Front de libération du Québec

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Bendera barisan FLQ

Front de libération du Québec (FLQ; "Barisan Pembebasan Quebec"; Sebutan bahasa Perancis: [fʁɔ̃ də libeʁasjɔ̃ dy kebɛk]) adalah merupakan kumpulan pemisah dan pengganas Marxis-Leninis paramiliter di Quebec. Puak militan ini ditubuhkan tahun 1960-an dengan tujuan memperjuangkan kemerdekaan provinsi Quebec dari kesatuan Kanada.

Puak militan ini giat melakukan serangan ganas antara tahun-tahun 1963 dan 1970[1][2] berjumlah lebih 160 dan mengorbankan sebanyak 8 orang mangsa.[2][3] Antara serangan yang paling dikenali ii ialah pengeboman Bursa Saham Montreal pada tahun 1969, serta Krisis Oktober pada tahun berikutnya di mana dua orang penjawat awam diculik sebagai tebusan.

Pembunuhan salah satu penjawat tersebut, Menteri Buruh Quebec Pierre Laporte, dalam krisis tersebut menyebabkan kemarahan yang tinggi dalam kalangan rakyat Quebec serta tindakan kerajaan yang deras menamatkan krisis ini; segelintir anggota kelompok ini memohon suaka di Cuba berikutan kegiatan penahanan kerajaan.[4][5] Tambahan lagi, kewujudan Parti Québécois turut menarik perhatian sehingga menjauhkan mana-mana anggota masyarakat yang berpotensi terlibat dalam kegiatan berbahaya kelompok tersebut.[6]

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

  • Morf, Gustave. Le Terrorisme québécois. Montréal: Éditions de l'Homme, 1970. 219, [3] p.
  • Skelton, Oscar D. The Canadian Dominion. Toronto, Glasgow: Yale University Press
  • Tetley, William. The October Crisis, 1970 : An Insider's View (2006) McGill-Queen's University Press ISBN 0-7735-3118-1
  • Demers, Robert. "Memories of October 70 (2010)".
  • Jenish D'Arcy, The Making of the October Crisis, Canada's Long Nightmare of Terrorism at the Hands of the FLQ. Doubleday Canada, 2018.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "www.canadiansoldiers.com". www.canadiansoldiers.com. Dicapai pada 2 April 2018.
  2. ^ a b Reich, Walter. Origins of Terrorism. 1998, page 88
  3. ^ Torrance, Judy. Public Violence in Canada. 1988, page 37
  4. ^ Kelly, Stephen R. (1995). "The FLQ, A Canadian Insurgency" (PDF). National Defense University, National War College: 17 – melalui Defense Technical Information Center.
  5. ^ "The 1970 October Crisis: Unanswered questions remain 45 years later". Montreal Gazette (dalam bahasa Inggeris). 2015-10-06. Dicapai pada 18 September 2018.
  6. ^ Gurr, Ted Robert & Ross, Jeffrey Ian. "Why Terrorism Subsides: A Comparative Study of Canada and the United States". Comparative Politics. Jld. 21, No. 4. (Julai 1989), m/s. 405-426