Frigat kelas Godavari

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
INS Godavari (F20)
INS Godavari
Ringkasan kelas
Nama: Kelas Godavari
Pembina: Mazagon Dock Limited
Pengguna: Bendera tentera laut India Tentera Laut India
Didahului oleh: kelas Nilgiri
Diganti oleh: kelas Brahmaputra
Ditauliahkan: 1983 – kini
Dirancang: 3
Disiapkan: 3
Aktif: 1
Dibersarakan: 2[1]
Ciri-ciri umum
Jenis: Frigat peluru berpandu dipandu
Sesaran:
  • Standard:3,600 tan
  • Muatan penuh: 3,850 tan
Panjang: 126.4 m (414 ka 8 in)
Lunas: 14.5 m (47 ka 7 in)
Draught: 4.5 m (14 ka 9 in)
Jana kuasa: 2 × turbin stim 30,000 hp (22,400 kW)
Halaju: 27 knot (50 km/j)
Jarak: 4,500 nmi (8,300 km) at 12 knot (22 km/j)
Anak kapal: 313 (termasuk 40 pegawai, 13 krew udara)
Sistem penderia dan
pemprosesan:
  • Radar
  • 1x radar pencari udara Signaal
  • MR-310U Angara udara/permukaan
  • 2x radar navigasi Signaal ZW06 atau Don Kay
  • Radar Kawalan Tembakan MR-103 GFCS
  • Radar Kawalan Tembakan EL/M-2221 STGR (Barak SAM)
  • Radar MPZ-310 (SS-N-4 SAM)
Peperangan elektronik
& pengumpan:
  • Selenia INS-3 (Bharat Ajanta and Elettronica TQN-2) digunakan untuk ESM/ECM
  • Pengumpan
  • 2 × pelancar suar/penyerak
  • 1 × pengumpan torpedo tunda Graesby G738
Persenjataan:
  • 4 × SS-N-2D Styx AShM
  • 24 × Barak SAM (3 × 8 sel unit VLS)
  • 1 × meriam laras berkembar AK-725 57 mm
  • 4 × meriam gatling 6-laras AK-630 30 mm
  • 2 × tiub berkembar 324 mm (12.8 in) (torpedo Whitehead A 244S atau NST 58 buatan India)
Pesawat yang dibawa: 2 × helikopter Sea King, HAL Dhruv atau HAL Chetak

Frigat kelas-Godavari (dahulunya frigat Type 16 atau Projek 16) adalah sebuah frigat peluru berpandu dalam perkhidmatan Tentera Laut India. Kelas Godavari merupakan inisiatif rekabentuk kapal perang terpenting yang pertama untuk India. Rekabentuknya berdasarkan ubahsuai yang dibuat pada kelas Nilgiri yang mana memfokuskan kandungan tempatan sebanyak 72%, dengan badan yang lebih besar dan persenjataan terkini.

Dua buah kapal dalam kelas ini kini berkhidmat dengan Tentera Laut India, sebuah darinya masih dalam perkhidmatan aktif. Kapal pertama dari kelas ini, INS Godavari telah dinamakan bersempena dengan nama Sungai Godavari. Manakala kapal seterusnya, INS Ganga dan INS Gomati juga diambil dari nama-nama sungai di India.

INS Gomati merupakan kapal Tentera Laut India pertama yang dilengkapi dengan peralatan digital elektronik di dalam sistem data tempurnya. Kapal-kapal ini menggunakan gabungan sistem persenjataan India, Rusia dan Barat.[2]

Kapal-kapal dalam kelas[sunting | sunting sumber]

Nama No pennant Pembina Ditauliahkan Dilucut tauliah Pelabuhan asal Status
Godavari F20 Mazagon Dock Limited 10 Disember 1983 23 Disember 2015 Dilucut tauliah
Ganga F22 30 Disember 1985 2017 (dijangka)[1] Visakhapatnam Dirancang untuk dilucut tauliah
Gomati F21 16 April 1988

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "INS Ganga on swansong sortie". Deccan Herald. 25 May 2017. Dicapai pada 25 May 2017.
  2. ^ "Godavari (Type 16) Class". Bharat-Rakshak.com. Dicapai pada 26 September 2014.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]