Fulgurit

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Fulgurit

Fulgurit ialah suatu jenis mineral kaca, dihasilkan ketika halilintar (kilat) menyambar permukaan daratan yang susunan tanahnya tidak dapat menyimpan air, seperti tempat yang berbukit pasir. Fulgurit boleh ditemui dalam bentuk pecahan-pecahan.[1]

Fulgurit berkembang dengan baik di puncak bukit pasir dalam bentuk lubang-lubang kasar, dengan permukaan yang tidak rata. Lubang-lubang itu biasanya terbentuk dengan lingkaran bersaiz lebih kurang satu sentimeter panjang, beberapa puluh sentimeter ke dalam dan bercabang-cabang di dalam tanah. Fulgurit terdiri daripada butir-butir kaca dan pasir yang bercampur dalam 'pasir-pasir hitam' magnetit dan mineral-mineral lain, atau kaca besi silikat.[2][3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Sponholz, B.; Baumhauer, R.; Felix-Henningsen, P. (27 July 2016). "Fulgurites in the southern Central Sahara, Republic of Niger and their palaeoenvironmental significance". The Holocene. 3 (2): 97–104. CiteSeerX 10.1.1.549.8976Boleh dicapai secara percuma. doi:10.1177/095968369300300201. 
  2. ^ Joseph, Michael L. (January 2012). "A Geochemical Analysis of Fulgurites: from the inner glass to the outer crust". Scholarcommons.usf.edu. Dicapai 2015-08-16. 
  3. ^ "Fulgurite Classification, Petrology, and Implications for Planetary Processes - The University of Arizona Campus Repository". Arizona.openrepository.com. Dicapai 2015-08-16. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]