Front-end dan back-end

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Front-end dan back-end atau bahagian depan dan bahagian belakang, ialah istilah yang merujuk kepada peringkat awal dan akhir bagi sesuatu proses. Front-end berperanan untuk mengumpul data dalam berbagai bentuk daripada pengguna lalu memprosesnya bagi memastikan ia menepati tentuan yang boleh dipakai oleh back-end. Front-end merupakan antara muka antara pengguna dan back-end.

Sains komputer[sunting | sunting sumber]

Dalam seni bina perisian, mungkin terdapat banyak lapisan antara perkakasan dan pengguna akhir. Setiap satunya boleh dikatakan memiliki bahagian hadapan dan bahagian belakang. Bahagian hadapan adalah suatu pengabstrakan, meringkaskan komponen di bawahnya dengan menyediakan antara muka yang mesra pengguna.