Frigat kelas TF2000

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ringkasan kelas
Nama: TF2000
Pembina: Gölcük Naval Shipyard
Pengguna: Bendera tentera laut Turki Tentera Laut Turki
Kos: $3 bilion[1]
Dirancang: Asalnya 4 buah (+2 pilihan), Kini disahkan kepada 8 buah[2]
Ciri-ciri umum
Jenis: Frigat peperangan anti-udara
Sesaran: 7000+ tan[3]
Persenjataan:

Frigat kelas TF-2000 adalah sebuah frigat peperangan anti udara yang kini dibangunkan oleh Institut Tentera Laut Turki. Frigat ini akan memberi kelebihan ikhtiar hidup sekiranya ada ancaman udara dan juga memberi sokongan kepada misi-misi seperti arahan, kawalan dan komunikasi, pengawasan, amaran awal, peperangan permukaan, peperangan anti-kapal selam dan peperangan elektronik. Pada 5 Disember 2007, Jawatankuasa Ekskutif Industri Pertahanan meluluskan rancangan untuk membina enam buah kapal bagi kelas ini (4 buah pesanan sah dengan 2 buah pilihan).[6] Pada Januari 2013, Turki mengumumkan ia merancang untuk memperolehi 8 buah frigat TF-2000.[2] Apabila projek ini dimulakan, ia kemudian memasukan keupayaan peperangan anti-udara ke dalam Tentera Laut Turki.[7]

Persenjataan[sunting | sunting sumber]

Pada 23–25 Mac 2009, Setiausaha Rendah bagi Industri Pertahanan Turki, Murad Bayar, telah mengadakan perbincangan dengan SAAB Bofors Dynamics dari Sweden dan Kongsberg Defence & Aerospace dari Norway untuk menghasilkan sistem peluru berpandu permukaan ke permukaan RBS15 Mk.III/IV dan Naval Strike Missile di Turki, bagi digunakan pada kapal perang TF-2000 dan projek MILGEM.

Hanya sedikit maklumat yang diketahui berkenaan persenjataan dan sistem penderia yang sedang dinilai, di mana setiap kapal akan memiliki 32 buah sistem pelancaran menegak, sebuah pelancar Mk 41 yang mampu melancarkan peluru berpandu anti udara SM-2 Standard dan RIM-162 ESSM, dua buah helikopter, sebuah meriam 127 mmm, peluru berpandu anti kapal dan torpedo anti kapal selam.[3]

Peluru berpandu (sedang dinilai):

Sistem pertahanan diri (sedang dinilai):

Penderia (sedang dinilai):

  • ASELSAN ÇAFRAD ÇFR (Çok Fonksiyonlu Radar) / (radar pelbagai fungsi)
  • ASELSAN ÇAFRAD AYR (Aydinlatma Radar) / (radar kawalan tembakan)
  • ASELSAN ÇAFRAD UMR (Uzun Menzilli Radar) / (radar jarak jauh)
  • ASELSAN ÇAFRAD IFF (Electronik Taramali IFF)

Pesawat:

Pembangunan berkaitan[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Enginsoy, Ümit (15 March 2010). "Turkey revives $3 billion navy project". Hürriyet Daily News. Dicapai pada 25 June 2015.
  2. ^ a b "Turkey To Double Number of Air Defence Frigates To Be Built ? 8 Ships To Be Acquired". Ottawa Citizen. Diarkibkan daripada yang asal pada April 12, 2013. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  3. ^ a b Nativi, Andy (1 September 2009). "Turkey Specifies a Range of New Ships". Military.com. Diarkibkan daripada yang asal pada October 31, 2009. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  4. ^ a b "Announcement for Issuing of Request for Information for TF-2000 Project". Undersecretariat for Defence Industries, Turkey. 15 January 2010. Dicapai pada 25 June 2015.
  5. ^ "Turkey seeks systems for TF-2000 frigate". Janes Navy International 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-09-06. Dicapai pada 2017-04-22.
  6. ^ "TF-2000 Project". Undersecretariat for Defence Industries, Turkey. Diarkibkan daripada yang asal pada May 11, 2011. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  7. ^ "Frigate Projects". Turkish Navy. Diarkibkan daripada yang asal pada October 8, 2010. Dicapai pada 2011-01-02. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]