Fuziah Salleh
Puan Hajah Fuziah Salleh | |
---|---|
Anggota Parlimen Malaysia untuk Kuantan, Pahang | |
Dalam jawatan 8 Mac 2008 – 10 Oktober 2022 | |
Didahului oleh | ![]() ![]() Oh (Fu) Soon Guan |
Digantikan oleh | Wan Razali Wan Nor |
Majoriti | 4,515 (2013) 1,826 (2008) |
Ketua Angkatan Wanita Parti Keadilan Rakyat | |
Dalam jawatan 11 Julai 2020 – 17 Julai 2022 | |
Didahului oleh | Haniza Mohamed Talha |
Digantikan oleh | Fadhlina Sidek |
Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Pahang | |
Dalam jawatan 2018–2021 | |
Didahului oleh | Dato' Sri Fauzi Abdul Rahman |
Digantikan oleh | Amirudin Shari |
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama Islam) | |
Dalam jawatan 2 Julai 2018 – 24 Februari 2020 | |
Raja | Al-Sultan Abdullah |
Menteri | ![]() ![]() |
Didahului oleh | ![]() ![]() |
Digantikan oleh | Yang Berhormat Ustaz Ahmad Marzuk Shaary |
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (KeADILan atau PKR) | |
Dalam jawatan 28 November 2010 – 2014 | |
Butiran peribadi | |
Lahir | ![]() | 13 Julai 1959
Kerakyatan | Malaysia |
Parti politik | ![]() ![]() |
Pasangan | Profesor Dr. Haji Russly bin Abdul Rahman[1] |
Anak-anak | 6 |
Alma mater | ![]() |
Pekerjaan | Ahli Parlimen Kuantan |
Laman web rasmi | fuziahsalleh.my |
Puan Hajah Fuziah Salleh (lahir 13 Julai 1959) merupakan bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Beliau juga adalah bekas ahli Parlimen Kuantan, Pahang dari Parti Keadilan Rakyat (PKR). Pada Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Fuziah Salleh telah menewaskan penyandang kerusi Parlimen Kuantan dan juga Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri Datuk Fu Ah Kiow dari Persatuan Cina Malaysia (MCA), dengan majoriti 1,826 undi. Fuziah Salleh mendapat 18,398 undi, manakala Datuk Fu Ah Kiow hanya mendapat 16,572 undi sahaja. Pada peringkat parti, beliau ialah Ketua Wanita KEADILAN dan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Pahang.
Manakala pada Pilihan Raya Umum ke-13, Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) mengambil kesempatan daripada peningkatan peratusan pengundi Melayu di Kuantan kepada 63 peratus dengan meminjam kerusi Parlimen Kuantan daripada MCA. Pinjaman kerusi Parlimen Kuatan juga dilihat sebagai satu langkah taktikal Barisan Nasional (BN) yang bimbang terhadap kemerosotan sokongan pengundi Cina yang masih lantang menentang projek kontroversi Kilang Pemprosesan Nadir Bumi Lynas di Kuantan. Walaupun menghadapi persaingan sengit daripada calon UMNO, pada 5hb Mei 2013, Naib Presiden PKR Fuziah Salleh bukan sahaja dapat mengekalkan kerusi Kuantan untuk penggal kedua, tetapi dengan majoriti undi yang jauh lebih tinggi sehingga 4,515, selepas menewaskan Datuk Mohamed Suffian Awang. Datuk Mohamed Suffian Awang merupakan Ketua Pemuda UMNO Kuantan dan juga Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Malaysia dan Pengerusi BN Datuk Seri Mohammad Najib Abdul Razak.
Kedua-dua UMNO dan MCA merupakan anggota-aggota utama parti komponen BN.
Masa ini, Fuziah merupakan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam komponen Pakatan Rakyat (PR).
Beliau dilahirkan di Johor pada 13 Julai 1959 tetapi dibesarkan di Kuantan, Pahang.[2]
Pendidikan[sunting | sunting sumber]
- Sekolah Perempuan Methodist Kuantan, Pahang, Malaysia
- Ijazah Sarjana Muda Psikologi Kaunseling dari University of Reading, United Kingdom (UK)
- Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan University of Wales, United Kingdom (UK)
NGO[sunting | sunting sumber]
Jawatan dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR)[sunting | sunting sumber]
- Ketua Angkatan Wanita Keadilan (2020 - sekarang)
- Pengerusi Majlis Pimipinan Negeri (MPN) PKR Pahang (2019 - sekarang)
- Naib Presiden (sejak November 2010 hingga 2013)
- Ketua Cabang Kuantan (sejak 2002 hingga 2018)
- Pengarah Pilihanraya Pahang (sejak Februari 2010 hingga Dec 2010)
- Pengarah Biro Latihan Pahang (sejak April 2008 hingga Januari 2010)
- Timbalan Pengarah Pilihanraya Pahang (sejak Jun 2007 hingga Mei 2009)
- Ketua Wanita PKR Pahang (2000-2007)
- Bermula sebagai Timbalan Ketua Wanita Pusat semasa Parti Keadilan Nasional (Keadilan) ditubuhkan pada 1999
Keputusan pilihan raya umum[sunting | sunting sumber]
Year | Pakatan Rakyat - PR (Pembangkang) | Undi | Peratus | Barisan Nasional - BN (Pemerintah) | Undi | Pct | Jumlah Pengundi | Jumlah Undi | Undi Rosak | Undi Majoriti | Peratus Mengundi | |||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2013 | ![]() |
25,834 | 54% | ![]() |
21,319 | 45% | 56,280 | 47,723 | 570 | 4,515 | 84.8% | |||
2008 | ![]() |
18,398 | 52% | ![]() |
16,572 | 47% | 47,745 | 35,593 | 623 | 1,826 | 74.54% | |||
2004 | ![]() |
12,177 | 36% | ![]() |
21,324 | 63% | 45,604 | 34,044 | 543 | 9,147 | 74.65% | |||
1999 | ![]() |
21,136 | 42% | ![]() |
28,497 | 56% | 70,438 | 50,670 | 1,037 | 7,361 | 71.93% |
Pautan luar[sunting | sunting sumber]
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ "Senarai Timbalan Menteri dan pasangan" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2018-09-21. Dicapai pada 2018-09-01.
- ^ "Sinar Harian – Fuziah sedia pertahan kerusi". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-12-17. Dicapai pada 2014-11-16.
- Kelahiran 1959
- Orang hidup
- Muslim Malaysia
- Ahli politik Malaysia berketurunan Melayu
- Orang dari Johor
- Anggota wanita Parti Keadilan Rakyat
- Ahli wanita Dewan Rakyat Malaysia
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-12
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-13
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-14
- Timbalan menteri kerajaan wanita Malaysia
- Ahli Dewan Negara, Parlimen Malaysia ke-15