Pergi ke kandungan

Güler Duman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Güler Duman (lahir 30 Jun 1967)merupakan seorang penyanyi daripada Turki, penulis lagu, komposer, hos TV dan juga seorang guru muzik. Karyanya fokus kepada muzik rakyat Turki. [1]

Beliau telah menjadi salah seorang artis legenda dalam muzik rakyat Turki sejak awal tahun 1980-an menerusi album-albumnya. Berasal dari Erzurum, Güler Duman merupakan peserta termuda dalam koir yang ditubuhkan oleh Ruhi Su semasa beliau masih di sekolah rendah. Bakat suaranya ditemui ketika menyertai koir, dan Mustafa Budan membantu memperkenalkannya dalam dunia seni melalui filem A Season in Hakkari (1982) yang diarahkan oleh Erden Kıral dan dibintangi oleh Genco Erkal. Beliau merakam album pertamanya bertajuk Dost Garip pada tahun 1980 ketika masih kecil. Album tersebut mencatat jualan tinggi, mencecah sebanyak 1.8 juta unit. Pada tahun 1987, beliau melanjutkan pengajian dalam bidang vokal di Konservatori Muzik Turki, Universiti Teknikal Istanbul.

  1. ^ "Güler Duman". Turkey Ünlüleri İnternet Encyclopedia. Turkish Prime Ministry Promotion Fund. Dicapai pada 25 November 2017.