Fytullah Hamzah (Kromosom)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
KelahiranFytullah Hamzah
KewarganegaraanMalaysia Malaysia
Nama samaranKromosom

Ralat ungkapan: Pengendali < tidak dijangka

Kromosom bukanlah begitu asing kepada peminat komik tempatan kerana nama beliau terpampang di dada akhbar Kosmo! bagi ruangan komik dan kartun. Kromosom atau nama sebenarnya Fytullah Hamzah sebenarnya adalah seorang arkitek yang mempunyai kecenderungan yang cukup kuat dalam memertabatkan suasana komik Malaysia. Beliau bersama rakan-rakan sealiran telah menerbitkan Urban Comics. Komiknya yang mendapat tempat dihati peminat ialah Juganah. Beliau banyak menghasilkan komik alam warna digital untuk Urban Comics dan yang mutakhir dengan akhbar Kosmo! - Gerimis Di Kuala Lumpur yang telah masuk lebih daripada 100 siri.

Kromosom juga turut menghasilkan komik dengan Karyanet dibawah projek DBP, iaitu komik Hang Tuah. Dengan KLP Entertainment and Comics, Kromosom turut menjadi pelukis komik bagi komik Eden Factor. Ia di tulis oleh Lulu dan diwarna digital oleh MF Ajif. Komikoo merupakan majalah komik terbaru yang menyiarkan komiknya.

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]