa Perancis, Forbin, kapal sulung dari kelas-Horizon
Ringkasan kelas
Nama: Kelas Horizon
Pembina: Horizon Sas (DCN, Thales, Fincantieri, Finmeccanica – Leonardo-Finmeccanica sejak 2016), Leonardo sejak 2017
Pengguna:
Didahului oleh:
Kos:
Dibina: 2002–2007
Dalam perkhidmatan: 2008
Ditauliahkan: 2007
Dirancang: 8
Disiapkan: 4
Dibatalkan: 4
Aktif: 4
Ciri-ciri umum
Jenis: Frigat
Sesaran:
  • 7,050 t (6,940 long ton; 7,770 short ton), muatan penuh[2]
  • 5.290 t (5.206 long ton; 5.831 short ton), sesaran ringan
Panjang:
  • 152.87 m (501 ka 7 in) LOA
  • 141.7 m (465 ka) LPP
Lunas: 20.3 m (67 ka)
Draught:
  • 5.4 m (18 ka)
  • kedalaman 11.8 m (39 ka)
Jana kuasa:
Halaju: Lebih daripada 29 knot (54 km/j; 33 mph)[3]
Jarak:
  • 6,100 batu nautika (11,000 km) at 18 kn (33 km/j)
  • 3,500 nmi (6,480 km) at 25 knot (46 km/j)
Anak kapal: Itali: 255 orang dalam sususan 1, 2 or 4 katil untuk kabin
Krew: Itali: 236 orang, yang mana: 195 krew tetap + 13 staf penerbangan + 18 lain-lain
Sistem penderia dan
pemprosesan:
Peperangan elektronik
& pengumpan:
  • Elettronica Spa 4100 Nettuno
  • SIGEN EW
  • 2 × sistem penlancaran pengumpan OTO Melara ODLS-H
  • 2 × sistem anti torpedo SLAT
Persenjataan:
Pesawat yang dibawa: 1 × AW-101 atau SH90A
Kemudahan penerbangan:
  • Dek penerbangan, 24.8 m × 16.0 m (81.4 ka × 52.5 ka)
  • Hangar untuk sebuah AW-101 atau NH90 Caïman

Kelas Horizon merujuk pada sebuah kelas kapal pembinasa pertahanan udara yang kini berada dalam perkhidmatan dalam Tentera Laut Perancis [7] dan Tentera Laut Itali, dengan designasi sebagai sebuah kapal pembinasa mengikut penggelasan NATO. Program ini bermula sebagai Frigat Generasi Baharu Umum (CNGF), sebuah kerjasama pelbagai negara untuk mengeluarkan sebuah frigat pertahanan udara generasi baharu. Di Itali, kelas ini dikenalis sebagai kelas-Orizzonte, yang mana bermaksud "horizon" (kaki langit) dalam bahasa Perancis dan Inggeris. UK kemudian menyertai Itali dan Perancis dalam program frigat kelas-Horizon;[8] Bagaimanapun, perbezaan keperluan negara, pertikaian agihan kerja dan kelewatan mengakibatkan UK menarik diri pada 26 April 1999 dan memulakan projek negaranya sendiri, pembinasa Type 45.[9]

Frigat pelbagai guna FREMM telah dibina menggunakan struktur syarikat sama seperti projek Horizon.

Pembangunan[sunting | sunting sumber]

Perancis, Itali dan UK telah mengeluarkan satu keperluan bersama pada tahun 1992 selepas kegagalan projek Penggantian Frigat NATO untuk 90 (NFR-90). Pada Julai 1993, tiga buah negara ini menandatangani sebuah Memorandum Persefahaman untuk sebuah Frigat Frigat Generasi Baharu Umum (CNGF).[10] Kapal dalam kelas ini akan dipersenjatai dengan Principal Anti Air Missile System (PAAMS). UK berniat untuk membeli 12 buah kapal bagi mengantikan kapal pembinasa Type 42. Perancis pula akan membeli 4 buah kapal bagi mengantikan kelas Suffren dan Itali pula akan membeli 6 buah kapal bagi mengantikan kelas-Andrea Doria dan Audace.[11]

Masalah-masalah mula timbul hampir serta merta: masalah utama adalah perbezaan keperluan: Perancis mahukan sebuah kapal pengiring peperangan anti pesawat (AAW) untuk kapal pengangkut pesawatnya, tetapi hanya jarak yang terhad sudah memadai di sebabkan keupayaan pertahanan diri yang terdapat pada Charles de Gaulle Perancis. Itala juga hanya memerlukan keupayaan jarak dekat, ekoran kawasan perairannya di sekitar Laut Mediterranean. Kapal-kapal yang beroperasi dalam Tentera Udara Itali boleh melindungi atau mengiringi kapal pengangkut pesawat Cavour. Bagaimanapun Tentera Laut Diraja, memerlukan sebuah kapal yang lebih berupaya yang boleh memberi "gelembung" pertahanan yang besar ke atas armada laut yang beroperasi di kawasan bergolak.[12] Kompromi yang dibuat banyak menyelesaikan masalah ini seperti penerimaan sebuah antaramuka radar yang membenarkan Itali dan Perancis untuk memasang radar jujukan diimbas elektronik pasif fungsi-multi, EMPAR dan UK untuk memasang radar jujukan diimbas elektronik aktif yang lebih berupaya – radar SAMPSON yang mempunyai kadar data yang lebih tinggi dan adaptive beam yang membolehkan keupayaan yang lebih baik untuk menjejak sasaran berbilang, pengesan jarak jauh ke atas sasaranyang mempunyai keratan rentas rendah, kadar amaran palsu yang lebih rendah, dan ketepatan penjejakan keseluruhan yang lebih tinggi.[13]

Pada Mac 1996, persetujuan diperolehi bahawa pejabat PAAMS akan bertempat di Paris dan pejabat Projek Horizon akan berpangkalan di London. Pejabat di London akan bertanggungjawab untuk merekabentuk kapal, sistem arahan & kawalan dan persenjataan sekunder. UK juga bersetuju untuk menyumbang £100 juta bagi menghargai kerja-kerja pembangunan yang telah diselesaikan oleh Itali dan Perancis dalam PAAMS.[11] Kerja pembinaan akan dilakukan oleh DCN (Perancis), GEC-Marconi (UK) dan Orizzonte (Itali).[11]

Penarikan diri UK[sunting | sunting sumber]

Pada 26 April 1999, UK telah mengumumkan bahawa ia telah menarik diri daripada projek CNGF dan meneruskan rekabentuk negaranya sendiri. Pada ketika ini, projek CNGF telah lewat 5 tahun dari jadual.[14] Financial Times menyimpulkan pertikaian utama antara negara rakan kongsi:[15]

  • Saiz kapal - Seperti dinyatakan di atas, keperluan UK adalah berbeza dengan Itali dan Perancis. Satu persetujuan telah dicapai tetapi Financial Times telah melaporkan bahawa isu "tidak pernah selesai sepenuhnya."
  • Keupayaan - UK mahukan sebuah kapal dengan keupayaan kawasan luas berdasarkan pengalamannya dalam Perang Falklands.
  • Struktur industri - UK cuba menggunakan keperluannya yang tinggi untuk membina pengaruh; harapan UK untuk melihat Marconi dilantik sebagai kontraktor utama telah diterima oleh Perancis, tetapi sebagai balasan untuk DCN diberi peranan sebagai kontraktor utama bagi sistem pengurusan tempur. UK yang berharap agar sebuah konsortium yang diketuai oleh British Aerospace diberi peranan ini, telah menolak.

Ia mengakibatkan pembinasa Type 45 dipersenjatai dengan sistem peluru berpandu PAAMS dan mendapat manfaat daripada pelaburan dalam projek Horizon.

Projek Itali-Perancis[sunting | sunting sumber]

Caio Duilio Itali

Itali dan Perancis meneruskan kerjasama mereka dalam projek Horizon. Pada September 2000, dua buah negara telah menandatangani satu kontrak untuk secara bersama membina empat buah kapal yang dilengkapi sistem peluru berpandu PAAMS.[16] Tentera Laut Itali telah memesan dua buah kapal, Andrea Doria dan Caio Duilio, bagi mengantikan kelas-Audace. Andrea Doria telah diterima pada 22 Disember 2007 dan menerima panji Tentera Laut Itali. Keupayaan operasi penuh telah dicapai pada musim panas 2008. Tentera Laut Perancis juga memesan dua buah kapal, Forbin dan Chevalier Paul bagi mengantikan pengiring kapal pengangkut pesawat kelas-Suffren. Kos projek Perancis adalah €2.16bn (~AS$3bn) pada tahun 2009.[1] Tempahan dua buah kapal tambahan Horizon dibatalkan; sebaliknya dua buah kelas-Cassard akan digantikan oleh versi pertahanan udara FREDA dari frigat pelbagai peranan FREMM buatan Itali-Perancis. Perancis telah membeli 40 buah Aster 15 dan 80 buah Aster 30 untuk kapal-kapal mereka.[1] Bagi kapal-kapal milik Itali, tiga buah meriam akan dinaiktaraf ke versi Super Rapid Multi Feeding David/Strales 76 mm/62 dengan kapasiti untuk menggunakan projektil panduan DART dalam peranan anti peluru berpandu.[17]

Kapal-kapal dalam kelas[sunting | sunting sumber]

Nama Nombor
Pennant
Pembina Nombor
badan
Dibaringkan Dilancarkan Ditauliahkan Motto
Bendera tentera laut Perancis Tentera Laut Perancis
Forbin D620 DCNS
Lorient
4 April 2002 10 Mac 2005 Disember 2008 Opra Sac Di Sou Kraam
Chevalier Paul D621 23 Oktober 2003 12 Julai 2006 Jun 2009 Oser et Vaincre
Bendera tentera laut Itali Tentera Laut Itali
Andrea Doria D 553 Fincantieri
Riva Trigoso
dan Muggiano
(La Spezia)
6108 19 Julai 2002 15 Oktober 2005 22 Disember 2007 Altius Tendam
Caio Duilio D 554 6109 19 September 2003 23 Oktober 2007 3 April 2009 Nomen numen

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c "Projet de loi de finances pour 2013 : Défense : équipement des forces" (dalam bahasa Perancis). Senate of France. 22 November 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Mac 2013. Dicapai pada 1 Jun 2015.
  2. ^ "Project Horizon". Globalsecurity.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 September 2015. Dicapai pada 1 Jun 2015.
  3. ^ "Forbin (D620)" (dalam bahasa Perancis). Marine Nationale. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 Mei 2015. Dicapai pada 1 Jun 2015.
  4. ^ "Frégate Forbin" (dalam bahasa Perancis). Alabordache.fr. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Januari 2015. Dicapai pada 1 Jun 2015.
  5. ^ "Frégate Chevalier Paul" (dalam bahasa Perancis). Alabordache.fr. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Oktober 2014. Dicapai pada 1 Jun 2015.
  6. ^ "Narwhal : Deux nouveaux bâtiments français équipés". Jun 2018.
  7. ^ "La frégate Chevalier Paul, " bête de guerre " de la Marine nationale". Meretmarine (dalam bahasa Perancis). 30 November 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 April 2015. Dicapai pada 1 Jun 2015.
  8. ^ "Horizon Class". naval-technology.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Mac 2015. Dicapai pada 1 Jun 2015.
  9. ^ Nicoll, Alexander (27 April 1999). "National differences scupper frigate project". Financial Times.
  10. ^ "Project to build warship agreed". Financial Times. London. 17 Julai 1993.
  11. ^ a b c Gray, Bernard (23 Mac 1996). "Britain, France and Italy agree £7bn frigate deal". Financial Times. London.
  12. ^ Gray, Bernard (23 Mac 1996). "Eurofrigate planned for a new world of regional conflicts". Financial Times. London.
  13. ^ Dranidis, Dimitris V. (Mei 2003). "Backboards of the fleet: shipboard phased-array radars; a survey of requirements, technologies, and operational systems". Journal of Electronic Defense. 26 (5): 55.
  14. ^ Nicoll, Alexander; Owen, David (27 April 1999). "European warship project collapses as UK withdraws". Financial Times. London.
  15. ^ Nicoll, Alexander (27 April 1999). "National differences scupper frigate project". Financial Times.
  16. ^ "France, Italy Sign Agreement To Design, Build Four Horizon Frigates". Defense Daily. 26 September 2000. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 September 2015. Dicapai pada 9 Ogos 2015 – melalui HighBeam Research.
  17. ^ "Strales Guidance System for 76mm and DART Ammunition" (PDF). OTO Melara. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 16 Ogos 2016. Dicapai pada 29 Julai 2016.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]