G.I.M. (Girls In Music)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
G.I.M.
Latar belakang
Berasal dariMalaysia Malaysia
PekerjaanVokal / Pemuzik
Tahun aktif1998 - 2000-an
Syarikat rakaman
Chempaka Murni Entertainment
Pengkarya berkait
Berkumpulan
AhliIyanie
Onie
(Diana) Diana Rafar
Tuty
Shazlin


Kumpulan G.I.M. atau nama penuhnya Girls In Music merupakan sebuah kumpulan penyanyi wanita remaja yang aktif di Malaysia. Kumpulan G.I.M. ditubuhkan pada Ogos 1998 menghasilkan album pertama mereka dibawah label NSR dengan tajuk 'Girls In Music'. Lagu-lagu di dalamnya disumbangkan oleh penerbit terkemuka seperti Helen Yap, Ajai, Zul Mahat dan Azam 4U2C.

Girls In Music merupakan kumpulan remaja yang dianggotai oleh wanita kesemuanya seramai 5 orang. Kelima mereka telah dipilih daripada seramai 300 calun dalam temuduga yang dijalankan oleh Chempaka Murni Entertainment.[1]

Antara lagu di dalam album pertama mereka adalah 'Pertemuan Cinta', 'Sepi', 'Kebebasan', 'Datang Dan Pergi', 'Impian Menjadi Kenyataan' and 'Hey Jejaka'

Kumpulan G.I.M yang menonjolkan konsep muzik rancak ini merupakan anak didik kepada salah seorang anggota kumpulan Elite iaitu Linda Rafar, yang memperjudikan bakat seni GIM menerusi syarikat produksinya, Cempa Murni Entertainment Sdn. Bhd.

Kumpulan GIM dianggotai oleh lima gadis remaja, iaitu Diana, Onie, Shazlin, Tuty dan Iyanie. Bagi Diana, namanya dalam bidang seni sudah tidak asing lagi kerana selain mempunyai pertalian darah daging dengan keluarga Rafar yang lain seperti Anita, Aliza dan Azlinda, dia juga merupakan seorang pelakon muda yang cukup berkaliber.

Sementara Tuty dan Ate masing-masing merupakan adik kepada penyanyi Iyanie dan Charlie 4U2C, manakala Shazlin pula merupakan anak kepada produser Shariff Sabari dan Onie pula pernah menimba pengalaman sebagai pelakon.

GIM bagaimanapun tidak menjadikan kedudukan dan pengalaman tersebut sebagai tiket untuk mencapai kejayaan dengan jalan pintas.

Ahli-ahli[sunting | sunting sumber]

Kumpulan G.I.M. merupakan kumpulan penyanyi Malaysia. Nama G.I.M. adalah kependekan kepada Girls In Music. Kumpulan G.I.M. mempunyai 5 orang anggota dan kesemuanya adalah wanita. Senarai anggotanya adalah :-

  1. Adza Adzriyanti Adenan
  2. Onie
  3. Diana
  4. Adza Tutyrianti Adenan
  5. Shazlin Sharif

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album[sunting | sunting sumber]

  • Album sulung "Girls In Music"

Lagu-lagu[sunting | sunting sumber]

  • 'Pertemuan Cinta'
  • 'Sepi'
  • 'Kebebasan'
  • 'Datang Dan Pergi'
  • 'Impian Menjadi Kenyataan'
  • 'Hey Jejaka'

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "GIM kumpulan termuda tetapi berbakat". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-01-06. Dicapai pada 2018-01-06.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]