Frosinone Calcio

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Frosinone
Nama penuh Frosinone Calcio SRL
Gelaran Canarini (The Canaries),
Gialloazzurri (Sang Biru-Kuning),
Ciociari (The Ciociarians)
Diasaskan 1912 sebagai Union Sportive Frusinate
Stadium Stadio Matusa
(Muatan: 9,680[1])
Pengerusi Maurizio Stirpe
Pengurus Pasquale Marino
Liga Serie B
2015-16 Serie A, ke-19 (tersingkir)
Tapak sesawang Laman kelab
tuan rumah
tempat lawan
ketiga
Musim terkini

Frosinone Calcio merupakan sebuah kelab bola sepak profesional Itali yang berpangkalan di Frosinone, Lazio. Kelab ini telah ditubuhkan pada tahun 1912 di bawah nama Unione Sportiva Frusinate. Berikutan keputusan pembatalan sebarang aktiviti dari kelab ini oleh Persekutuan Bola Sepak Itali, ia ditubuhkan semula pada 1990. Pada musim 2015–16, Frosinone mencatat musim pertama beraksi di Serie A tetapi buat hanya musim apabila disingkirkan semula ke Serie B.

Selepas terlalu lama beraksi di Serie C dan menghabiskan lima musim berturut-turut di Serie B bermula musim 2005-06, kelab ini menjadi kelab ketiga di Rom yang paling terkenal di wilayah Lazio. Sepanjang sejarahnya, Frosinone memenangi beberapa kejuaraan domestik antaranya dua gelaran Serie C2 (pada 1986–87 dan 2003–04) dan dua Serie D (pada 1965–66 dan 1970–71).

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Tahun awal[sunting | sunting sumber]

Asal usul kelab bola sepak di bandar Frosinone ialah Bellator Frusinate yang ditubuhkan oleh 13 penduduk bandar. Warna-warna pasukan ini asalnya merah dan biru dan ditukar menjadi warna kini, kuning dan biru. Berdasarkan warna-warna ini, kelab ini memperoleh nama samaran gialloblu .

Bellator Frusinate berjaya melangkah ke Divisyen Pertama Nasional pada 1934. Kehadiran presiden Emilio Frongasse amat penting pada masa ini. Pada lewat 1930an, kelab Bellator Frusinate telah dibubarkan dan digantikan oleh FF.GG. Frosinone yang bertanding di kejohanan antara daerah. Kesemua kejohanan ini namun terpaksa ditunda akibat Perang Dunia Kedua berlangsung sekali gus kelab bola sepak Frusinate lesap.

Kelahiran semula Frosinone muncul pada kejuaraan 1945-46 dan pasukan ini bertanding di kejuaraan Seconda Categoria dan layak ke Prima Categoria pada tahun berikutnya. Mereka kemudian memperoleh kenaikan ke Serie C-Lego Centro selepas beraksi dengan cemerlang pada musim seterusnya. Dari musim 1948–49 hingga 1951–52, gialloblu bertanding di kejuaraan Promozione-Interregionale della Lega Centro termasuk dalam kejuaraan Quarta Serie baru sewaktu musim panas 1952.

Dari tahun 1952 hingga 1958, buat enam musim berturut-turut, the Canarini mengambil bahagian di kejuaraan Quarta Serie dan rekod cemerlang mereka di divisyen itu ialah menghuni di tempat keempat liga pada tahun 1953. Salah satu perlawanan terpenting dicatat pada masa ini ialah ketika menentang Cosenza pada 24 November 1957. Cosenza beraksi untuk memperoleh kenaikan ke divisyen seterusnya namun Frosinone sedang mendahului permainan (dan sepatutnya menang) dengan baki tiga minit lagi. Pengadil perlawanan dipukul oleh pemain-pemain Cosenza lalu terjatuh ke tanah dan dicemuh sehingga penghujung permainan. Beberapa episod keganasan berlaku apabila permainan menjadi "berat sebelah". Selepas pengadil itu meninggalkan stadium, dia dikejar beberapa kilometer oleh sesetengah penyokong Frosinone. Cosenza mengemukakan rayuan dan CAF menerbalikkan keputusan perlawanan bahawa kemenangan diberikan kepada Cosenza. Frosinone meluahkan rasa tidak puas hati terhadap keputusan tidak adil dan mengancam untuk menarik diri dari liga.

1960s–80an[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1958, U.S. Frosinone telah ditubuhkan dan mengambil bahagian di kejohanan Seconda Categoria dan Promozione. Bola sepak kembali ke Frosinone pada tahun 1963 apabila presiden Cristofari bersama-sama dengan Dante Spaziani dan Augusto Orsini mengumumkan pembentukan kelab Sporting Club Frosinone. Di saingan Serie D, Frosinone sering menamatkan musim di tangga teratas dan pada tahun 1966, mereka berjaya merebut kenaikan ke Serie C pada 1966 selepas bertembung dengan Latina. Pada tahun berikutnya, Frosinone disingkir semula ke Serie D dan pada musim 1967–68 mereka menghuni tempat ketiga, seterusnya di tempat kelima dan kedua pada musim-musim berikutnya.

Pada musim 1970–71, Frosinone di bawah presiden Marocco bongkak dengan rekod kebangsaan yang dipamerkan oleh barisan pertahanannya apabila mereka hanya bolos lapan gol dan mara ke Serie C. Di situ, kelab ini meneruskan rentak cemerlang selama empat musim dan tonggak utama pasukan pada waktu itu, Massimo Palanca, yang menjadi penjaring terbanyak kumpulan pertengahan Serie C pada tahun 1974 dan beliau menjadi lebih cemerlang apabila mewakili Catanzaro di Serie A. Dari tahun 1975 sehingga 1978, Frosinone hanya beraksi di Serie D dan akhirnya memperoleh kenaikan ke Serie C2 pada musim 1976–77. Sewaktu musim 1977–78, Frosinone sekali lagi tersingkir ke Serie D dan kekal di situ sehinggalah pada tahun 1982.

Semasa musim 1980–81, gialloblu berjaya layak ke Serie C2 dengan rekod tanpa kalah. Walaupun tidak beberapa profesional, Frosinone juga berjaya menghasilkan bakat baru seperti Gabbriellini, Perrotti dan De Paola. Walaupun menghadapi situasi masalah kewangan, Frosinone yang diketuai presiden Di Vito dan jurulatih Alberto Mari berjaya memperoleh kenaikan ke Serie C1.

Pada musim 1987–88, gialloblu bermain pada musim pertamanya di Serie C1 dan menamatkan musim di pertengahan liga. Mereka disingkirkan ke Serie C2 pada musim seterusnya walaupun memulakan musim dengan baik. Penjaga gol Marco Cari dan jurulatih Alberto Mari (kemudian digantikan oleh Robotti) digantung oleh kerana penglibatannya dalam skandal pertaruhan bola sepak.

Bankrap[sunting | sunting sumber]

Pada musim panas 1990, mereka terlepas kenaikan ke Serie C1 hanya selepas tiga mata dan Frosinone dikeluarkan dari Persekutuan Bola Sepak Itali oleh kerana keadaan kewangannnya. Bila dilihat kelab ini ingin kembali untuk bermain di divisyen Promozione, kelab ini ditempatkan di Interregionale sebelum kekal di situ selama empat tahun.

Pada musim 1993–94, selepas kejuaraan hampir tamat, gialloblu ("kuning dan biru") bersama-sama Giulianova dan Albanova disingkirkan tetapi mereka kembali semula ke Serie C selepas hanya satu musim.

Pada tahun 1996, kelab sedang menghuni di tangga pertengahan liga Serie C2 tetapi pada hari terakhir musim Fosinone kecundang di tangan Benevento dan diambil alih oleh Avezzano. Mereka juga tewas di pusingan play-off dengan tewas di separuh akhir oleh Albanova. Mereka kemudian bermain di kejuaraan biasa selama tiga musim berturut-turut. Mereka kemudian tewas kepada Casertana dan Albanova dalam perlawanan play-off tetapi pada tahun ketiga, kelab ini ditundukkan oleh Tricase dan disingkirkan.

Dalam saingan Serie D, Frosinone menamatkan musim di tempat kelima pada 2000 manakala pada tahun keduanya di divisyen itu, pasukan ini terlibat dalam perlawanan sengit menentang A.C. Martina dari Apulia. Akhirnya, mereka menghuni tempat kedua tambahan lagi bersama 81 mata. Di bawah presiden Navarra dan jurulatih Luca dan Stefano Sanderra, pasukan ini kembali semula ke Serie C2.

Dalam dua kejuaraan pertama mereka setelah kembali ke Serie C2, Frosinone berjaya dengan lima taktik berlainan. Selepas memulakan musim dengan baik, pasukan ini melangkah ke play-off tetapi semakin menurun sehinggalah kelab ini menamatkan musim di tangga pertengahan liga. Pada tahun 2003, kelab ini dimiliki oleh sekumpulan usahawan yang diketuai Maurizio Stirpe, yang merupakan anak kepada Benito, seorang bekas presiden kelab pada era 1960an.

Pemilik baru kelab, Stirpe memanggil Enrico Graziani ke Frosinone sebagai ketua pengarah. Graziani juga sebelum ini telah bekerj di Teramo, yang membantu kelab Abruzzo itu mara ke Serie C1. Posisi barisan pengurusan diamanahkan kepada Giorgini yang sebelum ini telah menghabiskan mas di kelab Serie C2, Brindisi. Selepas memulakan musim, Giorgini digantikan oleh Daniele Arrigoni, bekas jurulatih Messina dan Palermo ketika di Serie B.

Dengan barisan pemain yang kuat seperti Arno, Vitali, Dario Rossi, Gianluca dan Stefano De Angelis, Manca, Tatomir, Galuppi serta penjaga gol de Juliis selain ditingkatkan lagi dengan pembelian pada jendela perpindahan iaitu De Cesare, Aquino and Buonocorre. Pasukan ini memulakan musim dengan baik pada kempen Serie C2 2003–04 dengan hampir merebut tangga teratas liga di belakang Brindisi. Kedua-dua pasukan ini antara pencabar utama sebagai pendahulu sehingga penghujung musim. Pada hari terakhir musim, Frosinone yang hanya ketinggalan satu mata di belakang Brindisi, bertandang ke Melfi sementara pendahulu Brindisi menghadapi kelab Sicily, Igea Virtus. Akhirnya keputusan berpihak kepada Frosinone yang berjaya menewaskan Melfi manakala Brindisi gagal untuk menundukkan Igea.

Frosinone pada masa itu kini "pulang" ke Serie C1 buat kali pertama dalam masa 16 tahun. Musim 2003-04 sentiasa diingati bukan hanya berjaya kembali ke Serie C1, tetapi juga berjaya meraih kemenangan dalam pertembungan menentang Latina, yang dilabelkan sebagai pesaing. Frosinone menang kedua-dua perlawanan pada musim itu, 1-0.

Sekembalinya kelab ini ke Serie C1, mereka menjelajah ke kota-kota bersejarah seperti Cremona, Mantua dan Pisa. Frosinone melantik Dino Pagliari sebagai jurulatih. Musim ini menyaksikan prestasi Frosinone turun naik dan menamatkan musim di tempat kelima dan melangkah ke pusingan play-off sebelum disingkirkan oleh Mantova.

Serie B[sunting | sunting sumber]

Pada musim berikutnya iaitu semasa musim 2005–06, Frosinone dibimbing oleh jurulatih Ivo Iaconi, yang telah menerima tawaran dari dua kelab Serie B, Fermana dan Pescara tetapi beliau lebih memilih kepada gialloblu.

Walaupun kehadiran bekas penyandang Scudetto, Napoli dalam saingan liga, Frosinone tampak sebagaia pencabar luar biasa. Mereka memulakan musim dengan baik apabila menang 4-1 ke atas Perugia. Frosinone meneruskan rentak cemerlangnya sepanjang liga dan akhirnya menjadi naib juara dan menjadi pasukan pilihan untuk memenangi pusingan play-off. Pasukan lawan pertama Frosinone ialah dari Tuscany, Sangiovannese yang menamatkan musim di tempat kelima. Kedua-dua perlawanan antara kedua-dua pasukan ini terikat seri tanpa jaringan dan memberikan laluan kepada Frosinone untuk mara ke perlawanan akhir mengikut kedudukan liga. Pada perlawanan akhir, sekali lagi mereka bertemu pasukan dari Tuscany, Grosseto. Perlawanan pertama terikat seri tanpa jaringan manakala perlawanan seterusnya kemenangan menjadi milik Frosinone apabila penjaga gol lawan membuat kesilapan yang mengundang padah, 1-0. Kelab ini kemudian mencatat kenaikan bersejarah pertama ke Serie B.

Untuk musim pertamanya di Serie B, kelab ini melakukan beberapa pembelian. Mereka memasukkan Massimo Margiotta, Francesco Lodi, Lucas Rimoldi dan Fabio Di Venanzio. Sementara itu, kerja-kerja penambahan kapasiti dilakukan dari 5,000 ke 10,000 tempat duduk.

Perlawanan pertama Frosinone di Serie B dengan tewas 1-0 di tempat lawan kepada Triestina. Sementara itu, mereka memperoleh kemenangan pertamanya ketika menentang Vicenza dan berkesudahan 2-1. Selain itu, kelab ini juga mencatat beberapa kemenangan antaranya menang 2–1 ke atas Bologna dan Lecce serta kemenangan dramatik 1-0 ke atas Bari selepas penjaga gol pasukan, Zappino berjaya menyelamatkan penalti. Pada 28 Oktober 2006, Frosinone bertemu kelab gergasi Itali, Juventus. Jaringan tunggal Alessandro Del Piero (Gol ke-200 untuk Juve) menentukan keputusan perlawanan berpihak kepada pasukannya. Musim ini diakhiri dengan seri bertemu Modena dan Frosinone menghuni tempat ke-13 liga dan berjaya mengelakkan zon penyingkiran.

The Canarini meningkatkan prestasinya di Serie B apabila menduduki tempat kesepuluh liga pada musim 2007–08. Namun, sehingga 21 Mei 2011, kelab ini disingkirkan dari Serie B ke Lega Pro Prima Divisione selepas menamatkan musim di tangga tercorot liga.

Dari divisyen ketiga ke Serie A[sunting | sunting sumber]

Pada 7 Jun 2014, Frosinone di bawah pengurusan ketua jurulatih Roberto Stellone telah membantu Frosinone untuk ke Serie B buat kali kedua dari Lega Pro Prima Divisione selepas menang pada pusingan play-off 1–1, 3–1 (agregat 4–2) menentang Lecce.

Pada musim 2014-15, Frosinone dengan segeranya berjaya merebut tempat ke Serie A. Mereka bergelut dengan pasukan Vicenza dan Bologna untuk merebut tempat teratas liga. Pada 16 Mei 2015, Frosinone memenangi kenaikan secara automatik selepas melakar kemenangan 3-1 ke atas Crotone di tempat sendiri selain enam mata berbanding penghuni tempat ketiga, Bologna dengan baki satu perlawanan. Mereka memastikan penampilan Serie A pertamanya buat musim 2015–16.

Frosinone membuat kempen Serie A dengan gaya sukar apabila tewas pada empat pertemuan dan mereka dihumban ke tangga tercorot liga. Pada perlawanan kelima menentang kelab gergasi Juventus yang berlangsung di Stadium Juventus, kelab ini mencatatkan perlawanan terpenting apabila berjaya menyamakan kedudukan pada lewat perlawanan bagi menentukan perlawanan berkesudahan terikat seri 1-1 menentang kelab Turin itu. Pada perlawanan berikutnya, Frosinone memperoleh kemenangan pertmanya di Serie A menentang Empoli 2–0 di Stadio Matusa. Frosinone kemudian terus mencatat tiga kemenangan berturut-turut masing-masing menentang Sampdoria dan Carpi 2–1.

Pada 8 Mei 2016, Frosinone disingkirkan semula ke Serie B selepas hanya beraksi di Serie A buat satu musim.

Imej[sunting | sunting sumber]

Dari musim 2007–08, kelab ini mempunyai maskot yang bernama Lillo bagi mewakili singa yang tampil dalam lambang pasukan ini. Nama ini dipilih oleh peminat Frosinone melalui pemilihan di laman web rasmi kelab. Maskot ini menyertai perlawanan di tempat sendiri sejak musim 2008-09 dan jika berpeluang atau diminta, mana-mana peminat boleh menjadi Lillo untuk satu perlawanan.

Stadium[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Stadio Matusa

Frosinone telah beraksi di gelanggang sendiri di Stadio Comunale yang digelar Matusa oleh kerana usia strukturnya. Stadium ini dibina di pinggiran bandar tetapi kini, sejak bandar Frosinone berkembang sebagai sebuah urban, ia diletakkan di pusat bandar ini yang dikelilingi bangunan-bangunan. Ia telah dibina melalui beberapa pembinaan semula tetapi tidak pernah berkaitan dengan dasar tempat duduk utama, yang masih salah satu daripada asas.

Pada tahun-tahun kini, kelab ini semakin berkembang sekali gus kehadiran penonton juga dijangka banyak. Pada 2014, stadium ini mampu memuatkan kira-kira 10,000 penonton.

Pada 1980an, Stadio Casaleno baru mula dibina yang tidak jauh dari kawasan ini. Pembinaan stadium ini yang sedang tertumpu kepada pembinaan tempat duduk utama bagaimanapun terganggu akibat skandal projek-projek yang salah dan membawa kepada kemerosotan pasukan. Buat beberapa tahun, projek yang mencadangkan untuk memberikan stadium baru kepada Frosinone nampaknya tidak diterima kerana kelemahan birokrasi dan isu-isu ekonomi, peminat-peminat lebih memilih untuk bermain di stadium bersejarah yang lama.

Pada 2007, sesetengah peminat sebagai tanda provoaktif telah meletakkan stadium lama itu pada lelongan di eBay dengan mata wang euro dan menerima tawaran atau biadaan sebanyak kira-kira 8 juta euro.

Rekod kehadiran penonton pada satu perlawanan di Stadio Matusa dapat diimbas pada musim 1988–89 pada satu perlawanan Serie C1 dengan kedatangan kira-kira 12,000 penonton swaktu menentang Campobasso.

Pemain[sunting | sunting sumber]

Skuad semasa[sunting | sunting sumber]

Sehingga 29 Ogos 2016
No. Posisi Pemain
1 Brazil GK Massimo Zappino
2 Itali DF Matteo Belvisi
3 Itali DF Roberto Crivello
4 Itali DF Adriano Russo
5 Itali MF Mirko Gori
6 Itali DF Davide Bertoncini
7 Itali MF Alessandro Frara (kapten)
8 Austria MF Robert Gucher
9 Itali FW Daniel Ciofani
10 Itali MF Danilo Soddimo
11 Jerman MF Oliver Kragl
12 Itali GK Francesco Faiella
13 Itali DF Matteo Ciofani
No. Posisi Pemain
15 Itali DF Lorenzo Ariaudo
17 Itali FW Luca Paganini
18 Itali FW Federico Dionisi
19 Itali FW Andrea Cocco (dipinjam dari Pescara)
20 Ukraine MF Vyacheslav Churko (dipinjam dari Shakhtar Donetsk)
21 Itali MF Paolo Sammarco
22 Itali GK Francesco Bardi (dipinjam dari Inter)
23 Itali DF Nicolò Brighenti
24 Ukraine DF Vasyl Pryima
26 Itali DF Emiliano Pedrazzini
27 Itali DF Antonio Mazzotta (dipinjam dari Pescara)
28 Itali FW Nicholas De Santis

Kakitangan pasukan[sunting | sunting sumber]

Posisi Kakitangan
Ketua jurulatih Pasquale Marino
Pembantu jurulatih Giorgio Gorgone
Jurulatih kecergasan Gianluca Capogna
Jurulatih penjaga gol Domenico Costantini
Pengarah sukan Marco Giannitti
Penyelaras perubatan Michele Pirelli
Jurulatih Andrea Gennari

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Domestik[sunting | sunting sumber]

Liga[sunting | sunting sumber]

  • Juara (2):1986–87 (kumpulan D), 2003–04 (kumpulan C)
  • Juara (2):1965–66 (kumpulan D), 1970–71 (kumpulan F)

Daerah[sunting | sunting sumber]

  • Terza Divisione
  • Juara (1): 1932–33
  • Seconda Divisione
  • Juara (2): 1933–34, 1945–46 (kumpulan E)
  • Juara (1): 1962–63

Catatan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Skuad Frosinone Calcio