Funafuti

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Funafuti
NegaraTuvalu
Keluasan
 • Jumlah2.4 km2 (0.9 batu persegi)
Penduduk
 (2012)
 • Jumlah6,025
 • Kepadatan2,500/km2 (6,000/batu persegi)
Zon waktuUTC+12 (UTC+12)

Funafuti ialah ibu negara pulau Tuvalu dan merupakan atol.[1]

Pulau yang paling besarnya ialah Fongafale. Perkampungan di atol ini berdasarkan bancian penduduk pada tahun 2012 termasuk pulau Fongafele Tengah, pulau Fongafale selebihnya, Funafala dan Amatuku. Pada Jun 1996, Kawasan Pemeliharaan Funfauti ditubuhkan di sepanjang pesisiran barat tanjung ini yang merangkumi 6 pulau kecil. Terdapat sekurang-kurangnya 29 pulau kecil di atol ini. Atol ini ada beberapa laluan yang mempunyai berbagai-bagai jenis capaian yang menjurus ke dalam lagun. Lagun atol Funafuti mempunyai kelebaran utara-selatan berukuran 24.5 km, kelebaran timur-barat berukuran 17.5km dan keluasan sebanyak 275 km2, maka tempat ini merupakan lagun yang paling besar di Tuvalu. Funafuti mempunyai iklim khatulistiwa bawah pengelasan ikim Köppen.

Pengasas nenek moyang penduduk Funafuti disifatkan sebagai orang yang berasal dari Samoa. George Westbrook, seorang pedagang di Funafuti, merekodkan taufan yang melanda Funafuti pada tahun 1883. Terdapat 2 sekolah rendah, iaitu Sekolah Rendah Seventh-day Adventist dan Sekolah Rendah Nauti yang mempunyai lebih daripada 900 pelajar terdaftar, dan sekolah ini merupakan sekolah rendah yang paling besar di Tuvalu. Lapangan Terbang Antarabangsa Funafuti terletak di Fongafele. Funafuti merupakan salah 1 daripada 8 kawasan undian di Tuvalu, dan mencalonkan 2 ahli parlimen.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Map of Funafuti. Tuvaluislands.com.