Fynn Jamal

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Fynn Jamal
Nama lahirNur Affina Yanti binti Jamalludin
Kelahiran (1982-08-27) 27 Ogos 1982 (umur 39)
Kota Tinggi, Johor, Malaysia
Genre
Pekerjaan
Instrumen
Tahun aktif2007–kini
Syarikat rakaman
FMC
LoudRoom Entertainment
Fynntri Production
Pengkarya berkait

Fynn Jamal (lahir Nur Affina Yanti Jamalludin; 27 Ogos 1982) ialah seorang pelakon dan penyanyi wanita Malaysia.[1] Beliau mula dikenali setelah melakonkan watak Hasni dalam drama bersiri Anak Pontianak di TV3 pada 2007. Beliau juga terkenal menerusi lagu "Arjuna Beta".[2]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Beliau menamatkan zaman gadisnya dengan mengahwini seorang jejaka biasa yang bernama Hazrilfitri "Tri" Hadzir pada tahun 2008.[3] Mereka kini dikurniakan 2 orang anak hasil perkahwinan mereka tersebut.[4] Pada 2012, beliau mula mengenakan hijab dan seterusnya pada 2016 beliau terus iqtiqomah dengan memakai niqab (purdah).

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau memulakan kerjaya seninya pada 2007 dengan membintangi drama Anak Pontianak arahan pengarah Ibrahim Elias. Setelah itu beliau kemudian berjinak dalam bidang nyanyian dengan menulis puisi sebagai lirik lagu sekaligus menjadikan beliau sebagai penyanyi puisi pertama di Malaysia. Album rakamannya Puisi Tepi Jalan diterbitkan bagi mengukuhkan nama beliau sebagai penyanyi, kemudian diikuti dengan album seterusnya iaitu Fynn Jamal & Tri Hadzir dan 150 Juta pada tahun 2014.

Bakat[sunting | sunting sumber]

Keunikan yang ada pada Fynn Jamal ialah setiap kali beliau membuat persembahan secara langsung, beliau bukan sekadar menyanyi tetapi juga bercerita didalam setiap lagu yang disampaikan. Malah, beliau juga mengakui bahawa dia bukanlah seorang penyanyi tetapi adalah pencerita disebabkan lirik lagu-lagu beliau adalah daripada koleksi puisi yang ditulisnya sendiri sebelum diubah menjadi sebuah lagu untuk disampaikan kepada para peminatnya.[5][6]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album studio[sunting | sunting sumber]

EP[sunting | sunting sumber]

Single[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Album
2010 "Terbang Tunduk" Puisi Tepi Jalan
"Biar Jiwa"
"Sepertinya"
"Suatu Pernah"
"Biar"
"Puisi Tepi Jalan"
2014 "Arjuna Beta" Fynn Jamal & Tri Hadzir
"Untukmu"
"Lelaki"
"Situ"
"Tahu"
"Dengar"
"150 Juta" 150 Juta
"Biar"
"Over"
"Pejam Mata Biar Jiwa"
"No More"
2017 "Bisik" OST. Kalbu Pun Berzikir

Single kolaborasi[sunting | sunting sumber]

Tahun Judul Album Kolaborasi bersama
2016 "Levitasi" Single Zizi Kirana & Kaka Azraff
2019 "Dosa" Single Noh Salleh & Edy J

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran
2007-2008 Anak Pontianak Hasni TV3

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Nota
2010 Keynote Peserta Astro Ria Tersingkir minggu ke-4.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Michelle Gun (29 Januari 2016). "'Melampau, tak masuk akal!". Harian Metro. Dicapai pada 19 Mac 2016.
  2. ^ Feride Hikmet Atak (12 Ogos 2014). "'Arjuna Beta' nyanyian Fynn Jamal bukan karya ciplak". mStar Online. Dicapai pada 19 Mac 2015.
  3. ^ Feride Hikmet Atak (21 Jun 2019). "Jaga suami hidap skizofrenia uji kesabaran Fynn Jamal". Berita Harian. Dicapai pada 19 Mac 2020.
  4. ^ Jenius (12 November 2019). "Living with infertility" [Hidup dengan ketidaksuburan] (dalam bahasa Inggeris). Sihat Malaysia. Dicapai pada 19 Mac 2020.
  5. ^ "Fynn Jamal teguh kerana abah". Berita Harian. 10 Jun 2014. Dicapai pada 19 Mac 2015.
  6. ^ Siti Haliza Yusop (1 Disember 2015). "Puisi jawapan Fynn Jamal kepada kepiluan pemergian ibu". Berita Harian. Dicapai pada 19 Mac 2016.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]