Günther Lütjens

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
"Lutjens" dilencongkan ke sini. Untuk kegunaan lain, sila lihat Lutjens (nyahkekaburan).
Günther Lütjens
Bundesarchiv Bild 101II-MW-0434-05A, Günter Lütjens.jpg
ketika berpangkat Laksamana Madya pada April 1940
Nama samaranPee Ontgens
Kelahiran(1889-05-25)25 Mei 1889
Wiesbaden, Hesse-Nassau
Meninggal dunia27 Mei 1941(1941-05-27) (umur 52)
Lautan Atlantik
Disemadikan (48°10′N 16°12′W / 48.167°N 16.200°W / 48.167; -16.200)
Kesetiaan Empayar Jerman (hingga 1918)
 Republik Weimar (hingga 1933)
 Jerman Nazi
PerkhidmatanBendera tentera laut Empayar Jerman Kaiserliche Marine
Bendera tentera laut Republik Weimar Reichsmarine
Bendera tentera laut Jerman Nazi Kriegsmarine
Tahun perkhidmatan1907–41
PangkatLaksamana
UnitFreya
Württemberg
König Wilhelm
Hansa
Bot Torpedo G-169 dan G-172
ArahanBot Torpedo T-68, T-21, A-5, A-20 dan A-40
Karlsruhe (1934–1935)
Admiral Hipper (1940)
Gneisenau (kapal pemerintah) dan Scharnhorst (1940–1941)
Bismarck (kapal pemerintah) and
Prinz Eugen (1941)
PertempuranPeperangan:

Kempen:

Operasi:

Pertempuran:

AnugerahKnight Cross of the Iron Cross
Kapitän zur See Lütjens pada tahun 1934

Johann Günther Lütjens (25 Mei 1889 – 27 Mei 1941) adalah seorang Laksamana Jerman yang perkhidmatan tenteranya menjangkau hampir 34 tahun dan terlibat dua perang dunia. Lütjens terkenal dengan tindakannya dalam Perang Dunia II dan pemerintahannya ke atas kapal tempur Bismarck semasa serangan singkatnya ke atas Lautan Atlantik pada tahun 1941. Akibatnya, episod ini menjadi legenda tentera laut.

Dilahirkan pada tahun 1889, beliau memasuki Tentera Laut Imperial Jerman (Kaiserliche Marine) pada 1907. Seorang kadet yang rajin dan bijak, beliau naik ke pangkat pegawai sebelum meletusnya perang dan ditugaskan ke sebuah skuadron bot torpedo. Semasa Perang Dunia I Lütjens bertugas di Laut Utara dan Selat Inggeris dan berperang dengan Royal Navy British. Beliau menamatkan konflik tersebut sebagai seorang Kapitänleutnant bersama pingat Iron Cross Kelas 1 dan Kelas 2 (1914) untuk keberaniannya. Selepas perang beliau kekal dalam perkhidmatan tentera laut, kini dinamakan semula Reichsmarine. Beliau terus berkhidmat dalam skuadron bot torpedo yang akhirnya menjadi pegawai memerintah pada 1925. Di dalam era Republik Weimar, Lütjens membina reputasi sebagai seorang pegawai staf yang cemerlang.

Pada tahun 1935, selepas Parti Nazi dibawah Adolf Hitler berkuasa pada 1933, tentera laut ini sekali lagi diubahsuai dan dinamakan semula Kriegsmarine. Lütjens kemudian menjadi sahabat kepada Erich Raeder dan Karl Dönitz; iaitu panglima-panglima kanan Kriegsmarine dalam Perang Dunia II. Keupayaan dan persahabatannya membawa kenaikkan pangkat ke Kapitän zur See (Kepten) dan diberi memerintah kapal kruiser Karlsruhe. Dalam tempoh 6 tahun keamanan beliau telah naik ke pangkat Konteradmiral (Laksamana Muda) pada 1 Oktober 1937.

Pada September 1939, Perang Dunia II bermula dengan Pencerobohan Poland. Lütjens menerima Pingat Semat Iron Cross Kelas 2 (1939) tiga hari kemudian. Kejayaannya memimpin operasi kapal pembinasa di Laut Utara pada musim sejuk, 1939–40, mengurniakan beliau Pingat Semat Iron Cross Kelas 1. Pada 1 Januari 1940, beliau dinaikkan pangkat ke Vizeadmiral (Laksamana Madya). Pada April 1940 beliau diberi memerintah buat sementara seluruh armada permukaan Jerman semasa fasa awal pendaratan Operasi Weserübung, iaitu pencerobohan ke atas Denmark dan Norway. Untuk kejayaan ini beliau di kurniakan pingat Knight Cross of the Iron Cross.

Selepas kempen ini beliau dilantik sebagai Panglima Armada Tentera Laut Jerman dan dinaikkan pangkat ke Laksamana pada 1 September 1940. Beliau terlibat dalam perancangan sementara untuk Operasi Sea Lion, iaitu pencerobohan yang dirancang ke atas United Kingdom, tetapi rancangan itu telah ditangguhkan selepas Pertempuran Britain. Rancangan Jerman beralih kepada sekatan dan Lütjens memilih kapal tempur Jerman Scharnhorst dan Gneisenau sebagai teras utama armada tempurnya; menjadikan kapal Gneisenau sebagai kapal pemerintahnya. Pada Januari 1941 beliau merancang dan menjalankan Operasi Berlin, satu serangan Atlantik bagi membantu U-boot dalam Pertempuran Atlantik dengan menyerang laluan kapal-kapal dagang British. Operasi ini adalah satu kemenangan taktikal dan propaganda. Ia berakhir pada bulan Mac 1941 apabila kapal-kapal tersebut berlabuh di Perancis taklukan Jerman selepas berlayar kira-kira 18,000 batu; satu rekod bagi kumpulan tempur Jerman pada masa itu. Kejayaan ini menyebabkan beliau dipilih untuk operasi seterusnya.

Pada bulan Mei 1941, Lütjens memerintah sebuah pasukan petugas Jerman, terdiri daripada kapal tempur Bismarck dan kapal kruiser berat Prinz Eugen, semasa Operasi Rheinübung. Dalam teknik pengulangan Berlin, Lütjens dikehendaki melolos keluar dari pangkalan laut mereka di taklukan Poland, berlayar melalui taklukan Norway, dan menyerang kapal-kapal dagang. Operasi ini menjadi tidak keruan dan pasukan petugas segera dikesan dan bertempur dekat Iceland. Dalam Pertempuran Selat Denmark, HMS Hood telah tenggelam dan tiga kapal perang British yang lain terpaksa berundur. Dua kapal Jerman itu kemudian terpisah. Tiga hari kemudian, pada 27 Mei, Lütjens dan kebanyakan anak kapalnya terkorban apabila Bismarck telah diserang dan tenggelam.

Pada tahun 1955 Republik Persekutuan Jerman telah ditenterakan semula dan menyertai NATO. Bundesmarine telah ditubuhkan setahun kemudian. Pada tahun 1967 organisasi ini mengiktiraf Lütjens dan khidmatnya dengan menamakan kapal pembinasa Lütjens sempena namanya.

Jawatan pemerintahan[sunting | sunting sumber]

  • 16 September 1934 – 23 September 1935: Komandan kapal kruiser ringan Karlsruhe.
  • 24 September 1935 – 15 Mac 1936: Ketua Staf Kumpulan Laut Utara di Wilhelmshaven.
  • 16 Mac 1936 – 7 Oktober 1937: Ketua Bahagian Perkhidmatan Anggota di Markas Tentera Laut (Marinepersonalamt. MPA) di Berlin.
  • 8 Oktober 1937 – 20 Oktober 1939: Ketua Bot Torpedo (Führer der Torpedoboote. F.d.T.).
  • 21 Oktober 1939 – ?? April 1940: Panglima Angkatan Rekonaisans (Befehlshaber der Aufklärungsstreitkräfte. B.d.A.).
  • 11 Mac 1940 – 23 April 1940: Pemangku Panglima Armada (Flottenchef i.V.).
  • 18 Jun 1940 – 7 Julai 1940: Pemangku Panglima Armada (Flottenchef i.V.).
  • 8 Julai 1940 – 27 Mei 1941: Panglima Armada (Flottenchef).

Ringkasan kerjaya[sunting | sunting sumber]

Anugerah kebesaran[sunting | sunting sumber]

Tarikh kenaikkan pangkat[sunting | sunting sumber]

3 April 1907: Seekadett (Kadet)[2]
21 April 1908: Fähnrich zur See (Pegawai Kadet Kanan)[2]
28 September 1910: Leutnant zur See (Leftenan Muda)[2]
27 September 1913: Oberleutnant zur See (Leftenan Madya)[2]
24 Mei 1917: Kapitänleutnant (Kapten leftenan)[2]
1 April 1926: Korvettenkapitän (Leftenan Komander)[2]
1 Oktober 1931: Fregattenkapitän (Komander)[2]
1 Julai 1933: Kapitän zur See (Kepten)[2]
18 September 1937: Konteradmiral (Laksamana Muda), efektif pada 1 Oktober 1937[2]
17 Disember 1939: Vizeadmiral (Laksamana Madya), efektif pada 1 Januari 1940[2]
26 Ogos 1940: Admiral (Laksamana), efektif pada 1 September 1940[2]

Nota penterjemahan[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Petikan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f g h i Dörr 1996, p. 21.
  2. ^ a b c d e f g h i j k l m n o p Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Dörr p22 tidak disediakan
  3. ^ Fellgiebel 2000, p. 298.
  4. ^ Scherzer 2007, p. 519.

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

  • Ansel, Walter (1960). Hitler Confronts England. Cambridge: Cambridge University Press. OCLC 396014. 
  • Ballard, Robert (1990). The discovery of the Bismarck: Germany's greatest battleship surrenders her secrets. London: Hodder & Stoughton. ISBN 978-0-340-52976-8. 
  • Bercuson, David; Herwig, Holger (2002). Bismarck: The Story Behind the Destruction of the Pride of Hitler's Navy. London: Pimlico Press. ISBN 978-0-7126-4002-2. 
  • Bercuson, David; Herwig, Holger (2001). The Destruction of the Bismarck. London: Overlook Press. ISBN 978-1-585-67192-2. 
  • Boog, Horst; Rahn, Werner; Stumpf, Reinhard; Wegner, Bernd (2001). Germany and the Second World War: Volume 6: The Global War. Oxford, England: Oxford University Press. ISBN 978-0-19-822888-2. 
  • Ciupa, Heinz (1979). Die deutschen Kriegsschiffe [The German Warships] (dalam bahasa German). Erich Pabel Verlag. 
  • Dönitz, Karl (1997). Ten Years and Twenty Days. New York: Da Capo Press. ISBN 978-0-306-80764-0. 
  • Dörr, Manfred (1996). Die Ritterkreuzträger der Überwasserstreitkräfte der Kriegsmarine—Band 2: L–Z [The Knight's Cross Bearers of the Surface Forces of the Navy—Volume 2: L–Z] (dalam bahasa German). Osnabrück, Germany: Biblio Verlag. ISBN 978-3-7648-2497-6. 
  • Fellgiebel, Walther-Peer (2000) [1986]. Die Träger des Ritterkreuzes des Eisernen Kreuzes 1939–1945 — Die Inhaber der höchsten Auszeichnung des Zweiten Weltkrieges aller Wehrmachtteile [The Bearers of the Knight's Cross of the Iron Cross 1939–1945 — The Owners of the Highest Award of the Second World War of all Wehrmacht Branches] (dalam bahasa German). Friedberg, Germany: Podzun-Pallas. ISBN 978-3-7909-0284-6. 
  • Gaack, Malte; Carr, Ward (2011). Schlachtschiff Bismarck—Das wahre Gesicht eines Schiffes—Teil 3 [Battleship Bismarck—The True Face of a Ship—Part 3] (dalam bahasa German). Norderstedt, Germany: BoD – Books on Demand. ISBN 978-3-8448-0179-8. 
  • Hildebrand, Hans H.; Röhr, Albert; Steinmetz, Hans-Otto (1990). Die Deutschen Kriegsschiffe. Biographien – ein Spiegel der Marinegeschichte von 1815 bis zur Gegenwart. (10 Bände) [The German Warships. Biographies - a Mirror of Naval History from 1815 to the Present. (10 Volumes)] (dalam bahasa German). 3. Mundus Verlag. ISBN 3-7822-0211-2. 
  • Garrett, Richard (1978). Scharnhorst and Gneisenau: The Elusive Sisters. London: Hippocrene Books. ISBN 0-7153-7628-4. 
  • Hümmelchen, Gerhard (2011). "Admiral Günther Lütjens". dalam Ueberschär, Gerd R. Hitlers militärische Elite (dalam bahasa German). Primus Verlag. m/s. 407–413. ISBN 978-3-89678-727-9. 
  • Jackson, Robert (2002). The Bismarck. London: Weapons of War. ISBN 978-1-86227-173-9. 
  • Müllenheim-Rechberg Freiherr von, Burkard (1980). Schlachtschiff Bismarck 1940/41—Der Bericht eines Überlebenden [Battleship Bismarck 1949/41—The Report of a Survivor] (dalam bahasa German). Berlin, Frankfurt/M, Wien: Ullstein. ISBN 978-3-550-07925-2. 
  • Range, Clemens (1974). Die Ritterkreuzträger der Kriegsmarine [The Knight's Cross Bearers of the Navy]. Stuttgart, Germany: Motorbuch Verlag. ISBN 978-3-87943-355-1. 
  • Rigg, Bryan Mark; Nicolai, Karl (2003). Hitlers "jüdische Soldaten" [Hitler's "Jewish Soldiers"] (dalam bahasa German). Paderborn, Germany: Schöningh. ISBN 978-3-506-70115-2. 
  • Scherzer, Veit (2007). Die Ritterkreuzträger 1939–1945 Die Inhaber des Ritterkreuzes des Eisernen Kreuzes 1939 von Heer, Luftwaffe, Kriegsmarine, Waffen-SS, Volkssturm sowie mit Deutschland verbündeter Streitkräfte nach den Unterlagen des Bundesarchives [The Knight's Cross Bearers 1939–1945 The Holders of the Knight's Cross of the Iron Cross 1939 by Army, Air Force, Navy, Waffen-SS, Volkssturm and Allied Forces with Germany According to the Documents of the Federal Archives] (dalam bahasa German). Jena, Germany: Scherzers Militaer-Verlag. ISBN 978-3-938845-17-2. 
  • Stumpf, Reinhard (1982). Die Wehrmacht-Elite – Rang- und Herkunftsstruktur der deutschen Generale und Admirale 1933–1945 (in German). Harald Boldt Verlag. ISBN 978-3764618155.
  • Die Wehrmachtberichte 1939–1945 Band 1, 1. September 1939 bis 31. Dezember 1941 [The Wehrmacht Reports 1939–1945 Volume 1, 1 September 1939 to 31 December 1941] (dalam bahasa German). München, Germany: Deutscher Taschenbuch Verlag GmbH & Co. KG. 1985. ISBN 978-3-423-05944-2. 
Pegawai tentera
Didahului oleh
Korvettenkapitän Ernst Wolf
I. Torpedobootsflottille 1920–1933
3 Oktober 1929 – 16 September 1931
Diikuti oleh:
Korvettenkapitän Kurt Fricke
Didahului oleh
Kapitän zur See Oskar Kummetz
Führer der Torpedoboote (F.d.T.) 1933–1939
8 Oktober 1937 – 20 Oktober 1939
Diikuti oleh:
Kapitän zur See Wilhelm Meisel
Didahului oleh
Konteradmiral Hermann Densch
Befehlshaber der Aufklärungsstreitkräfte (B.d.A.)
21 Oktober 1939 – 1 April 1940
Diikuti oleh:
Vizeadmiral Hubert Schmundt
Didahului oleh
Admiral Wilhelm Marschall
Panglima Armada "Kriegsmarine"
11 Mac – 23 April 1940 (pemangku)
18 Jun – 7 Julai 1940 (pemangku)
Julai 1940 – 27 Mei 1941
Diikuti oleh:
Generaladmiral Otto Schniewind