Fungsi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Dalam bidang matematik, fungsi ialah hubungan antara suatu set dengan set yang lain. Fungsi boleh ditulis dalam bentuk persamaan, umpamanya, fungsi kuasa dua boleh ditulis seperti berikut:

f(x) = x^2\!
Catatan: Tatatanda ini boleh dibaca "f bagi x sama dengan x kuasa dua".

Fungsi dalam contoh di atas boleh digunakan pada sebarang nombor untuk mendapatkan hasil kuasa dua. Dalam contoh di bawah, fungsi f tadi digunakan pada nombor 5:

\begin{align}f(x) & = x^2\\f(5) & = 5^2\\& = 25\end{align}

Dalam pengaturcaraan[sunting | sunting sumber]

Fungsi merupakan satu konsep penting dalam kebanyakan bahasa pengaturcaraan aras tinggi dan merupakan konsep utama dalam paradigma pengaturcaraan kefungsian. Akan tetapi, dalam kebanyakan bahasa pengaturcaraan, sesuatu fungsi boleh menghasilkan 'kesan sampingan' dan melanggar hukum-hukum fungsi matematik. Fungsi-fungsi sebegini dianggap 'tidak tulen'. Bahasa pengaturcaraan yang melaksanakan ciri fungsi dengan betul sebagai mana yang digunakan dalam matematik dikenali sebagai "bahasa pengaturcaraan kefungsian tulen". Haskell mempelopori paradigma ini dan mengetengahkan konsep fungsi 'tulen'. Walau bagaimanapun, Haskell memandang fungsi sebagai hubungan antara jenis data, bukan set.

Dalam C, fungsi kuasa dua boleh ditulis seperti berikut:

float square (float x) {
    return x * x;
}

Dalam contoh di atas, fungsi square menerima satu argumen x dengan jenis data float (nombor titik apung) dan menghasilkan output dengan jenis data float juga. Pengiraan yang dilakukan menggunakan operator * untuk mendarab dua pemboleh ubah x.

Dalam Python, fungsi kuasa dua ditulis seperti berikut:

def square(x):
    return x ** 2

Disebabkan Python ialah sebuah bahasa pengaturcaraan dinamik, si pengaturcara tidak perlu menyatakan jenis data bagi pemboleh ubah dan dalam pentakrifan fungsi. ** ialah operator kuasa dalam Python.

Akhir sekali, dalam Haskell, fungsi kuasa dua dengan mudahnya ditulis seperti berikut:

square x = x ^ 2

Kod ini menyerupai tatatanda fungsi matematik, cuma kurungan perlu diabaikan.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]