Frigat kelas Gepard

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kelas Gepard (Cheetah) adalah sebuah kelas frigat yang dibina oleh Rusia bagi mengantikan korvet kelas Koni, Grisha, dan Parchim.

Eksport[sunting | sunting sumber]

Kelas Gepard telah direka sebagai sebuah frigat eksport ringan dan tidak berkos tinggi. Rusia menawarkan tiga buah versi kepada pelanggan berpotensi iaitu:[1]

  • Gepard 3.9: direka untuk mencari, menjejak dan menentang ancaman permukaan, bawah air dan udara secara bebas atau dalam kumpulan tugas, menabur periuk api, memberi perlindungan dan meronda sempadan maritim negara serta zon ekonomi ekslusif, melakukan misi tempur, dan rondaan. Ia dijana oleh enjin turbin gas dalam konfigurasi CODOG. Versi ini juga dipasang dengan dua set pelancar yang membawa lapan peluru berpandu anti kapal, Kh-35 dengan keupayaan untuk diserasikan dengan sistem VLS seperti UKSK (untuk peluru berpandu krus seperti Club-N dan Yakhont) dan sistem pertahanan udara Shtil-1.[2] Vietnam merupakan satu-satunya pelanggan eksport.
  • Gepard 5.1: dikonfigurasikan sebagai sebuah kapal peronda luar pantai. Bertujuan untuk meronda sempadan perairan negara, membantu untuk mengurangkan tegangan di laut, melindungi alam sekitar, menyokong misi-misi marin dan demonstrasi bendera di kawasan kepentingan negara. Boleh dipasang dengan "senjata berat" jika perlu. Dijana oleh enjin diesel dengan sistem pendorongan CODAD dua aci.[3]
  • Gepard 5.3: direka untuk menari, menjejak dan menentang ancaman permukaan, bawah air dan udara secara bebas atau dalam kumpulan tugas, melaksanakan misi-misi konvoi dan rondaan, mengawal sempadan maritim negara dan zon ekonomi ekslusif. Dipasang dengan empat buah pelancar berkembar empat untuk membawa 16 peluru berpandu anti kapal, Kh-35. Dijana oleh sistem pendorongan CODAD dengan dua aci.[4]

Vietnam[sunting | sunting sumber]

Antara Mac hingga Ogos 2011, Tentera Laut Rakyat Vietnam telah menerima dua buah kapal frigat Gepard 3.9 yang dipesan pada tahun 2006, yang dibina oleh Limbungan Kapal Gorky, Tatarstan Rusia. Pada akhir tahun 2011, Vietnam telah menandatangani satu kontrak untuk tambahan dua buah kapal dalam konfigurasi anti kapal selam.[5] Tambahan dua buah kapal lagi sedang dipertimbangkan untuk menjadikan jumlahnya sehingga enam buah kapal.[6][7][8]

Sri Lanka[sunting | sunting sumber]

Sri Lanka memulakan rundingan pembelian kredit sebuah frigat Gepard 5.1 pada tahun 2017 dan kabinet Sri Lanka telah meluluskan cadangan oleh Presiden Maithripala Sirisena untuk pembelian ini pada bulan September 2017.[9]

Sejarah perkhidmatan[sunting | sunting sumber]

Pada Oktober 2015, Dagestan, dengan tiga buah kapal Tentera Laut Rusia lain yang berkhidmat dalam Flotila Kaspia, telah melancarkan beberapa peluru berpandu krus ke atas sasaran-sasaran di Syria. Peluru berpandu ini terbang hampir 1,500 kilometer (930 bt) di ruang angkasa Iran dan Iraq dan menghentam sasaran di wilayah Raqqa dan Aleppo (dikawal oleh ISIS) selain wilayah Idlib (dikawal oleh sekutu al-Qaeda, Barisan Nusra).[10] Pasukan bersenjata Peshmerga (angkatan bersenjata Kurdish bertempat di utara Iraq) telah menyiarkan sebuah video yang didakwa menggambarkan dua buah peluru berpandu krus sedang terbang ke Syria.[11]

Kapal-kapal dalam kelas[sunting | sunting sumber]

No. Nama Nama serupa Designasi projek Pembina Dibaringkan Dilancarkan Ditauliahkan Armada Status
Tentera Laut Rusia (2)
691 Tatarstan
(bekas-Yastreb)
Republik Tatarstan 11661 Zelenodolsk Shipyard 1993 2 Julai 2001 31 Ogos 2003 Kaspia Aktif
693 Dagestan
(bekas-Albatros)
Republik Dagestan 11661K 1994 1 April 2011[12] 28 November 2012[13] Aktif
Tentera Laut Rakyat Vietnam (4+2)
011 Dinh Tien Hoang Đinh Tiên Hoàng 11661E (Gepard 3.9) Batch I Zelenodolsk Shipyard 10 Julai 2007 12 Disember 2010 [14] 23 Mac 2011 [15] Wilayah Laut 4 Aktif
012 Ly Thai To Lý Thái Tổ 27 November 2007 16 Mac 2011[perlu rujukan] 22 Ogos 2011 [16] Aktif
015 Tran Hung Dao Trần Hưng Đạo 11661E (Gepard 3.9) Batch II 24 September 2013[17] 27 April 2016[18] 6 Februari 2018 Aktif[19]
016 Quang Trung Quang Trung 24 September 2013[17] 26 Mei 2016 6 Februari 2018 Aktif[20]
- - - 11661E (Gepard 3.9) Batch III - - - - Dirancang[8]
- - - - - -

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Naval systems | Catalog Rosoboronexport". roe.ru. Dicapai pada 2021-11-29.
  2. ^ "Frigate (on the base of the project 11661 escort ship) Gepard 3.9 | Catalog Rosoboronexport". roe.ru. Dicapai pada 2021-11-29.
  3. ^ "Frigate (on the base of the project 11661) Gepard 5.3 | Catalog Rosoboronexport". roe.ru. Dicapai pada 2021-11-29.
  4. ^ "Frigate (on the base of the project 11661) Gepard 5.3 | Catalog Rosoboronexport". roe.ru. Dicapai pada 2021-11-29.
  5. ^ "Vietnam Bought Second Batch of Russian Gepard-Class Frigates". rusnavy.com. 7 December 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 September 2014. Dicapai pada 9 October 2015.
  6. ^ Pike, John (21 August 2014). "Project 1166.1 Gepard class". Globalsecurity.org. Dicapai pada 9 October 2015.
  7. ^ "Vietnam Receives Second Russian-Made Frigate". Defense News. Agence France-Presse. 22 August 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 July 2012. Dicapai pada 9 October 2015.
  8. ^ a b "Vietnam raises interest in procuring improved Gepard 3.9-class frigates from Russia". Asia Pacific Defense Journal. Dicapai pada 2021-10-24.
  9. ^ "Deal for Rs. 20 billion++ Russian patrol vessel this week, company chief comes in private jet". The Sunday Times. December 3, 2017. Dicapai pada 2017-12-04.
  10. ^ Aji, Albert; Vasilyeva, Nataliya (7 October 2015). "Russia fires cruise missiles from warships into Syria". Yahoo! News. Associated Press. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 October 2015. Dicapai pada 9 October 2015.
  11. ^ "Kurdish Video Lends Credibility to Russian Navy Caspian Sea Strike Mission Claims". USNI News. October 7, 2015.
  12. ^ "Missile ship Dagestan was launched in Zelenodolsk". rusnavy.com. 5 April 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 April 2012. Dicapai pada 9 October 2015.
  13. ^ "Caspian Flotilla Commissions New Corvette". rusnavy.com. 28 November 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-12-24. Dicapai pada 9 October 2015.
  14. ^ "Russian shipyard built frigate for Vietnam". rusnavy.com. 14 December 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-09-27. Dicapai pada 9 October 2015.
  15. ^ Работы над фрегатами "Гепард" для Вьетнама близки к завершению [Work on Gepard frigates for Vietnam close to completion]. flot.com (dalam bahasa Rusia). 26 October 2010. Dicapai pada 9 October 2015.
  16. ^ "Vietnam gets most modern patrol ship in region". Tuổi Trẻ. 22 August 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada September 23, 2012. Dicapai pada 2011-12-28.
  17. ^ a b "Chi tiết thời điểm Việt Nam nhận 2 chiến hạm Gepard-3.9 mới". datviet.trithuccuocsong.vn. 2014-04-02. Dicapai pada 2021-10-24.
  18. ^ "Фрегат "Гепард 3.9" тожественно спущен на воду" [The frigate "Gepard 3.9" was launched]. Zelenodolsk Plant (dalam bahasa Rusia). 27 April 2016. Dicapai pada 28 April 2016.
  19. ^ "Third Gepard frigate arrives to Vietnam from Russia". Naval Today. 30 October 2017. Dicapai pada 12 January 2018.
  20. ^ "Vietnam's fourth Gepard frigate arrives in Cam Ranh Bay". Jane's Information Group. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 February 2018. Dicapai pada 4 February 2018.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.