Frigat Kelas Formidable

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Frigat kelas Formidable)
Lompat ke: pandu arah, cari
RSS Steadfast in 2008
RSS Steadfast pada 2008
Gambaran keseluruhan kelas
Nama: Formidable
Pembina: DCNS, ST Engineering (Marine)
Pengguna: Bendera tentera laut Singapura Angkatan Laut Republik Singapura
Jumlah disiapkan: 6
Jumlah aktif: 6
Ciri-ciri
Sesaran: 3,200 tan
Panjang: 114.8 m (377 ft)
Lebar: 16.3 m (53 ft)
Draf: 6.0 m (19.7 ft)
Kuasa: 4 × penjana diesel ISM V1708, setiap satu menghasilkan 800 kW
Pendorongan: 4 × MTU 20V 8000 M90, each rated at 8200 kW (CODAD)
Halaju: 27 knot (50 km/h) (maksimum)
18 knot (33 km/h) (meluncur)
Jarak: 4,200 nautical mile (8,000 km)
Kelengkapan: 70, (tidak termasuk krew udara seramai 15 orang)
Sistem penderia
dan pemprosesan:
Radar pencari: Radar pelbagai fungsi Thales Herakles
Radar navigasi: Terma Electronic Scanter 2001
Sonar: Sonar tundaan frekuensi rendah aktif (ALOFTS) EDO Model 980
Peperangan elektronik
dan umpan:
ESM: RAFAEL C-PEARL-M
Pengumpan: Sistem Dagaie Generasi Baru Sagem Défense Sécurité, 2 × hadapan, 1 × buritan.
Persenjataan: Anti-kapal: 8 × Boeing Harpoon
Anti-udara: MBDA Aster 15/30 dilancarkan dari DCNS Sylver A50 32 × sel VLS
Anti-kapal selam: EuroTorp torpedo A244/S Mod 3 dilancarkan dari 2 × B515 pelancar tiub berganda tiga dengan isian semula
Meriam utama: meriam Oto Melara 76 mm
Mesingan: 4 × mesingan berat CIS 50MG 12.7 mm
Pesawat dibawa: Helikopter laut Sikorsky S-70B
Kemudahan penerbangan: Dek penerbangan dan hangar tertutup bagi memuatkan sehingga dua buah helikopter pengangkutan sederhana
Nota: Kapal-kapal di dalam kelas ini adalah:
KRS Formidable (68)
KRS Intrepid (69)
KRS Steadfast (70)
KRS Tenacious (71)
KRS Stalwart (72)
KRS Supreme (73)

Kelas Formidable adalah merupakan sebuah frigat halimunan pelbagai peranan terkini yang memasuki perkhidmatan dengan Angkatan Laut Republik Singapura. Kelas ini merupakan terbitan daripada frigat Kelas La Fayette, sebuah frigat pelbagai misi yang digunakan oleh Tentera Laut Perancis.[1] Frigat kelas ini dianggap sebagai “penempur permukaan paling canggih di Asia Tenggara".[2] Enam buah kapal dari Kelas Formidable membentuk Skuadron 185 di dalam Angkatan Laut Republik Singapura.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pencarian bagi mengantikan bot peluru berpandu kelas Sea Wolf yang telah usang, yang mula memasuki perkhidmatan pada tahun 1972, bermula pada pertengahan tahun 1990-an. Amerika Syarikat, Sweden dan Perancis terlibat di dalam persaingan bagi mendapatkan kontrak.[3] Pada bulan Mac 2000, Kementerian Pertahanan telah menganugerahkan kontrak kepada DCNS untuk mereka dan membina enam buah frigat. Antara ciri-ciri utama kontrak adalah persetujuan perpindahan teknologi. Di bawah perjanjian, DCNS akan mereka dan membina frigat pertama di limbungannya di Lorient, Perancis manakala lima buah selebihnya akan dibina oleh Singapore Technologies (ST) Marine di limbungan Benoi, Singapura. Penyelenggaraan dan padanan semula akan dilakukan oleh ST Marine.

Pembinaan Formidable bermula pada akhir 2002, apabila ia dibaringkan di Lorient pada bulan November 2002.

Nama Nombor
pennant
Dilancarkan Ditauliahkan
RSS Formidable 68 7 Januari 2004 5 Mei 2007
RSS Intrepid 69 3 Julai 2004 5 Februari 2008
RSS Steadfast 70 28 Januari 2005 5 Februari 2008
RSS Tenacious 71 15 Julai 2005 5 Februari 2008
RSS Stalwart 72 9 Disember 2005 16 Januari 2009
RSS Supreme 73 9 Mei 2006 16 Januari 2009


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Formidable Frigate". DCNS. Dicapai pada 2007-05-28. 
  2. ^ Minnick, Wendell (2007-05-14). "Singapore's Navy Cruises Toward Blue-Water Force". Defence News. Army Times Publishing Company. 
  3. ^ Tay, Joo Lin (2007-05-26). "Formidable Voyage to Deliver First Stealth Frigate". The Straits Times. Singapore Press Holdings. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]