Fringe (rancangan TV)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Fringe
GenreFiksyen sains
Seram
Misteri
Aksi
PenciptaJ. J. Abrams
Alex Kurtzman
Roberto Orci
Dibintangi oleh
Anna Torv
Joshua Jackson
Lance Reddick
Kirk Acevedo
Blair Brown
Jasika Nicole
Seth Gabel
Mark Valley
John Noble
Penggubah lagu tema
J. J. Abrams
Penggubah
Negara asalAmerika Syarikat
BahasaInggeris
Bilangan musim4
Bilangan episod87
Penerbitan
Tempoh siaran43-50 minit
Syarikat penerbitan
Bad Robot Productions
Warner Bros. Television
Penyiaran
Saluran asalFox Broadcasting Company
Format gambar720p (HDTV)
Format audioDolby Digital
Siaran asal9 September 2008 (2008-09-09) – sekarang
Pautan luar
Laman sesawang

Fringe merupakan siri televisyen AS bercirikan fiksyen sains yang dicipta oleh J. J. Abrams, Alex Kurtzman dan Roberto Orci. Siri ini disiarkan di AS menerusi rangkaian FOX. Siri ini memperlihatkan agen FBI Olivia Dunham Anna Torv, Peter Bishop Joshua Jackson, dan Walter Bishop John Noble, seorang saintis yang kurang siuman, dalam menyiasat peristiwa serta kejadian misteri yang berlaku di merata tempat. Siri ini memanifestasikan persamaan dengan siri The X-Files yang amat popular pada tahun 90-an.

Watak dan perwatakan[sunting | sunting sumber]

  • Anna Torv sebagai Olivia Dunham (musim 1-sekarang), seorang agen khas Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) yang menyiasat fenomena misteri di merata tempat. Dadah Cortexiphan telah memberikannya kuasa ajaib seperti kuasa kawalan fikiran. Torv juga memainkan watak alter ego di Dunia Sebelah Sana (parallel universe) yang dikenali sebagai "Fauxlivia".
  • Joshua Jackson sebagai Peter Bishop (musim 1-sekarang), anak Walter Bishop yang bekerja untuk pihak FBI dan membantunya. Peter sebenarnya anak "Walternate" dari Dunia Sebelah Sana, telah diculik oleh Walter selepas kematian anaknya yang asli ketika usia yang muda lagi. Peter juga jatuh cinta terhadap Olivia setelah sekian lama bekerja bersama-sama dengannya.
  • John Noble sebagai Doctor Walter Bishop (musim 1-sekarang) seorang bekas penyelidik kerajaan dalam bidang "sains fringe" dan diinstitusikan selepas kemalangan di makmal di mana pembantunya terbunuh. Walter merupakan bapa kepada Peter Bishop. Noble juga berlakon sebagai "Walternate" dari Dunia Sebelah Sana. "Walternate" memiliki kuasa kerana dia adalah setiausaha pertahanan Amerika Syarikat dan melancarkan peperangan dengan dunia perdana atas sebab Walter menculik anaknya Peter.